Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin guys! Enjoy your raya but don't forget to take care of yourself and stay safe oke ❤
______________________________________
Disebabkan cikgu Sejarah kelas 5 Pearl tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab tertentu pada hari ni, kelas 5 Pearl bebas melakukan apa yang mereka mahu.
Masa Sejarah mereka pada hari itu merupakan waktu kedua terakhir.
Bermaksud, selepas itu ada lagi satu mata pelajaran sebelum semua pelajar East Stars dibenarkan pulang ke rumah.
Ariana berlegar di blok pentadbiran. Tak apa, tak ada cikgu yang marah.
Sekolah East Star ni pelik sikit dari sekolah yang lain. Kalau cikgu tak ada dalam kelas, pelajar dibenarkan merayau tapi jangan membuat bising.
Sekolah swastalah katakan.
Butang blazernya dibuka. Bahang panas matahari tengah hari itu tersangat panas sehinggakan gadis itu rasa bagai mandi peluh.
Basah teruk kemejanya akibat peluh yang menitik tidak berhenti.
Dia memandang setiap satu bilik yang dilepasinya. Tak ada yang menarik. Bilik-bilik pentadbiran sahaja.
Ariana terpandang bilik disiplin. Dah lama dia tak masuk. Hanya ada 2 sebab yang kukuh. Dia dah berubah ataupun Encik Afif dah malas nak panggil atas kesalahan yang dibuat oleh gadis itu.
Selalunya yang kedua tu betul. Yang pertama tu, entahlah. Nak kata betul pun ya, nak kata tidak pun ya.
Dia setapak ke depan. Matanya tertancap figura Encik Afif yang sibuk memeriksa fail peribadi murid.
Eh kejap, Encik Afif? Dia dah balik dari luar negara? Tapi sejak bila?
Oh ya, Encik Afif pergi ke luar negara pada minggu lepas atas urusan kerjanya. Tak tahu urusan apa tapi Ariana syak urusan keluarganya.
Pelik juga dia dengan Encik Afif ni. Keluarga dia dah ada syarikat terkemuka di United Kingdom tapi dia pilih untuk menjadi guru di sekolah ini berbanding menjadi ahli koporat yang kaya-raya.
Iyalah, selalunya orang terkejar untuk mencari duit dan hidup mewah. Tapi tak pula bagi Encik Afif.
Ariana mengundurkan dirinya setapak ke belakang. Pintu bilik disiplin dilihat buat seketika sebelum pintu itu diketuk beberapa kali.
Mendengar panggilan masuk dari dalam, Ariana segera melangkah masuk.
Hawa pendingin hawa yang sejuk menyapa lembut badannya yang berpeluh. Lega, akhirnya penyeksaan kepanasan berakhir juga.
"Ariana? Buat apa datang sini?" Soal Encik Afif, terkejut dengan kehadiran sepupunya.
Tak pernah sekali pun Ariana menyerahkan diri untuk masuk ke bilik disiplin. Makin ditolak adalah.
Ariana tidak membalas sebaliknya membuka blazer dia yang tersarung dibadan. Membenarkan angin pendingin hawa itu menyejukkan tubuhnya yang rasa melekit.
"Tak ada kelas?"
Ariana menggeleng. Dia mengambil tempat di hadapan Encik Afif.
"Abang Afif tahu fasal kes Alicia, seminggu sebelum peperiksaan tu?" Soalnya ingin menyatakan tujuan dia datang ke bilik disiplin.
Encik Afif mengangguk. Takkanlah dia tak tahu. Dia yang uruskan semua pelajar itu.
Sehinggakan ada 5 pelajar dalam kalangan mereka semua terpaksa digantung sekolah selama 2 minggu atas kesalahan yang dilakukan.
YOU ARE READING
Hidden Secret [C]
Teen FictionRahsia? Semua orang mempunyai rahsia yang tersendiri. Termasuklah mereka. Setiap yang berlaku dalam hidup mereka mempunyai kisah silam dan rahsia yang disorokkan. Terlalu banyak rahsia yang harus mereka simpan. Tapi, sampai bilakah rahsia itu boleh...