Continuation of the previous' chapter
_________________________________________
Setelah beberapa hari mereka menghabiskan masa merancang strategi yang terbaik untuk memerangkap sindiket tersebut, akhirnya misi mereka dimulakan.
Ketika ini, Daniel sedang menunggu Mikael untuk memberi maklumat tentang keberadaan konco-konco sindiket yang akan memberikan mereka 'dadah' yang dijadikan sebagai deal mereka.
"Pelabuhan Klang, kontena nombor 19, pukul 12.00 tengah malam," mendengar maklumat tersebut daripada wiretap, Daniel segera menaipnya di dalam smartphone dan menghantar maklumat itu kepada Quin untuk diberikan kepada pihak atasan.
Jam pada ketika itu sudah pun menunjukkan 11.30 malam, mereka hanya ada masa 30 minit untuk bergerak ke pelabuhan Klang.
Tidak lama kemudian, Mikael masuk ke dalam kereta tempat penumpang.
"Settle?" Daniel meminta kepastian sebelum meneruskan perjalanan mereka untuk 'mengambil' dadah tersebut.
"Settle," balas Mikael, nafas yang berat dilepaskan. Akhirnya dia dapat bernafas seperti biasa.
Bau arak di dalam bangunan itu terlalu kuat untuk hidungnya. Setiap kali dia terhidu bau arak, dia pasti akan rasa ingin memuntahkan isi dalam perutnya.
"Diorang tak suspicious?"
Gelenggan kepala yang diterima dari Mikael melegakan hati Daniel. Tanpa berlengah lagi, Daniel meneruskan perjalanan mereka untuk ke Pelabuhan Klang.
Secara tiba-tiba, Daniel break mengejut, menyentakkan Tengku Mikael yang masih menenangkan dirinya, "too early for that,"
Mendengar ayat itu yang keluar dari mulut Daniel, Mikael segera memandang keadaan sekeliling mereka.
Beberapa meter di hadapan kereta mereka, terdapat beberapa orang lelaki bersama pistol dalam tangan mereka dan pistol itu dihalakan ke arah mereka berdua.
"Daniel to Lucy, we have a situation here," cepat-cepat Daniel memaklumkan keadaan yang tengah mereka hadapi.
Lucy yang sejak tadi lagi bersedia dengan sniper-nya dari jauh segera mengambil posisi untuk menembak jika diperlukan.
"Lucy to Eve, they caught in a situation, I am on guard," kali ini, Lucy pula memaklumkan keadaannya kepada Eve.
Eve tidak cuak, dia sudah jangka perkara tersebut akan berlaku. Dengan profesional dia menyuruh William dan Faiz untuk mengambil posisi.
"Eve to Daniel, proceed to negotiate, backup is on the way," setelah arahan itu diberikan, Mikael dan Daniel menuruni kereta yang dinaiki mereka untuk berjumpa dengan lelaki-lelaki yang menghalang jalan mereka.
Pistol tidak lupa untuk disisipkan dalam poket. Nasib baiklah Quin sudah pun pesan kepada mereka awal-awal untuk memakai bulletproof jacket.
"Is anything wrong?" Mikael bersuara mewakili dia dan Daniel. Jantungnya sudah pun berdetak tidak mengikut rentak.
Melihat pistol dalam tangan mereka sudah pun membuatkan dia berdebar. Pistol itu tidak menjadi kerisauan, mereka risau jika ada sniper yang bersembunyi.
"You guys are a bit suspicious," ujar salah seorang lelaki itu, dia memperkemas pistol dalam tangannya.
"Mind explaning a little bit more? We came here just to settle our deal, that's all,"
"In fact, we are on our way to take our goods," Daniel menambah kata-kata Mikael.
Telinga lintah Mikael tiba-tiba menangkap bunyi picu pistol ditarik, dan bunyi itu bukan dari lelaki yang berada di hadapan mereka.
YOU ARE READING
Hidden Secret [C]
Teen FictionRahsia? Semua orang mempunyai rahsia yang tersendiri. Termasuklah mereka. Setiap yang berlaku dalam hidup mereka mempunyai kisah silam dan rahsia yang disorokkan. Terlalu banyak rahsia yang harus mereka simpan. Tapi, sampai bilakah rahsia itu boleh...