Setelah berapa tahun meninggalkan bangku sekolah rasa rindu untuk kembali belajar bersama guru dan rakan-rakan.Cuti sekolah baru sahaja bermula,setiap kali Huda balik dari rumah sewanya di Ampang menuju ke rumah ibu bapanya pasti akan melalui sekolahnya.Memori lama pasti akan segar dari ingatannya sudah lama dia tidak berjumpa dengan Zalifah,Athirah,Sarah dan Hadi.Huda kini akan menjadi guru sekolah menengah di Bandar Shah Alam.Huda kini cuma tahu Sarah kini seorang doktor di sebuah hospital besar.Athirah pula seorang setiausaha di Bangunan SS Holdings iaitu syarikat bapanya sendiri dia memilih untuk bermula dari bawah.Zalifah seorang doktor haiwan dan dia memiliki sebuah klinik dan Hadi juga akan menjadi guru seperti Huda.
Dalam Huda mengimbas memori lama dia teringat satu kejadian yang melibatkan dia dan Nazri,Nazri meluahkan perasaannya kepada Huda.Huda rasa geram dengan tindakan Nazri kerana Huda sudah kata dia tak nak bercinta sebab sekarang masih sekolah.Sekolah untuk belajar dan bukan untuk bercinta.Tetapi amat memalukan huda ,Nazri berterus terang depan rakan-rakannya Athirah, Zalifah, Sarah dan Hadi.Lepas Nazri meluahkan perasaan Huda hanya berdiam Hadi terus menarik lengan Huda untuk beredar dari situ sebab Hadi takut Huda akan buat benda yang tak patut berlaku dan Huda akan ingat memorial dia sewaktu tingkatan 3.Tiba-tiba Huda berkata"Thanks Hadi ko selalu tolong aku"sambil memandu.
Sampai di perkarangan rumah ibu bapanya dia melihat ada duah buah kereta satu kereta Axia dan Honda civic di kereta Honda civic ada seorang lelaki sedang bersandar dan dia melihat ada dua pasang kasut perempuan di depan pintu rumahnya.
"Siapa pula datang rumah ni?Siapa pula mamat ni dengan kemejanya"kata Huda semasa hendak keluar dari keretanya.Lalu dia pergi ke arah lelaki itu dan bertanya"Assalamualaikum encik cari siapa ya?" kata Huda dengan sopan dan lemah lembut.
"Waalaikumussalam.Sopan gila kau Nyet" balas lelaki di hadapannya.'eh mamat ni suka hati je panggil aku Nyet,tapi asal macam pernah dengar eh suara dia' kata Huda dalam hati.
"Apa mas-" kata Huda terhenti apabila ibunya Puan Zaitun memanggilnya dan lelaki di sebelahnya masuk.
"Huda naiklah dah sampai tak telefon pun.Kamu pun masuk duk tercegat dekat situ buat apa" bebel Puan Zaitun.
Lelaki itu hanya senyum ke arahnya dan Huda hanya menjeling tajam.Huda memasuki rumah lalu menyalam kedua ibu bapanya apabila dia mengangkat kepalanya dia melihat dua kawan baiknya iaitu Sarah dan Athirah dia terus menuju ke arah mereka berdua lalu berpelukan tiba-tiba ada orang memberi salam,pelukan mereka terlerai dan Huda memandang ke arah lelaki itu dengan pandangan tajam,lelaki itu hanya senyum dan dia menanggalkan spek mata hitamnya dan Huda terus menjerit "Hadi" ke arah lelaki itu."kau nampak lain gila!" katanya lagi."Asal?Aku nampak lagi hensem ke?" kata Hadi sambil senyum menunjukkan lesung pipitnya."Memanglah kau hensem sekarang sebab dulu kau kolot gila" sindir Huda."Yelah!dulu aku kolot tapi kau lagi kolot dari aku" balas Hadi."aku se-" kata Huda terhenti apabila ada orang memberi salam,semua memandang ke arah pintu rumah.Seorang jejaka dengan baju kerjanya sedang melambai ke arah Huda sambil berkata "Kak Ngahh" Huda bergegas ke arah lelaki itu dan menampar perlahan pipi jejaka di depannya.
"Kak Ngah sakitlah,tangan Kak Ngah tu dah lah bisa" rungut jekaka itu."Betul ke ni?Ni Achik , Muhammad Ezzat bin Amran,lain betul muka kau tahulah dah nak bertunang ,kau makan apa dik tinggi kau dan sama ngan aku" Bebel Huda.Ezzat mencubit pipi Huda dan berkata"Ni Achik lah ni.Asal Achik hensem eh"
"Kau aku sepak muka kau karang,habis merah pipi Angah tau.Hensem tu sikit je Hadi lagi hensem" sambil menunjuk ke arah Hadi.
"Ehh ! Abang ipar ada dekat sinilah.Aah lah Kak .Abang ipar lagi hensem" Ezzat pergi ke arah Hadi lalu menyalam Hadi dan mengenyitkan matanya ke arah kakaknya.
"Kau ,aku dapat siap kau" kata Huda apabila Ezzat mengenyit matanya ke arah Huda.Malam makin larut,mereka bertiga tidur di rumah ibu bapa Huda.Huda ingin pergi ke pondok dengan Athirah dan Sarah tapi malangnya mereka sudah enak diulit mimpi.Mereka bercadang untuk mengikut rombongan pertunangan Ezzat yang akan berlaku lusa.
Comment & Vote.