HS-43

2.2K 131 0
                                    

Masa rehat pada hari itu pun bermula.

Ariana merenggangkan badannya setelah sekian lama duduk di kawasan penonton.

Dia sudah selesai 2 acara dan tinggal lagi 2 acara untuk dia berlawan.

"Jom rehat." Ajak Nisha Ilmyra yang baru sahaja selesai acara 400 meter.

Ariana hanya mengekori langkah Ilmyra. Pada hari sukan tersebut, dia lebih meluangkan masa dengan Ilmyra berbanding Ikha, Izzara dan adiknya sendiri, Alicia.

Mungkin dia berasa lebih selesa dengan rakan yang berada dalam rumah sukan yang sama. Nanti nak mengumpat apa-apa senanglah.

Lagi-lagi nak mengumpat fasal rumah sukan yang lain. Dia malas mahu menyinggung mana-mana perasaan.

Mereka bergerak ke gerai jualan yang dibuka dikawasan garaj cikgu.

Gerai yang menjual spaghetti dituju. Dah tak ada makanan lain yang menyelerakan, dia makan benda tu jerlah.

Ariana duduk tercegat di belakang barisan kerana Ilmyra telah menawarkan diri untuk tolong belikan makanan kepada Ariana sekali.

Phone dikeluarkan dari kocek seluarnya. Apa lagi dia buat? Sudah semestinya dia akan scroll Instagram.

"Ariana." Terus sahaja gadis itu mengangkat kepalanya melihat si pemanggil.

Kening sebelahnya dijongketkan. "Dah makan?" Soal si pemangil.

Ariana sekadar menggelengkan kepalanya. Matanya difokuskan kembali pada skrin phone.

"Jom rehat sekali."

"Boleh je. Ilmyra join sekali eh?" Ikha dan Izzara mengangguk. Bersetuju dengan cadangan Ariana.

"Alicia mana?"

"Tadi dia ada jumpa sorang lelaki ni. Tak silap aku, nama lelaki tu Daniel. Ex-student sekolah ni."

Seraya itu Ariana mengangguk. Biarkan mereka berdua berjumpa kerana masing-masing dah tak jumpa lebih sebulan.

"Tapikan. Aku tengok Irfan jeling Alicia semacam je." Ujar Ikha, tiba-tiba.

Ariana menutup phone nya. "Kenapa pula?" Soalnya.

"Entahlah, bila Alicia borak dengan lelaki tu, Irfan jeling je Alicia. Aku rasa Irfan suka Alicia." Ikha menerangkan dengan lebih mendalam.

Mahu sahaja Ariana melepaskan tawanya. Sejak bila entah mereka berdua berbaik.

Ilmyra menghulurkan sepinggan spaghetti kepada Ariana. Setelah mengucapkan terima kasih, mereka berempat segera bergerak ke dalam kawasan sekolah untuk mencari tempat duduk.

"Sekarang ni rumah sukan mana mendahului?" Soal Izzara sebaik sahaja mereka duduk disebuah meja batu.

"Alpha." Sepatah Ikha menjawab.

"Tapi tak beza sangat mata dengan Beta." Ujar Ilmyra pula.

Ariana mengangguk. Mensetujui kata-kata Nisha Ilmyra.

"Lepas ni siapa ada acara lagi?"

Serentak keempat-empat orang itu mengangkat tangan.

"Aku dengan Ariana ada acara 800 meter dengan 4×200 meter."

"Aku ada acara 800 meter dan lompat tinggi."

"Aku ada acara lompat tinggi dan 4×200 meter."

Serentak itu juga keempat-empat manusia itu menganggukkan kepala mereka.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now