Matanya melilau mencari keberadaan Daniel. Bunyi notifikasi dari phone nya menyentakkan dirinya. Phone itu dibuka dan terpapar mesej daripada Daniel.
Daniel Mukhriz
Upstairs.
Macam tahu-tahu sahaja dirinya mencari lelaki itu, Ariana segera mendaki tangga untuk ke tingkat atas.
Dia mencari meja yang diduduki oleh Daniel.
Gadis itu bergerak ke arah meja tersebut. Dia duduk dihadapan Daniel.
"Kenapa?" Soalnya terus. Malas mahu berbasa-basi.
Daniel yang menghirup air tersedak seketika apabila munculnya kelibat Ariana dihadapannya.
"Salam tak ada ke babe?" Sindir Daniel bersama senyuman senget.
"Assalamualaikum dan jangan panggil aku babe. Aku kelar leher tu baru tahu." Ugut Ariana, geram.
Daniel menjawab salam Ariana. Dia berdehem sedikit sebelum sambung bercakap.
"Inspektor Kamarul dah inform aku. Inspektor Asyraf dapat detect phone mana yang godam e-mail kau. But the thing is, phone tu bukan dekat Malaysia dan tak dapat detect identity si penggodam." Terang Daniel dalam keadaan berbisik.
Ariana berdecit. "Cis, tak dapat juga aku tahu siapa yang godam. Anyways, thanks." Ucap Ariana.
Daniel mengangguk. Pesanan yang dibuat khas untuk Ariana, sampai dimeja mereka.
"For you." Ujar Daniel setelah makanan itu diletakkan diatas meja.
"Thanks!" Satu senyuman diberikan. Dia melahap makanan yang ada dihadapannya.
Daniel tergelak kecil melihat perangai Ariana. Tak pernah berubah. Bila jumpa makanan, memang kerja nak melahap je. Nasiblah comel.
Ariana terbatuk kecil. Tangannya menepuk dadanya kasar. Dia tercekik. Daniel segera menghulurkan air yang dipesannya buat Ariana.
Ariana menyambutnya dan meneguk rakus. "Lain kali makanlah elok-elok. Kau tu perempuan." Tegur Daniel.
Seperti biasa, teguran Daniel dihiraukan. Dia sambung makan.
"Kau ada problem ke?" Soal Daniel tiba-tiba.
Ariana berhenti makan. Sudu dan garpunya diletakkan ditepi pinggan. "Kenapa tanya?" Soal Ariana semula.
Soalan dibalas dengan soalan. Mahu tak ada siapa yang menjawab nanti.
"Sebab ada jerawat yang naik atas dahi kau." Secara drastiknya Ariana menyentuh dahinya. Tak ada apa-apa pun.
Daniel tergelak kecil. "Gurau je. Muka kau flawless lagi, chill."
Ariana menjeling Daniel tajam. Bab tumbuh jerawat jangan dibawa main! Nanti tiba-tiba tumbuh, mahu berminggu baru hilang.
"Okay, ni tak bergurau. Kau memang ada masalahkan? Share lah." Pujuk Daniel.
"Tak ada." Sepatah Ariana membalas.
"Cis, kata tak ada masalah tapi dahi tu berkerut seribu. Macam nenek tua je aku tengok." Sekali lagi Daniel mengejek Ariana.
Ariana mengecilkan matanya. "Amboi kau. Mulut tak ada insurans eh?" Bentak Ariana geram.
Daripada tadi lagi Daniel asyik menghinanya.
"Selagi tak cerita, selagi tu aku mengata kau. Cepat Ariana."
YOU ARE READING
Hidden Secret [C]
Teen FictionRahsia? Semua orang mempunyai rahsia yang tersendiri. Termasuklah mereka. Setiap yang berlaku dalam hidup mereka mempunyai kisah silam dan rahsia yang disorokkan. Terlalu banyak rahsia yang harus mereka simpan. Tapi, sampai bilakah rahsia itu boleh...