Epilog

3.9K 170 49
                                    

Tertipu ke? Hehehe
______________________________________

5 bulan kemudian,

Sebuah kubur yang ada di depannya dipandang sayu. Dia tersenyum kelat.

Kembar itu memulakan bacaan Yaasin dengan bacaan Al-Fatihah dan diakhiri dengan doa.

Batu nisan itu dikucup sebelum mereka mengemas dan meninggalkan perkarangan kubur itu.

5 bulan telah berlalu. Banyak benda yang mereka telah lalui. Termasuklah SPM.

Ya, SPM sudah lepas. Baru beberapa hari lepas.

Menjalani peperiksaan SPM tanpa seorang sahabat amat memeritkan. Dengan kepakaran dia dalam subjek Biologi.

Jika ada dia, pasti mereka dapat bertanyakan tentang subjek Biologi.

Irfan yang tidak menyertai 'peperangan' mereka turut terkedu mendengar berita tentang Haziq.

Dia berasa serba salah kerana tidak turun untuk membantu sahabatnya.

Berkali-kali Alicia menyuruhnya untuk berfikiran positif dan percayakan takdir.

Berkali-kali juga dia membantah. Dah tak ada cara lain yang dia mampu buat.

Mereka sampai di rumah.

"Ari." Tiba-tiba namanya diseru dari belakang.

Ariana memusingkan badannya. "Papa?"

"Papa nak minta maaf sebab tuduh Ari tak reti menyiasat. Maafkan papa sebab tak percaya Ari. Lucas dah dijatuhkan hukuman selepas dibicarakan di mahkamah petang kelmarin."

Ariana tersenyum nipis. "Tak apalah, papa. Benda dah lepas."

Dato' Izham mendepakan tangannya. Ingin memeluk Ariana. Gadis itu sudah lama tak dipeluk.

Kali terakhir Ariana merasa pelukan papanya adalah ketika dia di Tingkatan 2. Itu pun sebab dia mendapat tempat pertama di dalam tingkatan.

Alicia tersenyum dari jauh. Dia mendekati Dato' Izham dan menyertai mereka berpeluk.

Akhirnya, keluarga yang terlalu lama renggang, kini rapat kembali.

Tentang Lucas, semua kesalahan dia telah dibicarakan di mahkamah.

Rupanya, bukan Lucas yang meletakkan racun di dalam air minuman arwah Julia, tetapi Farah.

Ya, salah seorang anak buah Dark Shadow. Selain itu, kes pembunuhan yang terjadi di kem beberapa bulan lepas pula dilakukan oleh Farah juga.

Tanpa mereka sedar, Farah dah lama menjadi pengkhianat. Gadis itu yang membongkarkan password e-mail Ariana dan memadamkan rakaman Cctv yang diperoleh mereka.

Rupanya, Farah merupakan teman wanita Lucas. Mereka menjalinkan hubungan beberapa tahun yang lepas. Ketika Lucas masih lagi bersama Julia pada waktu itu.

Lucas dan Farah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati akibat kerja membunuh mereka. Selain membunuh, mereka juga mengedar dadah dan menjual senjata haram.

Tambahan lagi, kes kemalangan Arish juga memang berpunca dari mereka. Lucas mengupah seorang anak buahnya untuk memutuskan break kereta lelaki itu. Kes pembunuhan keluarga Arish juga disebabkan oleh Lucas.

Dikatakan, Lucas mengupah seseorang untuk menikam kedua ibu bapa Arish kerana dia ingin mengambil segala harta pusaka keluarga itu.

Membunuh, merompak, merogol, mengedar dadah dan menjual senjata haram.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now