HS-50

2.2K 126 3
                                    

"Pandang 30° darjah dari tempat kau berdiri. Ada dua orang lelaki yang duduk diatas sofa bersama 4 orang perempuan. Ambil tempat dibelakang mereka berdua dan dengar apa yang diorang bincangkan."

Lucy tersedar dari lamunannya apabila terdengar arahan yang dikeluarkan oleh Faiz Emir.

Dia menoleh ke arah 30° dari tempat dia berdiri. Tangannya yang diletakkan diatas bahu Ishaan, ditarik.

Ishaan segera memandang wajah Lucy bila dia perasan Lucy tiba-tiba sahaja menarik tangannya.

"Why? Is anything wrong?" Soal Ishaan Xander, lembut.

Takut-takutlah dia tersalah buat benda bukan-bukan yang menyebabkan gadis dihadapannya ni tak selesa ke.

"Ah, nothing is wrong. I just felt a little bit tired. Can we sit for a while?"

"Where did you want to sit?"

"There." Jari telunjuk Lucy menunjukkan ke arah sebuah sofa hitam berbentuk U yang kosong dan ditengah itu terdapat satu meja bulat yang terletak 2 biji botol arak bersama 2 biji wine glass.

Ishaan mengangguk setuju. Dia menarik lengan Lucy untuk duduk disana.

Lucy mengambil tempat membelakangi kedua lelaki yang menjadi suspek Dark Shadow.

Dia menyandarkan badannya pada sofa hitam itu. Dia berasa lega seketika.

Ishaan membuka botol arak yang ada diatas meja itu. Arak itu dituangkan ke dalam dua biji gelas yang ada diatas meja itu.

"Do you want to drink?"

"I'm sorry but I don't drink wine." Lucy tersenyum janggal.

Selain daripada ingin mendapat 'perkhidmatan' dan release stress dengan menari, kebanyakkan orang pergi ke kelab malam untuk minum arak tapi kalini dia berbeza.

Langsung tak minum arak.

Ishaan mengangguk faham. Ini bukan pertama kali dia jumpa pelanggan yang tidak minum arak. Biasalah, ada yang boleh tahan dengan rasanya dan ada yang tak boleh.

"Ishaan, is that you?" Soal seorang gadis yang memakai dress singkat dan sendat berwarna merah. Hampir semua tempat pada badannya, didedahkan.

"Ah, yea, it's me." Sahut Ishaan lalu dia menyisip red wine itu sedikit.

Lucy masih lagi fokus mendengar perbualan dua orang lelaki itu dan tidak langsung memandang pada gadis yang datang menghampiri dirinya dan Ishaan.

Setiap perbualan mereka direkodkan. Tak ada satu pun yang dia terlepas untuk dengar.

"Who's that girl? Is she your new girlfriend or your new client?" Soal gadis itu sambil mengambil tempat disebelah Ishaan.

Sengaja dia merapatkan dirinya dengan Ishaan. Lelaki itu hanya melayan sahaja. Tangannya diletakkan diatas bahu gadis disebelahnya.

"She's not my girlfriend nor my new client. She's our new customer. Her name is Lucy Grey." Mendengar namanya disebut, Lucy memandang ke arah Ishaan dan dialihkan pandangan kepada gadis disebelah Ishaan.

Dia memberi senyuman manis. "Hye." Sapa Lucy, mesra.

Gadis dress merah itu membalas sapaan Lucy dengan senyuman. Tangannya dihulurkan untuk bersalam.

Baru sahaja Lucy ingin menyambut, tangannya direntap oleh Ishaan.

Lucy memandang Ishaan, hairan.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now