Iftitah Daurah Ma'al Hubabah Ummu Ali
(Puteri Saiyidil Habib Umar bin Hafidz ; pemimpin DAZ TARIM)
Hubabah mengalu2kan ahlan wasahlan kepada seluruh banaat(puteri2) ke Daurah Syaifiyah '29 ini. Pada hari Isnin hari yang barokah Daurah ini bermula. Dimana Rasulullah ﷺ bersabda"dimana hari Isnin aku dilahirkan" Dimana hari yg diberkahi Allah termasuk hari Isnin dan Khamis.
Terkumpul keberkahan disini termasuk hari, majlis ini sendiri dan semoga kita semua mendapat keberkahan dgn tujuan kita berkumpul hari ini.
Kita semua berkumpul dr tempat berbeza tapi utk tujuan yg satu yg sama iaitu mencari keredhaan Allah SWT dan semoga Allah SWT memberikan keredhaan Nya kpd kita dan redhanya Nabi Muhammad ﷺ.
Yang mana kita berkumpul utk berzikir mengingati Allah SWT, yg mana disebut dalam hadis "Akan dikumpulkan sesuatu kaum di atas mimbar2 yang bercahaya sehingga para nabi pun tertanya2 siapa mereka. Lalu mereka menjawab , kami adalah org2 yg berkumpul kerana Allah SWT"
اللهم اجعلنا منهم
Kita hendaklah bersyukur kpd Allah SWT atas nikmat ini kerana memudahkan kita mendapatkan nikmat2 berkumpul melalui zoom dan internet.
Semoga Allah SWT mengurniakan taufiq kepada semua yg bersama majlis ini.
Hubabah mengucapkan ahlan wasahlan lagi kepada kita semua di daurah ini. Semoga kita semua dapat menunaikan hak2 daurah ini & mendapatkan hakikat daurah ini.
Jalani lah daurah ini dengan sesungguhnya. Semoga kita mendapat redhanya Saidatina Fatimah Radhiyallahu anha dan Rasulullah ﷺ. Daurah ini tersambung dengan DAR MUSTOFA DAN DAR ZAHRA.
Kita semua telah terhubung dengan Baginda ﷺ dan Saidatina Fatimah RA. Perlu kita lakukan segala apa yg menghubungkan kita kepada mereka.
Hubabah mendoakan semua mendapat keberkahan dari Allah SWT dan kebahagiaan terbesar dari daurah ini. Hubabah mendoakan semua berjaya di dunia dan akhirat.
Ahlan wasahlan dari Hubabah kepada banaat daurah semua dan beliau mewasiatkan agar mendoakan mereka disana semua.
Wallahua'lam
