Huda pergi rumah Athirah dekat rumah Athirah dan Fuad di Shah Alam. Diorang pindah Shah Alam sebab boleh tahan dekatlah dengan tempat kerja masing masing.
" Assalamualaikum" laung Huda depan rumah Athirah dan Fuad. Pintu rumah terbuka terjenggul kepala Fuad.
" waalaikumussalam ... ehh Huda kau buat apa dekat sini. Masuklah dulu" kata Fuad.
" saje je nak lawat kawan aku pon tak boleh... tak pelah aku balik dulu lah" kata Huda.
" siapa tu " jerit Athirah dari dalam rumah. Ye la dia suruh Fuad tengok tapi tak muncul muncul lagi suami dia ni.
" Huda datang... dia sentap" balas Fuad.
" kau aku luku kepala kau kang... ada aku kata aku sentap ke takkan" kata Huda.
" yelah .. sorry... masuklah Thirah malas nak keluar tu " kata Fuad.
" nak masuk lah ni... " kata Huda kemudian masuk rumah Athirah. Huda lihat psrut Athirah masih belum bulat sepenuhnya tapi boleh di pegang.
" wah baby kau ni dah berapa bulan.. jealousnya " kata Huda sambil pegang perut Athirah.
" baru 2 bulan... kalau kau jealous kahwin lah " kata Athirah.
" memanglah aku dah nak kahwin pon " kata Huda dengan lemah.
" wah okay lah tu eh kejap kau kata kau nak kahwin wahh hebat ah kawan aku dah nak kahwin kata nak tunggu yang lain kahwin dulu baru kau kahwin last last kau kahwin juga sebelum Zalifah dengan Sarah" kata Athirah.
" dah jodoh nak buat macam mana " kata Huda.
" siapa future husband kau, mesti hensem enn" kata Athirah.
" haih laki awak ni tak hensem ke " kata Fuad apabila Athirah tanya soalan kepada Huda.
" hensem tu untuk saya je... saya tanya Huda untuk dia tu hensem ke tak " kata Athirah.
" ntah lah aku tak kenal pon sapa dia, tapi mak aku cakap nak kahwin aku lagi sebulan. " kata Huda.
" wahh... cepatnya " kata Athirah.
Huda hanya mengangkat bahu. Dia rasa masih belum sedia macam mana dia nak cakap dengan Hadi yang dia sebenarnya sukakan Hadi. Hadi dah pernah salah anggap dengan Huda. Huda tak tahulah apa keadaan sebenar.
Setiap hari mesti future husband dia akan text dia tapi Huda tidak pernah balas textnya. Dua tiga hari ni juga Hadi tak text dia. Lagi berapa hari sahaja Huda akan kahwin, Huda kini berada di rumah ibu bapanya. Huda termenung melihat bulan dari bilik tidurnya.
" hari ni birthday Hadi tapi Hadi tak balas pon text aku. Ya Allah kenapa semua ni terjadi " kata Huda dalam hati.
" asal lah aku kena kahwin sekarang, aku belum sedia lagi. Aku takut aku tak boleh pegang gelaran sebagai isteri nanti " kata Huda.
" Huda kau tak tidur lagi ke esokkan busy " kata sedara Huda yang bernama Daila yang tidur sebilik dengan Huda. Sebenarnya nak hias bilik tapi Huda kata esok. Semua barang dah ada dalam bilik.
" emm... kau tidurlah dulu nanti kalau aku ngantk aku tidur lah... kalau busy pon aku akan buat jadi tak busy " kata Huda.
" suka hati kaulah " kata Daila.
Pagi- pagi lagi masing- masing dah sibuk. Huda pula naik rimas dengan anak- anak buah dia yang menjerit - jeritlah, menangis lah.
" dah dah. Siapa anak buah mak ngah yang baik nanti ais krim datang mak ngah belanja tapi siapa bising menangis jangan ikut mak ngah nanti beli ais krim. " kata Huda. Semua terus berhenti menangis dan menjerit. Semua terus diam, sorang anak buah Huda datang peluk kaki Huda. Huda terus dukung anak buahnya.
" mak ngah Jaja nak ais krim boleh tak. Jaja senyap je dari tadi " kata anak buah Huda yang di panggil Jaja.
" boleh Jaja kan baik dari tadi baik bukan macam Daus tengok Daus tu nakal kan " kata Huda.
" mak ngah mana ada Daus nakal, ni abang Yat ni yang kacau biar nanti Daus tak yah ais krim " kata Daus sambil tunjuk arah Yat yang umur dalam lingkungan 13- 15 tahun.
" Yat janganlah kacau Daus. Kesian dia kalau Yat nak kacau juga Yat tak yah ais krim" ugut Huda.
" yelah yelah mengadu je kerjanya " kata Yat.
Tak lama lepas itu bunyi loceng ais krim dan enjin motor je kedengaran. Anak - anak buah Huda terus lari keluar. Masing- masing pilih ais krim. Mak mak sedara Huda juga turut sama memeilih. Alih alih Huda belanja semua.
" mak petang ni tak sibuk sangatkan Huda nak jalan- jalan dekat sawah jap eh nanti " kata Huda kepada maknya selepas basuh pinggan.
" mak rasa tak kot, keluar lah lapangkan fikiran kamu " kata Puan Zaitun kepada Huda. Huda hanya mengangguk.
Petang tu Huda jalan kaki pergi sawah walaupun agak jauh Huda tetap jalan kaki dia saja je nak rasa penat yelah boleh lah dia tidur malam ni dengan selesa. Yelah Athirah pernah cerita yang dia tak boleh tidur tu yang Huda saja je jalan kaki biar rasa penat sikit.
Huda duduk dekat tepi sawah, tiba- tiba waktu Huda sedang mengalamun ada seorang budak kecil datang ke arah Huda dan bagi Huda kotak dan surat.
Belum sempat Huda nak cakap budak itu dah lari. Huda mengeluh, Huda baca surat yang di beri oleh budak kecil itu.
Assalamualaikum... malam ni tengok dalam kotak tu tau. Mesti tengok.
Huda lipat balik kertas itu. Apa agaknya yang ada dalam kotak tu.Huda terpinga pinga apabila dia lihat khemah depan rumah dia, simple tapi nampak mewah. Daila menepuk bahu Huda.
" kau dah kenapa tercongok dekat sini, cantikkan design aku. Tengoklah wedding planner ni. tak menyesal kan " kata Daila sambil libas rambutnya.
" em okaylah tapi aku rasa macam nak tahu pula siapa yang akan jadi husband aku, semua tak nak bagitahu aku... kau boleh bagitahu tak " tanya Huda. Muka Daila dah gelabah.
" eh weh kau punya pelamin belum siap aku sambung kerja aku dulu eh" kata Daila kemudian terus lari ke arah pelamin. Memang pelamin masih belum selesai.
" hish dia ni... nampak sangat nak mengelak " kata Huda kemudian masuk dalam rumah.
Malam lepas solat maghrib masing- masing sibuk pakai inai termasuk Huda. Yelah Huda kan pengantin mestilah kena pakai. Satu hal pulak kena tunggu kering dulu baru boleh gerak. Huda lupa nak buka kotak yang budak kecil di sawah itu bagi. Huda terlelap sampai maknya Puan Zaitun mengejutnya supaya tidur di dalam bilik.
_____
