HS-71

2.1K 131 5
                                    

Ariana bergegas lari ke arah kaunter pertanyaan.

"Assalamualaikum, nak tanya bilik bedah 5 ada dekat mana eh?" Soal Ariana pada nurse yang menjaga kaunter tersebut.

"Waalaikumussalam, bilik bedah 5 ada di tingkat 3. Adik naik lif sana, sampai tingkat 3, adik belok kanan dan pergi terus je." Terang nurse itu.

Ariana mengangguk pantas dan berlari anak ke dalam lif. Butang tingkat 3 ditekan.

Sampai sahaja di tingkat 3, dia terus belok ke kanan dan berjalan lurus sehingga ternampak kelibat keluarganya yang lain.

Dia lambat sikit sampai sebab dia ada urusan kejap dekat rumah tadi.

Dia mendekati ahli keluarganya. Mama dan Alicia dah sampai. Papanya pula tak pulang lagi dari pejabat.

Kadang tak faham juga, pejabat ke anak lagi penting. Tapi bila tanya nanti, dia akan cakap nak cari rezeki.

Memanglah, tahu nak cari rezeki tapi anak itu pun salah satu daripada rezeki dan anugerah yang diberikan oleh Allah. Jika menjaga anak dengan baik, In Shaa Allah rezeki akan melimpah ruah.

"Arish macam mana?" Soal Ariana. Wajahnya kelihatan cemas.

Tak ada siapa menjawab sebaliknya memandang pintu bilik bedah tu. "Doktor tak keluar lagi." Sayu Alicia berkata.

Datin Daniella pula masih lagi menangis. Tak dapat menahan rasa bila dapati anak terunanya masih lagi di dalam bilik bedah.

Dah dekat 3 jam Arish di dalam sana.

Tiba-tiba sahaja pintu bilik bedah terbuka. Segera Datin Daniella menerpa doktor yang baru keluar.

"Macam mana dengan anak saya, doktor?" Soal Datin Daniella kerisauan.

Doktor itu mengambil nafas terlebih dahulu sebelum menjawab. "Kami dapat menjahit beberapa luka yang terbuka luas. Walau bagaimanapun, maafkan saya, anak puan dalam keadaan kritikal sekarang. Dia mengalami major blood lose. Stok darah di hospital juga semakin berkurangan. Dia memerlukan penderma dengan segera. Selain itu, dia juga berkemungkinan akan koma buat beberapa minggu akibat hentakan yang kuat pada kepalanya."

Terkaku Datin Daniella saat mendengar kata-kata doktor itu.

Arish dalam keadaan kritikal? Dan dia akan koma?

Semakin deras air mata Datin Daniella menitis. Alicia yang berdiri di sebelah Datin Daniella segera memeluk mamanya.

"Saya pergi dulu." Pamit doktor itu.

Ariana terdiam. Bibirnya dikemam. Tak tahu nak cakap apa.

"Mama.. tak nak derma darah untuk Arish ke?" Dia menyoal. Wajah Datin Daniella yang bertudung itu dipandang.

Pantas Datin Daniella menggeleng. "Mama tak boleh."

Terkejut Ariana mendengar jawapan dari mamanya. "Kenapa pula mama? Dia kan anak mama juga, adik-beradik Ariana. Mestilah darah serupa."

"Tak, dia bukan adik-beradik kamu." Terkelu Ariana dan Alicia tatkala terdengar penyataan yang keluar dari mulut Dato' Izham yang baru sahaja tiba.

"Apa papa cakap ni? Arish kan anak papa dengan mama. Nama dia kan Arish Edrianna bin Izham. Nama papa tu." Ujar Alicia tidak percaya.

Dia dan Ariana tidak menangis langsung. Mungkin dalam hati menahan rasa sebak tapi mereka tak boleh tunjuk yang mereka lemah.

"Tak twins. Arish hanya anak angkat papa dengan mama. Kebetulan nama arwah ayah dia Izham juga. Sebab itu papa ambil dia sebagai anak angkat. Ibu bapa Arish dah lama meninggal sebab kena bunuh. Arish diletakkan di rumah anak yatim piatu oleh mak saudaranya. Mak saudaranya tak mampu menjaga Arish sebab dia ada 5 anak kecil untuk dijaga lagi. Walaupun keluarga Arish dan mak saudaranya kaya, mak saudara dia tak menang tangan nak layan seorang demi seorang. Jadi dia buat keputusan untuk hantar ke sana." Cerita Dato' Izham. Satu senyuman kelat terpamer.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now