HS-70

2.2K 126 4
                                    

Bola dilantunkan pada tapak gelanggang bola jaring. Dia menanti rakan sepasukannya yang lain untuk bersiap sedia.

Setelah sekian lama mereka tidak melakukan latihan sejak pertandingan peringkat negeri yang lepas, kini mereka kembali.

Hampir 5 bulan mereka tidak berlatih.

Rasa-rasanya ni, ada orang yang dah tak reti nak main ni. Tengok-tengok nak pegang bola pun tak reti.

"Masuk semua!" Laungnya sebagai kapten pasukan bola jaring sekolah.

Berpusu-pusu semua pemain memasuki gelanggang.

14 orang duduk dalam posisi mereka. Kumpulan A lawan Kumpulan B untuk latihan.

Kumpulan A memakai 'jersey' berwarna biru manakala Kumpulan B memakai 'jersey' berwarna kuning.

Ikha melemparkan bola yang ada ditangannya pada center bagi Kumpulan A.

Dah buat undian tadi, ramai setuju Kumpulan A yang mulakan. Jadi tiada langsung bantahan.

Ikha dan Izzara duduk dibangku yang ada di sisi netball court itu. Mereka berdua tak nak sertai lagi.

Sebenarnya kira tak adil jika mereka berdua menyertai salah satu daripada kumpulan itu.

Mereka terlalu handal dalam permainan tersebut.

Zayra Ikha, seorang Center yang selalu memainkan peranan. Tubuhnya yang kecil molek itu memudahkan lagi dia untuk bergerak.

Tak bermaksud dia terlalu rendah. Dia hanya pendek sedikit sahaja daripada Izzara.

Aishy Izzara pula merupakan seorang goal shooter yang sangat jarang tersalah aim.

Kira macam benda tu terjadi 1 dalam 1000 lah. Sebab itulah setiap kali nak shoot, semua akan berikan bola itu kepada Izzara jika diberi peluang.

Ketinggian Izzara yang agak tinggi itu memudahkan lagi kerja dia untuk shoot.

Perlawanan yang berlangsung ditonton. Pergerakan ahli pasukannya diperhatikan.

"Liz, kau tersalah masuk petak gol." Tegur Izzara.

Terhenti pergerakan Liz yang ingin memberikan bola itu pada rakan sepasukannya.

"Sorry, tak fokus." Izzara mengangguk. Menerima maaf Liz.

Tak perlu nak serius sangat. Ini baru latihan pertama. Nak berjinak-jinak dengan bola jaring dahulu.

Kira macam warming up. Tersilap sikit tak apalah.

Bila nak dekat pertandingan nanti, barulah serius.

"Ikha!" Segera Ikha berpaling ke arah empunya suara.

Seorang lelaki berjalan ke arahnya bersama satu senyuman.

Ikha membalas senyuman itu mesra.

"Are you busy?" Soal lelaki itu prihatin.

Terus Ikha menggelengkan kepalanya. "Aku tengok orang main je ni."

"Kenapa tak join?" Soalnya lagi.

Ikha tersengih. "Sebab aku malas." Jawabnya bersahaja.

Lelaki itu menepuk dahinya perlahan. Si pemalas nilah merupakan atlet bola jaring sekolah.

Malas-malas pun pro. Memang tak perlu latihan lah!

Mata lelaki itu mengerling pada gelanggang bola jaring yang dipenuhi dengan pemain perempuan.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now