KITAB AN-NAFAHAT

2 0 0
                                    

AR-RAMADANIYAH
(Karangan Habib Muhammad AlHaddar)

🔹Malam ini merupakan malam Badar dan tarikh seperti inilah telah berlaku peperangan Badar Al Kubra yg mana ia adalah antara perang yg dihadiri oleh sahabat2 yg paling mulia.

Pada suatu hari, Sayyidina Jibril datang kepada Nabi saw dan bertanyakan kepada Baginda:

💬 "Siapakah yg paling afdal dikalangan sahabat2mu?"
Rasulullah saw menjawab:
💬 "Ahlu Badar"

Lalu malaikat Jibril pun menjawab:
💬 "Begitu juga malaikat2 di langit. Malaikat yg menghadiri perang Badar adalah malaikat yg paling afdal dari semua malaikat yg lain".

📜 Allah swt berfirman di dalam Al Quran : "Memuji dan memuliakan Ahlu Badar dan Allah telah memberikan mereka keampunan atas kesalahan dan dosa yg telah mereka lakukan dahulu. Dan mereka telah diberitahu buatlah apa yg kamu inginkan kerena mereka telah dijamin keampunan sepanjang hidup mereka."

🎬Sebab itulah dalam satu kisah dimana Sayyidina Hatib Bin Abi Balta'ah salah seorang sahabat yg menghadiri Perang Badar, beliau pernah melakukan kesalahan yaitu apabila Rasulullah saw membuat rancangan untuk menakluki Kota Mekah, beliau telah menulis surat mengabarkan perkara tersebut kepada kaum Quraisy. Beliau mengutuskan seorang wanita untuk membawa surat itu. Rasulullah saw telah mendapat kabar tentang perkara tersebut melalui wahyu, lalu Baginda mengutuskan dua sahabat yaitu Sayyidina Ali dan seorang lagi untuk pergi mengejar wanita tersebut bagi mendapatkan surat tersebut. Wanita tersebut tidak mengaku memiliki surat tersebut sehinggalah Sayyidina Ali mengancamnya dengan berkata:
💬 "Jika engkau tidak ingin memberikan aku surat tersebut, aku akan memukul dan telanjangkan kamu untuk mencari surat tersebut”.

Wanita itu berasa takut lalu mengeluarkan surat daripada sanggul rambutnya.

🎬 Apabila dibawakan surat tersebut kepada Rasulullah saw, Sayyidina Umar pun bangun dan berkata:
💬 "Ya Rasulullah, biarlah aku bunuh Hatib ini atas kesalahan besar yg telah dia lakukan".

Terus Rasulullah saw memberitahu:
💬 "Biarkan saja dia kerana dia merupakan Ahli Badar, Ahli Badar sudah diuzurkan dan sudah diampunkan".

🔹Jadi para sahabat yg telah hadir Perang Badar ini walaupun dia berbuat salah, Allah swt sudah pun mengampunkannya. Begitu mulia sekali para sahabat yg hadir Perang Badar, sampai begitu banyak keampunan yg mereka dapat.

🔹Jadi pada hari ini, kita akan bacakan nama2 Ahlu Badar dan ini merupakan suatu amalan yg sangat mujarab kerana bertawassul dengan nama2 Ahlu Badar adalah antara tawassul yg paling tinggi dan antara pendinding yg paling kukuh.
Seandainya kamu menuliskan nama2 ini dan membawanya bersama kamu, ia akan menjadi pendinding yg paling kuat dari sebarang musuh atau bahaya.

Begitu juga jika ada musibah atau malapetaka, ia akan menjadi sebab dilapangkan segala kesusahan tersebut dan menjadi sebab termakbulnya segala hajat dan terjawabnya doa2.

Catatan kajianTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang