HS-33

2.5K 134 3
                                    

Selesai sahaja dia membersihkan diri, kakinya diaturkan untuk pergi ke walk-in-closet dan mencari pakaian yang sesuai untuk dirinya dipakai.

Sehelai t-shirt berwarna putih disarungkan dan dipadankan dengan sehelai high-waisted legging. Baju itu diikat knot pada bahagian depan.

Tak perlu nak melawa sangat. Duduk dekat rumah je pun.

Rambutnya yang agak basah dikeringkan menggunakan hair dryer kemudian disikat.

Toner, serum dan moisturizer ditepek pada mukanya. Dia amatlah teliti dengan penggunaan skincare. Setelah itu, day cream juga disapukan pada muka.

Dia akhiri sesi skincare nya dengan mencalitkan sedikit lip balm pada bibir supaya tidak nampak kering.

Katilnya yang bersaiz Queen diduduki. Tangannya mencapai iphone Xs miliknya.

Aplikasi Twitter dibuka. Dia sebenarnya tak tahu nak buat apa jadi lebih baik dia membaca tweet netizen.

Kemudian, dia terus ke aplikasi Whatsapp. Mesej yang berderu-deru masuk dibaca satu persatu dan dibalas.

Kebanyakkannya mesej daripada rakan-rakannya sahaja.

Selepas itu, dia melihat pula pada status yang dihantar oleh beberapa contact yang dia simpan.

Sampai sahaja pada status Haziq. Tangannya berhenti daripada terus menekan status yang lain. Satu persatu status Haziq dilihat.

Habis sahaja status Haziq, terus kepada status milik Ariana. Hatinya berasa panas setelah melihat gadis itu tersenyum ceria.

Phone miliknya ditutup dan dihempas ke atas katil.

Nasiblah dia hempas atas katil. Kalau dia hempas atas lantai, mahu berderai phone dia tu.

Dia dengan geramnya mencapai phone miliknya kembali dan terus menuruni tangga.

Kelibat papanya dicari. Tak jumpa.

"Bibik, papa mana?" Soalnya apabila salah seorang bibiknya lalu bersebelahan dia.

Kak Ifah memberhentikan langkahnya. "Tuan Fariz dekat taman. Cik Tasha boleh cari dia dekat sana." Satu senyuman dihadiahkan.

Natasha mengangguk. Dia terus mengorak langkah ke arah taman yang terletak dibelakang rumahnya.

"Papa!" Gadis itu berlari anak mendapatkan papanya. Belakang badan papanya dipeluk.

Dato' Fariz yang ralit menenangkan fikiran terkejut dengan kehadiran anak tunggalnya yang seorang itu.

Pelukan anak gadisnya dibalas. "Alahai anak papa sorang ni. Manja eh." Natasha tergelak halus.

"Ni kenapa tiba-tiba peluk papa ni?" Soal Dato' Fariz. Jarang juga boleh nampak anak perempuannya tu jadi manja.

Natasha memandang wajah papanya. "Ala.. takkan tak boleh? Papa tak ada dekat rumah seminggu tau. Salah ke kalau anak papa sorang ni nak rindu papa?" Pipinya digembungkan.

Macam budak kecil!

Dato' Fariz tergelak kecil dengan perangai Natasha Mikayla. "Seminggu papa tak ada dekat Kuala Lumpur haritu, Tasha ada buat masalah tak dekat sekolah?" Soal lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an itu dengan prihatin.

Bibirnya digigit perlahan. Alahai, papa tanyalah pula. Bisik hatinya.

"Tak ada." Jawab Natasha dicampur dengan rasa bersalah kerana terpaksa menipu papanya.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now