BAB 1

13.1K 301 4
                                    

Huda,Sarah,Athirah dan Zalifah sedang bersembang di salah satu meja di taman berhadapan dengan kantin sekolah.Seseorang budak lelaki memandang empat sekawan ini,tiba-tiba Athirah perasan lelaki itu memandang mereka.

"Weyh korang perasan tak budak lelaki kat hujung tu asyik pandang kita je."Kata Athirah sambil menunjukkan lelaki itu melalui gerak mata.

"Aah lah weyh dia pandang kita...serammlah."kata Zalifah sambil menggoyangkan tangan Huda,Sarah pun mengangguk tanda bersetuju.Tiba-tiba Huda bangun dari tempat duduknya.
"Leklah korang tengok ni ehh"sambil pergi ke arah budak lelaki yang memandang mereka tadi dan budak lelaki itu berasa hairan kenapa Huda datang dekat dia.

Beberapa minit kemudian...

Huda kembali ke tempat duduknya sambil tersenyum,mereka bertiga berasa hairan dengan Huda.Huda mengeluarkan sesuatu dari seluar sukannya lalu memberi kepada Sarah.

"Budak tu bagi dekat kau."sambil tersenyum kepada Sarah.
"Fuyoo Sarah ada peminat"kata Zalifah dan Athirah serentak sambil tersenyum.Sarah tak suka apabila ada orang minat dekat dia .Sarah menghulurkan semula kertas itu kepada Huda sambil berkata
"Nah lah Huda kau ambil je lah,aku tak sukalah mamat macam tu,lagi pun korang nampak sesuai"sambil tersengih.
"Banyak ah kau dia kasi kau bukan aku sengal,tengok kitaorang mana ada peminat" kata Huda.

Kringggg...
menandakan waktu rehat sudah tamat.

Mereka balik ke kelas,sewaktu Huda ingin mengambil bukunya di dalam laci mejanya Huda ternampak surat yang ditujukan untuk dia tetapi Huda tidak membukanya lalu menyimpan dalam seluar sukannya.Selepas habis waktu sekolah Huda pergi ke suatu tempat selepas memberitahu tiga rakannya yang menunggu di depan tangga blok.Huda pergi ke taman tempat biasanya dengan kawan-kawannya,Huda nampak seseorang budak lelaki duduk di tempat biasanya lalu Huda terus menuju ke situ.Huda menegur lelaki itu dan bertanyakan kepada lelaki itu sambil memegang sepucuk surat
"awak ke yang kasi surat ni."Lelaki itu mengangguk sambil senyum kepada Huda.
"Apa nama awak,saya tak pernah nampak pun awak sebelum ni"kata Huda.
"Oh..lupa pulak nama saya Muhammad Nazri Adli panggil Nazri je"sambil tersenyum.Semasa mereka berbual ada seseorang yang memerhatikan mereka berdua.

Sebenarnya Aku Suka KauWhere stories live. Discover now