" thanks weh belanja...nanti next time In Sha Allah aku pula belanja" kata Huda selepas keluar dari panggung wayang.
" bla ah kau orang tengok wayang kau pergi tidur...sengal" kata Hadi sambil menunjal sedikit kepala Huda yang berlapik dengan tudung. Huda senyum menampakkan giginya yang tersusun rapi.
" penatlah...tapi kesian duit kau lah...hahah" kata Huda.
" tak pe untuk kau jugak" kata Hadi.
" ish...sekarang ni kan aku tengok kau macam pelik ahh..." kata Huda. Hadi memandang Huda.
" tak de maknanya...jom jalan- jalan dulu weh kat sini...aku rasa kau kalau balik nanti mesti tak boleh tidur punya sebab kau dah tidur tadi" kata Hadi sambil memandang Huda.
" okay gak...macam tahu tahu je.hahha" kata Huda.
" okay jomlah" kata Hadi lalu jalan - jalan di sekitar luar Dataran Melaka. Mereka bersembang kadang- kadang Huda tergelak sebab Hadi cerita benda yang mengarut.
" Huda kau pernah tak sukakan aku?" Kata Hadi tiba- tiba. Huda berhenti berjalan lalu memandang Hadi. Huda ketawa kecil.
" see...kau memang pelik ah" kata Huda sebenarnya Huda dah cuak sebab Hadi tanya macam tu.
" Daa please aku seriuslah" kata Hadi. Huda mengeluh perlahan.
" yelah...memang aku pernah sukakan kau sebagai abang dan kawan...yelah dulu aku ingat lagi aku pernah patah tangan pastu bila balik dari sekolah kau yang pegangkan beg aku pastu bila dah sampai rumah kau tak nak balik kau nak suapkan aku makan. Bila aku suruh kau balik dulu kau tak nak , lepas je aku mandi aku tengok kau dah tertidur dekat sofa rumah aku...and the best part is kauuuu" kata Huda sengaja meleretkan perkataan 'kau'.
" kau menangis tak nak balik sebab nak jaga aku...mak kau geram gila dengan kau time tu ajak balik pastu kau buat hal tak nak balik sebab nak jaga aku... last- last kau balik juga bila aku halau kau...tapi muka kau memang tak boleh bla ah masa tu,pastu kau tak tegur aku berhari- hari sampai ada satu senior gila mana ntah datang cari gaduh cakap yang aku ni perampas sebab aku asyik lepak dengan kau, dah syok dengan kau pastu nak cakap aku perampas, masa tu pun kau tak de, kau datang bila senior gila tu lagi sikit nak tampar aku...time tu baru kau nak cakap dengan aku...hahah kan best kalau kita still duduk dekat sekolah" kata Huda panjang lebar. Hadi dah geram apabila Huda start cerita yang memalukan itu.
" tapi bukan tu maksud aku" kata Hadi. Terhenti terus ketawa Huda. Huda memandang Hadi yang sedang merenungnya.
" erm..weh jomlah balik dah lambat nihh" kata Huda sambil melihat jam tangannya lalu kembali berjalan semula.
Hadi hanya diam sahaja dalam kereta selalunya dia yang ajak Huda berborak supaya tak bosan. Huda tak tahu kenapa Hadi diam tak nak cakap dengan dia tiba- tiba. Huda hanya pandang luar tingkap dia tak tahu nak cakap apa sebab Hadi asyik diam sahaja dari tadi.
"Erm... Hadi?" Kata Huda sambil memandang Hadi yang sedang memandu. Hadi tetap fokus dengan panduannya. Huda mengeluh lalu menundukkan kepalanya. Huda menutup mukanya dengan tapak tangannya Huda mengeluh perlahan.
' salah ke aku tak jawab soalan dia tadi' kata Huda dalam hati.Hadi pandang Huda, Huda dah tertidur tersengguk- sengguk kepala dia. Hadi keluarkan telefon bimbitnya dia menelefon seseorang.
" assalamualaikum...Ara kau dah tidur ke? Tolong aku jap Huda dah tertidurlah , aku tak nak kejutkan dia" kata Hadi dalam nada yang perlahan tak nak Huda terjaga tapi Huda terjaga apabila dia dengar Hadi bercakap seorang diri." salah ke aku tanya soalan tadi...arh bodoh lah kau ni Hadi mestilah dia tak suka kau dia cuma anggap kau kawan dan abang dia je...tapi Huda aku nak sangat luahkan perasaan ni... mungkin aku bukan jodoh kau" kata Hadi lalu meletakkan kepalanya di stereng kereta. Huda rasa bersalah pula dengan Hadi sebab Hadi juga ada perasaan yang sama. Tiba- tiba ada satu ketukan di tempat tingkap Hadi. Huda terus rapatkan mata dia semula. Bunyi pintu kereta Hadi dibuka.
" kau dah cakap belum dengan dia" kata Sarah kepada Hadi.
" aku tak nak cakap pasal ni lagi aku rasa kitaorang punya relationship hanya sebagai bestfriend je" kata Hadi. Huda tersentak dengan kata Hadi dia dapat rasa air mata dia nak mengalir walaupun dia masih memejamkan matanya.
" tak baiklah kau cakap macam tu...asal ada apa- apa ke?" Tanya Sarah. Kali ni Hadi hanya diam, dia tak jawab pun pertanyaan Sarah.
" suka hati kaulah" kata Sarah lagi.
" dah jomlah tolong aku angkat Huda bawa ma-" kata Sarah terhenti apabila Huda tiba- tiba bangun ataupun pura- pura baru bangun dari tidurnya.
" erm dah sampai ke...thanks Hadi untuk hari ni and thanks jadi kawan aku sampai sekarang... aku pergi dulu..
Assalamualaikum" kata Huda lalu keluar dari kereta Hadi dan terus berlari masuk ke dalam homestaynya. Hadi dan Sarah pandang satu sama lain." kau dengar tak suara dia tadi, macam tengah tahan nangis" kata Sarah kepada Hadi. Hadi memandang Sarah lalu mengeluh.
" ish..kau ni tak habis- habis mengeluhkan dah lah aku masuk dulu" kata Sarah lalu ingin melangkah.
" kejap...bagi ni dekat Huda tau" kata Hadi sambil menghulurkan satu beg kertas yang dibelinya tadi.
" ish...pelik lah korang ni...yelah aku bagi" kata Sarah lalu mengambil beg kertas berisi baju itu lalu tinggalkan Hadi. Hadi menyerabaikan rambutnya selepas Sarah hilang dari pandangannya. Hadi buat keputusan pergi pantai dia tahu sekarang dah lewat tapi mata dia masih tak boleh lelap.
Comment & vote.
