Housemate Terkantoi

909 19 0
                                    

Tak dapat kolej kediaman dalam kampus, terpaksalah tinggal kat luar kampus. Cari bilik untuk disewa bukannya satu kerja yang senang, tapi nasib baik aku berjumpa dengan Zack, rakan yang aku baru saja kenal semasa oriantasi kami tahun lepas. Entah kenapa aku tidak dibagi kampus tahun ini, mungkin mereka melihat aku ini anak orang kaya, dengan senang hati pihak pengurusan ini melempar aku keluar. Nasib menyebelahi aku, ada bilik untuk disewa tidak jauh daripada universiti kami, RM300 sebulan pun jadilah, semua kemudahan lengkap, mesin basuh, dapur gas, dan lebih penting lagi, wifi percuma. Aku pun terfikir kenapa harga sewa sebulan ini murah sangat, rupanya rumah ini kepunyaan abang Zack, iaitu seorang askar laut yang sedang bertugas dan Zack ditugaskan untuk menjaga rumah ini. Aku ingatkan menjadi pelajar tahun dua lebih susah, tetapi sebaliknya yang berlaku.

Mendaftar subjek secara online menggunakan wifi rumah abang Zack memang menjimatkan masa, dulu semasa aku tinggal di kolej, aku kena pergi ke cafe untuk mendapat wifi universiti, dah la lambat nak mampus, tapi sekarang ni senang, duduk dalam bilik dah dapat online. "Man, awak dah daftar semua subjek awak?" Zack dengan senang hati masuk bilik aku ni, tapi itu bukan salah dia, pintu aku dibiar buka, so memang bukan salah dia."Baru je habis daftar, aku ada 3 hari free, " Nak berlagak sikit, namun 3 hari free ni ada kesannya, hari selebihnya kecuali sabtu dan ahad memang pack. "huh? 3 hari free? Ni mesti 2 hari lain penuh kan?" Sindir Zack.

"Tapi 3 hari free ni, seperti anugerah...." Kata aku sambil menaikkan kening aku, sebagai simbol berlagak. Tapi kata Zack memang betul, aku kena berada di dalam universiti 24 jam, dari pagi hinggalah sampai kuliah malam. "Aku hari jumaat je yang free, " Kata Zack dengan nada yang kecewa. "So? its not my fault... hahahaha" Sindir aku lagi, aku ni memang jahat.

"Awak ni... Eh nak makan dinner tak kat Getaran Jiwa?" Perlawa Zack, hari pun dah malam, dari petang tadi asyik online sampai terlupa nak makan. "Okay, sat lagi aku turun okay, nak salin baju ni..." Kata aku sambil menghalau Zack keluar. "Abang awak tu, dah lama ke jadi askar?" Tanya aku, sambil berjalan kaki pulang ke rumah abang Zack.

Apa yang aku order tadi simple je, nasi lemak dengan air bandung je, si Zack pulak pesan Mee Jawa, dasar peminat mee betul budak ni. "A a.. baru je dua tahun dia masuk askar, " Balas Zack. Aku sepatutnya pakai seluar panjang pergi cafe tadi disebabkan oleh cuaca yang sejuk tapi aku pakai seluar pendek. Zack pula memang sentiasa pakai pakaian full, tak pernah pun aku melihat dia pakai spender atau seluar pendek, mahupun dalam rumah, dia tetap pakai seluar slack hitam, hairan aku dibuatnya, tak panas ke?

"Wow, askar tu..." Balas aku, dan kesepian mengambil alih suasana kami. Aku bukannya ada apa-apa perkara nak dibincang pun. Tiba-tiba Zack memecahkan kesepian malam.

"Malam ni aku nak basuh kain, awak nak aku tolong basuh sekali ke?" Ujar Zack. Walaupun nada Zack cuba menolong aku dengan kain basuhan agak pelik, tapi aku ni bukan orang yang suka menunggu, menyidai dan memerah kain pun."O.. okay, tapi jangan hairan kalau ada bau yang kurang menyenangkan, sebab dah hampir seminggu aku tak basuh kain...

" Balas aku. "Oowh? Hahaha, no problem with that," Balas Zack.Sebaik saja tiba di rumah, Zack memesan aku supaya meletakkan kain yang hendak dibasuh di dalam bilik basuh setelah selesai mandi dan dia bagi aku dulu untuk mandi. Tiada apa-apa yang pelik dengan si Zack ni, tetapi apa yang bakal berlaku malam ni mengubah persepsi diri aku serta Zack. 2 pagi. Masih layan HoN, dulu bukan main payah nak main online game, tapi sekarang dengan adanya wifi rumah Zack, semuanya senang. Bila dah habis satu game, dan kalah lagi dengan team FerieaT, badan aku semakin panas dan tidak selesa, maklumlah dah kalah 2 kali berturut-turut, sesiapa pun pasti marah, tapi aku pendam dalam hati aku dan cuba mencari benda lain untuk menenangkan hati aku ni yang tengah panas. Terdetik dalam hati aku untuk melakukan perkara khianat pada diri aku sendiri, dah ada internet dan ditambah lagi dengan privasi, apa tunggu lagi.

CERITA-CERITA GAY DI INTERNETWhere stories live. Discover now