Bahu Ariana kini berbalut. Bak kata Doktor Kamarul, semasa bahunya kena pukul dengan kayu baseball, its actually tulang bahu dia dah retak.
Bila kena tumbuk, jadi tulang bahu dia macam tergesel dan ada tulang yang menembusi kulit.
Itulah kenapa Ariana rasa ngilu. Disebabkan tulang tu macam terkeluar dari the actual tempat ia duduk, dia mengoyakkan tisu kulit dan membuatkan bahunya berdarah.
Perit? Ya, tersangat perit tapi apakan daya bila si gadis itu jenis degil tak kesudah!
Setelah seminggu diberikan cuti yang tidak berapa nak cuti, gadis itu kembali ke sekolah.
Kenapa tak seberapa nak cuti? Ceh, kata je bahu sakit, bila anak buahnya panggil ada mesyuarat apa-apa, masih pergi.
Memang tak sayang diri betul!
Kelas menjadi sunyi sepi setelah kaki gadis itu melangkah ke dalam kelas. Ramai pelajar yang masih bingung.
"Kenapa dengan bahu dia?"
"Wey, asal berbalut?"
"Dia okay ke?"
Dan pelbagai lagi bisikan-bisikan syaita- eh maaf, bisikan manusia menanyakan 'soalan' kepada Ariana.
Gadis itu hanya menonjolkan muka yang tidak beriak. Dingin semacam.
Beg sandang sekolahnya yang dipikul menggunakan bahu kiri diletakkan bersebelahan meja Alicia.
Tempat Alicia dikerling sekilas. Eh, mana budak ni pergi?
Haidar yang berada didepannya dipandang. Riaksi muka yang bermaksud 'mana Alicia' ditayangkan.
Haidar menganggkat bahu tanda tidak tahu.
Eh, cut the scene. Bukan diorang kembar ke?
How can she didn't know where's her little sister?
Crap... irresponsible sister detected.
"Adik sendiri pun tanya orang." Kata Haziq secara tiba-tiba. Tangannya ligat menulis nota Biology. Budak pro bio lah katakan.
Ariana tersenyum sinis. "Heh, bertanya tu tak salahkan?" Kening diangkat tanda menyoal.
"Tak. Cumanya kau tu nampak sangat tak kesah fasal adik sendiri." Haziq memandang tepat kedalam mata Ariana.
Ariana melawan. Tapi, disebabkan mata Haziq lebih kuat menikam, gadis itu kalah.
Untuk kali pertamanya, dia kalah lawan merenung mata.
"Shut your mouth. Aku malas nak gaduh dengan kau." Ariana menarik kerusinya untuk duduk.
Dia menongkat dagu. Nak tidur pun tak senang kalau bahu tu berbalut!
"Loser." Sepatah perkataan yang keluar dari mulut musuh abadinya, membuatkan hatinya membara.
Tetapi, kerana mengenangkan bahu kanannya yang masih sakit, dia malas mahu bergaduh.
Kalau kena lagi, makin teruk dan kerap gadis itu kena pergi hospital. Sudah pastilah anak dara tu tak minat pergi hospital.
Lagi-lagi kalau tunggu giliran untuk check up sepanjang 6 batu jauhnya.
Jangan fikir benda mengarut.
Dia bukan pengecut. Bukan jugalah takut pada jarum atau apa-apa jer lah. Dia cuma malas dan tak minat.
Lagi-lagi kalau ada pesakit yang tak henti-henti perhatikan dia. Rasa rimas, menganggu. Ada chance memang nak kena cungkil biji mata pesakit tu.
YOU ARE READING
Hidden Secret [C]
Teen FictionRahsia? Semua orang mempunyai rahsia yang tersendiri. Termasuklah mereka. Setiap yang berlaku dalam hidup mereka mempunyai kisah silam dan rahsia yang disorokkan. Terlalu banyak rahsia yang harus mereka simpan. Tapi, sampai bilakah rahsia itu boleh...