HS-6

3.5K 228 8
                                    

Ariana memandang surat yang diterima dengan pandangan kosong. Surat itu belum lagi dibukanya.

Dia sedang menunggu Alicia yang pergi membeli air di vending machine berdekatan taman.

Memang dia nak buka surat itu. Tapi, rasa macam pelik pula sebab surat itu bukan untuk dia pun. Surat itu untuk Alicia.

Dia menjeling ke arah Alicia sekilas. "Eh budak ni. Beli air ke buat air." Ariana merengus. Lama betul Alicia membeli air.

"Ariana!" Ariana tidak berpaling. Memang dia cam benar dengan suara tersebut.

Siapa lagi kalau bukan Si Haziq tu.

Haziq berdiri di belakang Ariana. Tangan kiri dilingkarkan pada leher Ariana.

Dia menundukkan sedikit badan. Tangan sebelah lagi menjatuhkan sepucuk surat ke atas bangku tempat duduk Ariana.

"Lepaslah, sial! Sesuka hati je nak lingkar tangan kat leher aku." Ariana menarik lengan Haziq dengan kasar.

Namun, lingkaran itu tidak lepas. Haziq makin menguatkan lingkaran tangannya.

Ariana terbatuk kecil. "Kau nak bagi aku mati ke apa?" Ariana mula berkeras.

Memang tak faham bahasa betul Haziq tu.

"Bukan nak bagi kau mati. Nak bagi kau terseksa. Best?" Haziq mengukir senyuman sinis.

Tidak semena-mena, Ariana melayangkan penumbuknya pada muka Haziq. Kepala Haziq terteleng.

"Nak lagi?"

Haziq memegang bibirnya. Tumbukan paling padu dari Ariana membuatkan tepi bibirnya sedikit pecah.

"Kau ni manusia ke syaitan? Penumbuk kau mengalahkan besi. Sakit bibir aku, bangang."

"Aku manusia tapi itulah yang aku dah kata. Kau tak kenal aku sepenuhnya lagi. Tapi kejap. Aku ada soalan."

"Apa benda?" Haziq berdiri dibelakang Ariana. Ariana memalingkan mukanya menghadap Haziq.

"9 letters."

"Janganlah nak berteka-teki bagai. Aku malas nak fikir."

"Who are you?" Dingin sahaja Ariana mengeluarkan kata-kata itu.

"Oh yeah. Selama aku sekelas dengan kau. Aku tak perkenalkan lagi diri aku. Nama aku, Irshad Haziq. Jawatan aku, Ketua Pengawas sekolah. That's all." Dengan muka poyonya, Haziq memperkenalkan diri.

"Lah, ketua pengawas? Patutlah perangai mengalahkan beruk." Alicia menyampuk. Dia menghulurkan satu kotak air kepada Ariana.

"Jaga mulut kau."

"Perlu ke? Ini bukan dekat sekolah. Nak hancurkan kau dekat sini pun, kitorang boleh." Ariana pula membalas.

Tadi nampak macam peramah. Tiba-tiba berubah. Inilah perempuan. Perangai sentiasa berubah.

"Blah lah kau. Menyemak je." Alicia menghalau. Haziq hanya akur. Dia terus pergi dari taman itu.

Ariana memandang Alicia yang masih berdiri. Hood hoodie miliknya ditarik ke hadapan. Earphone disumbat ke dalam telinga.

"Woi, Licia! Kau beli air ke buat air? Lama semacam je aku tunggu."

"Aku beli air lah. Vending machine tu yang membabi sangat. Lembab macam siput." Alicia protes.

"Alasan." Sepatah sahaja Ariana menjawab.

Alicia memandang Ariana. Matanya tertancap surat yang berada di atas bangku, bersebelahan dengan tempat dia berdiri.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now