HS-47

2.2K 137 9
                                    

Sejak tujuh hari yang lalu, kini genap seminggu mereka berlima, menyiasat di I & E Holdings milik ayah kepada Ariana Quin Evelyn dan Alicia Ryn Evelyn.

Jangan lupa juga pada Arish Edrianne!

Mikael membetulkan blazer yang melekap dibadannya. Tak tahu kenapa tapi tiba-tiba sahaja dia ingin bergaya pada hari itu.

Kali ini, hanya Mikael, Lucy, William dan Melvin sahaja yang ada di syarikat megah tersebut.

Daniel tidak dapat melibatkan diri atas sebab-sebab tertentu.

Ariana melepaskan tugas ini pada rakan sekerjanya yang telah tamat zaman persekolah. Melvin dan William berumur 18 tahun manakala Daniel dan Lucy berumur 19 tahun. Akhirnya Mikael yang berumur 20 tahun.

Paling tua dan perangai paling kebudak-budakkan.

Lucy dan William berjaga di Financial Sector. Mereka tidaklah nampak keterlaluan sangat seperti perisik.

Mereka lebih tenang. Menjalankan kerja palsu yang ada diatas meja mereka sambil memerhatikan keadaan sekeliling.

Melvin pula menggantikan tempat Amelia Einara buat sementara waktu sebagai Personal Assistant Dato' Izham.

Jangan risau, Amelia Einara masih lagi diberikan gaji kerana Melvin menggantikan tempat atas dasar kerjanya.

Mikael dan sepatutnya Daniel pula memerhatikan kawasan sekitar. Mereka tidak ada sector yang spesifik.

Mereka bebas. Boleh melakukan apa sahaja yang mereka buat. Berlakon pun berlakon juga tapi mereka fokus pada yang lain.

Lucy mengemaskan semua jenis kertas yang ada diatas meja kerjanya. Ikatan reben hitam yang tersemat elok dikolar blouse putihnya, dibuka.

Dia tidak pentingkan tentang penampilan diri pun. Satu apa pun dia tak kesah tentang penampilan.

Telinganya sayup-sayup mendengar seseorang berbicara selang 3 meja darinya.

Earpiece yang ada ditelinganya, dikemaskan. Butang record yang ada pada earpiece itu ditekan.

Suasana di Financial Sector sememangnya sunyi. Masing-masing sibuk mengira duit dan hutang syarikat.

Lebih-lebih lagi setelah berlakunya kes penyelewengan. Tak ada siapa pun berani ingin bersuara ketika itu.

Apa yang selalu didengari oleh Lucy dan William hanyalah bunyi kalkulator yang ditekan berkali-kali.

Tidak lupa juga bunyi pen yang diketuk-ketuk diatas meja.

Lucy tidak dapat mendengar perbualan itu dengan jelas. Dia perlahan-lahan bergerak ke meja sebelah untuk mendengar dengan lebih jelas.

Kasut tumit tinggi yang tersarung dikakinya merumitkan dia untuk bergerak. Dia tidak mahu orang lain perasan yang dia bergerak.

Ttak!

Semua mata berpaling ke arah Lucy. Gadis itu mendengus geram. Dia cepat-cepat kembali duduk ditempatnya.

Dia menconteng kertas yang ada dihadapannya. Bukannya tulis apa pun. Dia berlakon supaya nampak seperti dia sedang menulis sudahlah.

Setelah mendapati semua mata tidak memandangnya lagi. Earpiece ditelinganya ditekan.

"William, turn 45 degrees, 2 lines from where you are. There are 2 people who are chatting. Their voices are not clear from here. Send help, please." Bisiknya perlahan melalui earpiece.

William mendengar arahan yang diberikan oleh Lucy dengan teliti. Dia memandang ke arah 45 darjah dari tempatnya. Ya, ada dua orang lelaki yang sedang berbisik.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now