Lengan Alicia ditarik supaya mengikutinya memasuki kelas.
Ni kes Alicia malas ke sekolah. Dia cakap dia tak nak kena buli lagi.
Melangkah sahaja kaki Ariana ke dalam kelas, hampir semua mata tertumpu kepadanya.
Muka tak bersalah campur tak berperasaan ditonjolkan. Alicia dibelakang sudah awal-awal masuk ke dalam kelas.
Tadi bukan main liat nak pergi sekolah, tengok-tengok dia paling rileks bila masuk kelas. Hm.
"Apa?" Soalnya bersahaja. Walaupun Alicia pernah bagitahu yang kelas 5 Pearl sangat prihatin, dia masih tidak mampu mempercayai mereka. Sepenuhnya.
"Hye, you're back!" Sapa Izzara mesra lalu masuk ke dalam kelas.
Ariana tersenyum janggal. Tak tahu kenapa dia rasa macam tak selesa je bila nak masuk kelas.
Dan dia masih tercegat dihadapan pintu.
"Masuklah. Kitorang tak makan kau." Ucap Haziq.
Perlahan-lahan Ariana menjejak kaki ke dalam kelas. Dia meletakkan beg sandangnya ditepi meja.
"Ariana, kau dah tahu fasal kes viral dua hari lepas?" Soalan yang dikemukakan oleh Ilyana mengundang semua orang untuk kembali memandang Ariana.
Ariana sekadar mengangguk. Tipulah kalau dia tidak tahu. Heboh sangat benda tu sehinggakan ramai followers Instagramnya, direct message tentang hal itu.
Menanyakan kepastian. Pastinya dia tidak membalas kesemua direct message itu. Terlalu banyak.
Tapi, terpegun juga dia. Yalah, nampak sangat laman sesawang sekolah East Star High School itu popular. Sehinggakan followers dia yang entah dari negara mana pun bertanya.
"Boleh explain tak apa sebenarnya yang terjadi?" Soal Sofhyia pula.
"Malas." Sepatah Ariana menjawab. Dah muncul semula perangai degil dia tu.
Haziq membuat muka. Geram betul dengan perangai Ariana. "2 options, ceritakan atau get out, now." Tegas dia berkata.
Ariana buat muka menyampah. "Fikir aku takut?"
"Yes, you are. Now, tell us everything." Desak Haziq.
"Aku cakap aku tak nak." Bentak Ariana geram.
Naufal menggelengkan kepala. Start dah. "Aih, bergaduh pula dua orang ni. Stop, please."
Ariana duduk ditempatnya bersama senyuman mengejek.
Sempat otak Haziq merangka satu-satu cara untuk memaksa Ariana agar menerangkannya juga.
"Ariana, sayang. Boleh tak ceritakan apa yang berlaku dekat classmates? Kalau tak nak pun ceritakan dekat abang saja tak apa." Lembut sahaja dia menuturkan kata.
Dalam hatinya sudah beribu makian dilepaskan pada diri sendiri. Geli wey geli.
Ariana membuat muka kegelian. Seisi kelas yang lain tergelak halus mendengar penyataan Haziq. Jarang ni dia jadi sebegitu.
"Diamlah kau. Geli."
"Baik kau bagitahu kalau tak aku panggil kau sayang sampai kau terangkan segalanya." Sudah tamat drama tak berbayarnya. Kini Haziq kembali kepada Haziq si pendesak yang asal.
Pasrah Ariana mendengar. Rela dia bagitahu semuanya daripada kena ganggu dengan Haziq si playboy tak bertempat tu.
Dia bingkas bangun dan berdiri dihadapan kelas.
YOU ARE READING
Hidden Secret [C]
Teen FictionRahsia? Semua orang mempunyai rahsia yang tersendiri. Termasuklah mereka. Setiap yang berlaku dalam hidup mereka mempunyai kisah silam dan rahsia yang disorokkan. Terlalu banyak rahsia yang harus mereka simpan. Tapi, sampai bilakah rahsia itu boleh...