Hallway dilalui. Kali ni, dia hanya bersendirian. Tanpa kawan baiknya. Buku didalam dakapan dipeluk kemas.
Sambil berjalan, matanya melilau mencari 'mangsa' yang telah lama dia ingin 'terkam.'
Kejap, ayat tu nampak ganas sangat. Okaylah, gurau je. Bukanlah mangsa dan bukanlah nak 'terkam.'
Dia hanya mahu berjumpa dengan seseorang.
Figura seorang lelaki yang sedang bersandar pada locker membuatkan dirinya tersenyum.
Dia menghampiri lelaki tersebut. "Hye!" Sapa gadis itu, mesra.
Haziq yang asyik termenung, mengalihkan pandangannya pada gadis yang berdiri dihadapannya.
"Nak apa?" Soal Haziq, meluat. Dia sudahlah tak suka bila gadis itu menyapanya ketika dia bersendirian.
Nanti tak ada orang nak alihkan perhatian gadis itu.
"I told my papa about you." Selamba sahaja gadis itu berbicara.
"About what?" Haziq kebingungan. Dia ada buat salah apa-apa ke?
"Everything. Included the way you treat me like shit rather than Ariana."
Haziq diam. Riak terkejut cuba untuk dikawal. "Manja. Semua benda nak report."
Mulut gadis itu terlopong. Tak sangka Haziq akan membalas sedemikian.
Gadis itu berdehem. "Watch out your words, dude. Please remember, your father's compony still in cooperation with my father's compony. Jangan sampai I suruh papa I batalkan perjanjian tu." Ugutnya.
Lelaki dihadapannya itu sekali lagi terkelu. Dia memandang ke arah Natasha dengan perasaan menyampah.
Dia berlalu pergi daripada kawasan hallway tersebut bersama satu jelingan tajam ke arah gadis itu.
..........
"Ariana Evelyn!"
Gadis yang masih lagi dalam keadaan mamai, baru bangun tidur terperanjat apabila namanya diseru.
Nak apa pulak mamat ni. Tak habis-habis menganggu dirinya.
"What do you want?" Mulut ditekup ketika dia menguap. Mengantuk sangat gamaknya.
Sekarang ni masih lagi waktu belajar tapi disebabkan cikgu matapelajaran Bahasa Inggeris tak masuk kelas, gadis itu mengambil kesempatan ini untuk melelapkan dirinya.
Pagi-pagi begini, kalau dapat tidur memang nikmat habis.
"Encik Afif panggil kau." Mata Ariana yang tadinya hanya kuyup terus terbeliak luas.
Apa benda pula tiba-tiba panggil ni. Dia ada buat salah apa-apa ke?
"Kau tak bergurau kan?"
"Buat apa aku nak bergurau? Cepatlah!" Gesa Syed Naufal Shah. Eh tak dengar kata betul si Ariana Evelyn ni.
"Fine." Kaki diorak keluar daripada kelas. Dia keluar kelas tanpa minta izin ketua kelas pun. Memang bagus punya manusia.
Setelah beberapa minit kakinya melangkah, akhirnya dia tiba di sebuah pintu kayu jati yang direka kemas dengan pelbagai corak rekaan.
Nama Encik Afif terpapar elok di hadapan pintu itu. Tangan naik mengetuk pintu itu sebanyak dua kali.
Salam diberikan dan dia masuk ke dalam bilik tersebut apabila diberikan kebenaran.
"Yes, cikgu nak apa tiba-tiba panggil saya?" Encik Afif yang ralit menaip sesuatu dikomputer agak terkedu apabila Ariana menyapanya dengan elok.
YOU ARE READING
Hidden Secret [C]
Teen FictionRahsia? Semua orang mempunyai rahsia yang tersendiri. Termasuklah mereka. Setiap yang berlaku dalam hidup mereka mempunyai kisah silam dan rahsia yang disorokkan. Terlalu banyak rahsia yang harus mereka simpan. Tapi, sampai bilakah rahsia itu boleh...