(Karangan Imam Nawawi)🔎 Hukum seorang muslim yang mendoakan keburukan kepada muslim yang lain ?
🍀 Sekiranya seseorang mendoakan kebaikan dan keburukan kepada orang lain maka Allah telah sediakan untuknya 1 malaikat supaya mendoakan kembali kepadanya seperti doanya itu pada org lain.
🔸Begitu juga jika mengkafiri orang lain,
"Barangsiapa yang mengkafiri orang, maka sesungguhnya dia telah kafir"
(Jika dia memanggil seseorang dengan panggilan kafir, maka malaikat akan mendoakannya sehingga dia menjadi kafir).🔸Apabila 1 orang telah merasai kemanisan iman, maka dia tidak lagi akan merasa susah payah dan kesakitan.
🐾 Sepertimana kisah Sayyidina Abu bakar Assiddiq ketika berhijrah bersama Rasulullah saw, beliau redha apabila dipatuk ular sewaktu bersembunyi di dalam gua kerana beliau telah merasai manisnya iman sehingga beliau tidak bergerak sedikit pun dan sanggup menahan kesakitannya semata2 tidak mau mengganggu tidur Nabi saw.
🐾 Kisah lain juga disebutkan tentang 2 orang sahabat yg diperintahkan untuk berjaga sepanjang malam. Mereka bergilir-gilir berjaga, seorang tidur dan seorang lagi sholat. Ketika Mana yg tengah berjaga itu sedang sholat, dia telah dibaling tombak/panah namun dia tidak bergerak dan tetap meneruskan sholatnya. Sahabatnya yg sedang tidur itu tadi tidak menyadari akan kejadian itu hingga darah sahabat yg sedang sholat itu tadi terkena padanya kerana banyaknya panahan/tombakan pada badan sahabatnya itu. Lalu sahabat yg tidur itu bertanya:
💬 kenapa kau tidak membangunkan aku? Jawabnya kerana dia sedang membaca surah al kahfi dan dia merasai kemanisan bacaannya sehingga dia merasa sayang untuk memutuskan bacaan & sholatnya.🐾 Begitu juga kisah tentang Sayyidina Bilal yang disiksa dibawah terik panas matahari dan batu besar diletakkan diatas badannya, beliau hanya menyebut "Ahadun ahad".
Semua kisah diatas menceritakan tentang mereka2 yg telah merasai kemanisan iman sehingga tidak lagi merasa kepahitan, kepayahan serta keperihan siksaan dan kesakitan kerana manisnya iman itu telah mengatasi segalanya.
