HS-60

2.3K 126 5
                                    

Disclaimer: actually nak update esok tapi tak apalah. Sekali sekala double update. Also, everytime dlm chapter tu ada perkataan 'special chapter', chapter tu akan jadi panjang. Enjoy!
______________________________________

Special Chapter
______________________________________

Setelah 2 minggu mereka menghabiskan cuti pertengahan tahun, kini tibalah masanya untuk mereka pergi ke Kem Jati Diri bagi pelajar tingkatan 5.

Oh, dulu tak mention eh fasal Kem Jati Diri ni? Tak apalah. Teruskan.

Sementara menunggu bas sekolah mereka sampai, pelajar Tingkatan 5 beratur di dataran sekolah.

"Cikgu harap, bila dah sampai sana jangan buat masalah pula. Akan ada sekolah lain yang kem sekali dengan kita. Jaga perangai, jaga diri elok-elok." Pesan Encik Ezman selaku guru penyelaras Tingkatan 5 dan cikgu Kimia bagi kelas 5 Pearl.

"Siapa buat perangai, saya denda kamu bila balik dari kem nanti." Ugut Encik Afif pula.

Pelajar Tingkatan 5 hanya mengangguk kepala. Malas mahu melayan ugutan cikgu.

"Baiklah, bas dah sampai." Beritahu Puan Fatimah.

Semua pelajar bangun dari duduk mereka dan beratur berjalan ke bas yang dah ditetapkan.

Hanya ada sebuah bas bermaksud hanya 40 orang sahaja pelajar yang dibenarkan pergi. 4 tempat kosong itu semestinya untuk cikgu sekolah.

40 orang itu adalah pelajar terpilih. Lebih kurang pelajar target dan semestinya semua pelajar 5 Pearl akan menyertai kem itu. Walaupun ada yang membantah.

Ikha membantu Ariana, Izzara dan Alicia untuk meletakkan beg pakaian mereka ke dalam tempat letak beg yang ada dibadan bas.

Dia kemudiannya menyerahkan tugas yang lain untuk menyusun kepada Naufal selaku ketua kelas.

Ikha, Ariana, Izzara dan Alicia mulai memasuki bas. Mereka mengambil tempat di bahagian belakang. Tak mahu bersesak dengan pelajar di bahagian depan.

Ariana mengambil tempat ditepi tingkap manakala Ikha disebelahnya.

Di seberang laluan tengah bas pula, Alicia duduk disebelah Ikha dan Izzara duduk ditepi tingkap.

Seorang demi seorang masuk untuk memenuhi ruang bas. 4 orang cikgu yang akan ada di dalam bas itu. Ini bermakna akan ada 40 orang pelajar dalam bas itu.

Memandangkan kelas 5 Pearl hanya mempunyai 20 orang, selebihnya pasti dari kelas yang lain.

Haziq, Haidar, Irfan dan Arish mengambil tempat dihadapan Ariana dan kawan-kawannya.

Arish berada dihadapan Ariana manakala Haidar berada di sebelahnya. Haziq pula duduk dihadapan Alicia dan Irfan disebelahnya.

Tak disusun secara klise kerana saya tidak mahu. Sekian terima kasih.

Bahagian belakang sekali dimana tempat yang mampu diduduki dengan 4 orang pula dipenuhi dengan pelajar dari kelas 5 Sapphire.

Semestinya Ryan Anaqi turut ada. Ryan terpilih untuk menyertai kem itu kerana kebijaksanaannya. Mungkin dia masuk kelas kedua untuk aliran Sains Tulen tapi itu tidak melambangkan apa-apa.

Dulu, ketika dia dan Ariana pernah menjalinkan hubungan, mereka berdua dikenali sebagai pasangan yang paling pintar. Hubungan diorang langsung tak menjejaskan markah peperiksaan masing-masing malah makin meningkat.

Sampai cikgu pun susah nak percaya.

Tayar bas mulai bergolek diatas jalan yang bertar dan bergerak menuju ke Kem Janda Baik yang terletak di Pahang.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now