Media: Kelli Berglund as Natasha
Mikayla______________________________________
Puan Fatimah selaku guru bagi subjek Matematik Tambahan dan guru kelas 5 Pearl memasuki kelas tersebut.
Kelas yang riuh-rendah tiba-tiba menjadi sunyi apabila guru tersebut sudah berada di hadapan kelas.
Syed Naufal bangun dan menjalankan tugasnya sebagai ketua kelas, iaitu memberi salam dan membaca doa. Setelah selesai, mereka semua dibenarkan duduk.
"Baiklah, siapa yang belum siapkan kerja sekolah yang saya berikan semalam, sila berdiri." Arah cikgu tersebut.
Tanpa rasa segan silu, Ariana dan Alicia bangun diikuti dengan beberapa pelajar yang lain.
"Ariana, Alicia, kenapa tak siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi? Bukan ke kamu berdua pandai dalam Matematik Tambahan?"
"Saya tak sempat nak siapkan, cikgu." Balas Ariana, agak dingin suaranya.
Puan Fatimah berjalan mendekati mereka berdua. "Kenapa kamu berdua tak sempat nak siapkan? Sedangkan yang lain, boleh je siapkan?"
"Lain orang, lain kepadatan masanya." Balas Alicia pula.
Apa? Ingat diorang tak berani ke nak menjawab pertanyaan cikgu? Diorang dah lali dengan soalan-soalan klise tak guna dari cikgu-cikgu jika tak siapkan homeworks.
Semua orang mula memandang ke arah kembar itu. Berani betul diorang menjawab.
Guru itu melepaskan keluhan seketika. "Kalau tak siapkan kerja sekolah yang saya bagi, lagi. Berdiri dekat luar." Ujar guru wanita itu.
"Baiklah, saya bagi kamu berdua masa untuk siapkan kerja sekolah semalam. Boleh duduk." Sambungnya lagi.
Ariana dan Alicia hanya patuh. Mereka terus duduk dan menyiapkan kerja sekolah semalam.
"First time sia, cikgu tak marah." Bisik Aishy Izzara kepada Ariana dan Alicia. Diorang berdua hanya menganggkat bahu.
Bagus apa....
Bunyi ketukan dipintu menganggu fokus pembelajaran. "Assalamualaikum, cikgu. Maafkan saya kerana menganggu. Harini, kamu semua akan mendapat rakan yang baru. Kamu boleh masuk."
Seorang pelajar lelaki melangkah masuk dengan cara menunduk memasuki kelas 5 Pearl setelah Puan Irene, iaitu pengetua sekolah itu, pergi.
"Kamu boleh perkenalkan diri." Arah Puan Fatimah. Pelajar lelaki tersebut terus menganggkat muka, memandang muka manusia-manusia yang akan jadi rakan barunya.
Ramai pelajar perempuan menjerit melihat muka pelajar baharu tersebut. Handsome!
"Bingit telinga aku." Rungut Ariana. Matanya masih fokus pada kerja yang perlu dia siapkan. Malas nak tengok muka pelajar baru. Tak perlu pun. Menyampah!
"Assalamualaikum and hye. My name is Arish Edrianne. You can call me, Arish. I'm from Iris High School, United Kingdom." Terdiam semua orang apabila mendengar pengenalan daripada lelaki tersebut.
Irshad Haziq dan Aryan Haidar yang sibuk berborak terus memandang ke hadapan. Begitu juga dengan Ariana Evelyn dan Alicia Evelyn.
Terpaku....
"Arish." Nama itu disebut oleh Haziq. Arish Edrianne terus memandang ke arah Irshad Haziq. Dia mengukir sebuah senyuman yang hanya orang tertentu sahaja boleh lihat.
Senyuman kegembiraan dan kerinduan. Akhirnya, setelah setahun lebih lamanya Arish meninggalkan bumi Malaysia dan mereka terus lost contact, dia pulang juga.
YOU ARE READING
Hidden Secret [C]
Teen FictionRahsia? Semua orang mempunyai rahsia yang tersendiri. Termasuklah mereka. Setiap yang berlaku dalam hidup mereka mempunyai kisah silam dan rahsia yang disorokkan. Terlalu banyak rahsia yang harus mereka simpan. Tapi, sampai bilakah rahsia itu boleh...