bab 12

1.6K 77 0
                                    

Hadi duduk dekat pasir, dia sedang lihat pantai dengan cuaca yang gelap kerana baru pukul 3 pagi. Hadi teringat kembali peristiwa tadi.

" kau tak suka kan aku tapi apa maksud lukisan kau tu semua ayat - ayat yang kau tulis dekat bawah lukisan kau tu... apa maksud semua ni" kata Hadi seorang diri.

" tak lama lagi sekolah dah nak start lagi berapa minggu je, aku dah kena start balik kerja aku" kata Hadi lagi dia baru teringat ada dua minggu lagi untuk dia meluangkan masa bersama kawan- kawan dia. Tak sampai dua minggu pun sebenarnya ada hari yang dia kena datang juga. Tahun depan dia jadi guru kelas mesti memenatkan. Hadi bangun lalu mengibas seluarnya lalu dia masuk ke homestaynya. Hadi tak tidur dia masih tak boleh lelap, dia tunggu azan subuh sementara tu dia melayari internet menggunakan telefon bimbitnya.

"weh..kau tak tidur ke" kata satu suara yang mengejutkan Hadi yang sedang khusyuk melayari internet. Hadi memandang tuan empunya suara lalu mecampakkan bantalnya tepat ke arah muka tuan punya suara yang telah terkejutkan dia.

" ish...kau ni asal baling bantal dekat aku" kata Fuad lalu memcampakkan semula bantal ke arah Hadi.

" yelah kau dengan rambut serabainya tiba- tiba cakap macam tu bukannya nak bagi salam ke apa" kata Hadi.

" yelah...assalamualaikum kau tak tidur ke?" Kata Fuad.

" ha macam tulah waalaikummussalam..aah aku tak tidur aku tak boleh tidur" kata Hadi.

" kau gila ke...nanti kau pengsan macam mana" kata Fuad sambil matanya bulat membesar. Hadi ketawa.

" tak delah aku takkan pengsan punya" kata Hadi selepas ketawa.

" kau ni gilalah...dah lah tengah hari nanti kita nak balik... tak pelah nanti biar aku drive" kata Fuad.

" suka hati kaulah weh... tapi duit minyak duit kau aah masa pergi haritu kau tak hulur pun" kata Hadi.

" yelah...duit minyak aku yang hulur nanti" kata Fuad. Tak lama lepas tu dengar azan subuh berkumandang. Hadi bangun dari duduknya lalu mengambil wuduk dan solat.

Semua berkumpul untuk buat cabutan bertuah dan penyampaian hadiah, acara yang paling akhir sekali kemudian boleh bersurai. Macam biasa satu group duduk bersama kumpulannya tapi kali ni agak pelik sebab Huda dan Hadi duduk berjauhan dan bukan bersebelahan macam selalu dan juga diaorang berdua hanya diam kalau tidak meja kumpulan itu yang paling kecoh. Huda dan Hadi hanya menunduk.

" weh... Huda asal hari ni kau macam senyap je" kata Athirah dia perasan yang Huda macam tak happy je.Huda mengangkat wajahnya.

" aah Hadi kau pun sama" kata Fuad lalu. Hadi juga mengangkat wajahnya.

" erm...mana ada... aku happy jelah...aku tengok korang happy pun aku happy" kata Huda lalu senyum tawar ataupun pura- pura senyum.

" erm..aku okay je lah happy je maybe aku letih sikit kot sebab muka aku macam ni" kata Hadi pula lalu pura- pura senyum.

" tulah kau aku dah kata" kata Fuad.

" kau kata apa dekat dia wehh" kata Athirah yang duduk bersebelahan dengan Fuad dan Zalifah.

" korang panggil aku kau ke...tak sawit langsung" kata Sarah.

" buat apa aku nak sawit dengan dia nih kalau asyik cari pasal je dengan aku" kata Athirah lalu buat muka tak boleh blaah. Huda baling tisu yang sudah dironyok ke Athirah tepat kena dahi Athirah. Yang lain semua tahan ketawa sebab Athirah terkejut dengan balingan tu. Setakat tisu je tu pun nak terkejut memang susah betul dapat kawan macam diorang ni. Sorang cepat terkejut sorang lagi blur sorang lagi asyik layan diri dia je.

" erm.. aku dah biasalah dengan macam ni lagipun kitaorang tak halal lagi kalau halal nanti memang aku belasah dia cukup- cukup" kata Fuad. Athirah jeling Fuad.

" kau ni tak sayang mulut eh, dahlah minah ni asyik merajuk je dengan kau...yelah nasib baik belum halal kalau tak aku rasa sekarang kau dah lunyai dah kena dengan Athirah" kata Huda yang sedang menikam mata Fuad.

" dah lah tak yah gaduh bila nak start ni kau pergi duduk sini asal Athirah ni tak lari pun cepat lah... aku nak jumpa tunang aku" kata Zalifah yang dari tadi diam. Fuad baru sedar yang sepatutnya dia yang mengupacarakan majlis terakhir untuk reunion ini. fuad terus bangun dan pergi ke tengah- tengah supaya kanan kiri depan belakang boleh dengar apa yang dia nak ucapkan.

" assalamualaikum... sorry buat korang semua tertunggu- tunggu. Hari ni aku tak nak jadi MC so aku panggil pengganti untuk menjadi MC untuk kita semua...okay dipersilakan hot couple yang tak couple pun sebenarnya Huda dan Hadi. Korang jadi MC tau sebab korang berdua yang kuat membebel" kata Fuad panjang lebar lalu duduk semula. Yang lain masih tepuk tangan menunggu Huda dan Hadi bangun untuk menjadi MC.

" kau gila ke... tak nak aku bukan nanti kau nak bayar pun" kata Huda lalu peluk tubuh.

" ala wehh...pleaselah nanti aku belanja korang makan...okay" kata Fuad. Huda menggeleng. Sarah menyiku tangan Hadi lalu menunjukkan muncung ke arah Huda.

" jom lah Daa... macam kita tak biasa bebel" kata Hadi lalu berdiri sambil memandang Huda menunggu supaya Huda bangun. Zalifah menyiku tangan Huda.

" pergi jelah... nanti habis aku tak dapat jumpa adik kau" kata Zalifah dengan muncung itiknya.

Huda dengan berat hati bangun lalu pergi ke depan sekali bersama dengan Hadi dan mengambil microphone. Huda tak banyak cakap dia hanya baca kad cue yang Fuad telah sedia kan. Senang betul kerja si Fuad ni. Tiba- tiba di satu kad cue Huda macam terkejut. Hot couple for the reunion?. Si Fuad ni memang dah gila nasib baik nama nya masih ditutup bila diumumkan baru boleh buka kertas yang dah dilekat dia atas kad cue itu supaya bagi buat kejutan sikit kepada MC untuk memberi jawapan yang ditunggu- tunggu oleh pemenang supaya para pemenang berasa gementar. Hadi yang banyak menggendalikan majlis itu. Sekali sekala sahaja Huda mencelah. Sampai di kad cue yang Huda pegang tadi tiba- tiba Huda rasa macam jantung dia berdegup kuat. Huda selalu rasa macam ni apabila dia rasa ada benda akan terjadi dekat dia.

" okay... sekarang aku nak umumkan hot couple pula. Aku pun tak tahu function benda alah ni" kata Huda. Masing- masing bertepuk tangan. Memang ada yang dah kahwin dengan bertunang dan juga hanya ada satu spesies yang tak tahu malu dah lama couple.

" okay si-" kata Huda terhenti apabila bekas Cikgu nya datang ke arah dia. Memang mereka jemput cikgu- cikgunya sekali tapi cikgu- cikgunya baru je sampai harini dan hanya mengikuti majlis terakhir ini sahaja.

" ada apa Cikgu " kata Hadi apabila Huda diam tiba- tiba sebab dia terkejut cikgu yang garang nilah yang paling dia benci sebab dulu cikgu ni asyik menggedik minta tolong Hadi itu ini. Sampai Hadi tak de masa nak lepak dengan Huda. Badan cikgu ni masih sama macam dulu agak- agaklah umur dia berapa eh sekarang.Dia ni dah kahwin ke belum eh asyik menggatal je. Cikgu itu bagi satu senyuman yang manis ke arah Hadi tapi bila dia pusingkan kepalanya ke arah Huda mukanya terus berubah kepada muka yang tak ada berlaku. Cikgu tu rampas microphone dari tangan Huda. Huda macam terkejut dengan tindakan cikgu itu dia terundur setapak ke belakang. Hadi hanya pandang Huda yang sudah menunduk.
' asal kita macam awkward sangat hari ni aku rasa semalam aku cakap sorang- sorang je dalam kereta takkanlah dia terjaga pastu dia dengar apa yang aku cakap' kata Hadi dalam hati.

" assalamualaikum semua... cikgu akan gantikan untuk kamu berdua untuk umumkan yang ini yelah manalah tahu nta- ntah korang berdua ni hot couple ke?" Kata cikgu itu. Huda tercengang gila ke apa. Kitaorang cuma kawan baik tak ada istilah couple langsung untuk kitaorang.

comment & vote.

Sebenarnya Aku Suka KauWhere stories live. Discover now