KITAB RAMADANIYYAT TARIM

3 0 0
                                    

• Syarahan daripada isteri kepada Habib Ali Masyhur yaitu Hubabah Alawiyah telah membaca khutbah pada malam 15 Ramadan.

🥀 Kita berdoa kepada Allah swt supaya dikurniakan taufiq dan mendapat anugerah yg besar di bulan Ramadan ini. Sudah berlalu awal bulan dan bulan ini pada awal nya kita akan dapat menjadi orang yang baik dan pertengahannya kita dapat menjadi orang yang berhasil dan di akhirnya kita akan dapat menjadi orang yang beruntung.

🥀 Bulan Ramadan yg baru saja datang tapi sudah mulai beransur-ansur pergi meninggalkan kita. Tidak lama lagi, kita akan dapati bulan ini akan berakhir. Alangkah baiknya jika kita semua sudah bertaubat. Alangkah baiknya jika kita semua sudah sadar dari tenggelam dalam nafsu syahwat kerana Allah swt tidak akan sia2kan suatu amalan serta harapan dan juga permintaan yang kita lakukan pada bulan ini. Allah swt tidak akan tolak dan tidak akan menyia2 kannya pintu rahmat Allah swt terbuka luas sekarang dan akan ditutup apabila berakhirnya bulan Ramadan.

Adakah kita sudah bertaubat?
Adakah kita sudah berdoa?
Adakah kita sudah beristighfar?
Adakah kita sudah merasakan kemanisan iman?
Adakah kita masih lagi sibuk bergelimang dengan maksiat?
Adakah kita masih lagi di dalam kerugian?
Marilah kita semua sadar
‎(تداركوا بقي شهركم)

Segeralah dapatkan manfaat bulan Ramadan ini!
Sudah terlewat yg mana yang sudah berlalu & jangan pula terlewat mana yang masih berjalan pada bulan ini.

🔅Perhatilah sholat kita, Rasulullah bersabda:
💬 [Penyejuk mataku adalah di dalam sholat, aku tabur rasa cinta terhadap sholatku seperti mana seorang yg kelaparan berkehendak kepada makanan dan seorang yg dahaga mengharapkan kepada minuman tetapi berbedanya orang yg kelaparan & kehausan akan merasa kenyang dan puas tetapi aku tidak akan sama sekali merasa puas dari kepuasan ini]

🔅Ketika masuknya pertengahan bulan Ramadan, Allah swt akan berfirman kepada malaikat2:
💬 {Sesungguhnya umat Muhammad sudah berpuasa setengah pertama pada bulan ini dan mereka akan masuk pada setengah yang kedua, sudah berhak untuk aku berikan kepada mereka dan aku adalah yang Paling Pemurah daripada segala yang pemurah dan menjadi kewajipanku untuk menerima mereka dan aku menyaksikan kamu wahai malaikatku bahawa Aku telah memberi keampunan kepada umat Muhammad saw sama ada yg muda maupun tua, lelaki ataupun wanita, sehat ataupun sakit dan aku akan berikan kepada mereka keridhaan yang terbesar}.
Lalu malaikat semua bergembira dengan berita gembira ini.

🥀 Jadi kita hendaklah memohon kepada Allah swt supaya dikaruniakan bahagian terbesar dari pemberian ini. Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda:

💬 [Allah swt memiliki satu tempat di syurga di langit sana yang dinamakan sebagai حضيرة القدس, di tempat ini terdapat malaikat2 yg sentiasa beribadat tanpa beristirahat walau sesaat. Apabila tiba bulan Ramadan golongan malaikat2 di حضيرة القدس ini akan meminta izin kepada Allah swt untuk turun ke bumi setiap malam untuk sholat bersama anak Adam.

🥀 Siapa yang disentuh atau tersentuh oleh malaikat ini mereka akan mendapat kebahagiaan selama2nya & dia tidak akan merasakan suaty kecelakaan. Oleh sebab itulah Sayyidina Umar Al Khattab telah mengumpulkan orang untuk mengerjakan solat terawih secara berjemaah. Supaya kita dapat berkumpul bersama dengan malaikat2 istimewa ini iaitu malaikat dari حضيرة القدس.

🥀 Berjemaah adalah keadaan yang terbaik seumpama apabila serigala datang untuk menangkap kambing, serigala tersebut akan menangkap kambing yang keluar dari kumpulannya. Jadi janganlah asingkan diri dari berjemaah bahkan hendaklah kita(senantiasa) solat berjemaah. Kita aminkan segala doa2 dan meminta berkat dari doa ini serta berkat para solihin yg hadir bersama kita hari ini. Semoga Allah swt kumpulkan kita bersama orang2 yg terbaik insyaAllah.

-------------------------------------------

📝 Diterjemahkan :
‎> مجموعة المرحمة لتعليم الترجمة <
(Panel Penterjemah Melayu Muslimat Tareem)

Catatan kajianTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang