Semua tepuk tangan apabila cikgu kata begitu. Huda dari tunduk terus je pandang cikgu dengan pandangan tak puas hati. Huda dan Hadi berganjak ketepi bagi laluan supaya cikgu itu dapat menggendalikan majlis itu.
" erm Daa asal kau tak banyak cakap eh hari ni " kata Hadi apabila Huda yang berada disebelahnya hanya diam dan menundukkan kepala memandang bawah. Huda mengangkat kepala lalu dia bagi sebuah senyuman kepada Hadi sambil dia mengangkat kedua- dua belah bahunya seperti tidak tahu apa- apa. Huda elak jawab soalan Hadi, dia tak nak Hadi tahu perasaan dia yang sebenarnya. Memang Huda terkilan juga sebab Hadi kata macam tu. Huda memang ada perasaan pun dekat Hadi tapi takkanlah nak mengaku.
" kau ni orang tanya senyum pulak" kata Hadi. Hadi sahaja nak buat macam biasa sebab dia tahu mesti Huda dah dengar apa yang dia cakap. Sekarang memang Hadi rasa macam nak minta maaf dekat Huda mungkin kata- kata dia tu menyakitkan hati Huda sebab dia tak tahu perasaan Huda yang sebenar tapi Huda macam mengelak dari Hadi.
" okay semua cikgu akan buka kertas ye, sabar - sabar" kata cikgu. Semua mata menghadap cikgu kecuali Fuad sebab dia dah tahu jawapannya.
" wahh cikgu tak sangka pula... hot couple dah nak dekat dah namanya" kata cikgu. Masing- masing tepuk tangan ada yang separuh rasa Huda dan Hadi hot couple dan ada juga yang sebaliknya. Huda tak kesah langsung pasal bahagian hot couple ni. Huda tak berminat benda macam ni dia tak pandang pun cikgu cakap apa manakala dia pandang bawah sambil dia membebel dalam hati.
" Hot couple untuk reunion kelas 5 nutrisi1 ialah start dari H dua dua huruf H" kata cikgu.
" anak murid kesayangan cikgu dan juga musuh cikgu sebab dia cemburu bila cikgu minta tolong anak murid kesayangan cikgu tapi cikgu tak musuh dia pun tapi tak tahulah sekarang dia musuh cikgu lagi ke tak" kata cikgu itu. Huda terus angkat wajahnya pandang cikgu itu.
' Gila ke apa aku ni musuh dia pastu aku cemburu memang tak lah dia bukan angap aku apa- apa pun' kata Huda dalam hati." Hadi dan Huda ialah hot couple untuk reunion kelas 5 nutrisi1 sini cepat ambil set jam couple ni" kata cikgu. Huda dapat rasa yang semua orang dan Hadi memandang dia. Hadi dekat sebelah dia pun pandang Huda sebab Huda pandang cikgu tapi membatu. Athirah yang nampak Huda macam membatu dia campak kertas yang dia dah ronyok nasib baik kena kalau tak kena. Huda tersedar apabila kertas yang Athirah baling tepat kena muka dia. Huda menggosok hidungnya lalu bagi jelingan maut dekat Athirah.
" Daa jom... " kata Hadi sambil bagi isyarat mata ke arah cikgu yang sedang tunggu mereka. Huda memandang Hadi lalu menunduk. Hadi mengeluh perlahan tapi cukup Huda dengar. Huda melangkah dengan perlahan Hadi turut melangkah tapi jaraknya terlalu dekat.
" tahniah... nanti kahwin ajak cikgu tau" kata cikgu lalu memeluk Huda sebenarnya cikgu ni suka sangat dengan perwatakan Huda. Dia suka tengok Huda dan Hadi rapat. Lepas pelukan dilepaskan.
" tak. Cikgu kitaorang tak kahwin punya, kitaorang cuma bestfriend je tak de relationship pun dan tak kan ada relationship pun selain dari bestfriend" kata Huda dengan perlahan sambil memandang cikgu. Huda sekarang rasa macam nak nangis sebab dia guna ayat yang dah nak sama dengan ayat Hadi. Hadi pandang Huda, lagi lah dia rasa bersalah sebab Huda cakap macam tu.
" apa pula cakap macam tu. cikgu percaya yang kamu akan ada satu hubungan satu hari nanti" kata cikgu itu sambil memegang pipi Huda. Dia tahu Huda sedang tahan nangis. Ni mesti baru- baru ni ada apa- apa yang terjadi. Cikgu itu pandang Hadi lalu bagi jelingan maut. Hadi hanya menunduk. Huda cuba senyum dia tak nak air mata dia jatuh depan lelaki ini lagi.
" terima kasih cikgu sebab ajar saya dulu, lagi satu mana ada saya musuh cikgu, kan cikgu kongsi ilmu dengan saya takkanlah saya nak bermusuh pula dengan cikgu hanya disebabkan-" kata Huda berhenti apabila Hadi potong percakapannya.
" okaylah cikgu dah habis kan cikgu turunlah kitaorang teruskan" kata Hadi. Sebenarnya Hadi tak nak dengar Huda cakap macam tu sebab sekarang dia rasa bersalah sangat. Cikgu itu memandang Hadi lalu bagi satu jelingan. Dia menepuk bahu Huda lalu pergi ke tempat duduknya. Semua orang tepuk tangan untuk hot couple. Huda masih belum pusing menghadap kawan- kawannya. Hadi pergi dekat Huda lalu hulurkan sapu tangan hitam tapi Huda tak sambut lalu Huda lap matanya dengan jari lalu pusing menghadap rakan- rakanya. Semua tepuk tangan Huda hanya bagi satu senyuman palsu. Majlis diteruskan dengan cabutan bertuah.
" yeah dah sampai... bye korang aku balik dulu tau nak jumpa Ezzat bye" kata Zalifah apabila kereta Huda berhenti di depan rumah Huda. Huda,Sarah dan Athirah hanya menggelengkan kepala melihat perangai kawan dia sorang ni.
" yelah pergilah bye" kata Athirah sambil peluk Zalifah tanda selamat tinggal. Sarah dan Huda hanya salam sahaja.
" korang tak nak balik lagi ke semak je dekat rumah ni" kata Huda. Athirah dah buat senyum petak dia tu mesti ada makna ni.
" aku balik esoklah dekat rumah Papa aku bosan doh duduk sana lagipun esokkan cuti." Kata Athirah.
" kau pula tak reti nak balik" kata Huda kepada Sarah.
" tak nak. Aku nak kepak dengan koranglah" kata Sarah sambil memeluk tangan Athirah dan Huda.
" okay. Korang nak duduk sini kan so turunkan semua barang aku tolong letak dalam bilik aku ye bukan letak dekat pintu. " kata Huda.
" ala asal kau nak pergi mana" kata Athirah.
" tak pergi mana - mana pun. Yelah korangkan duduk sini, aku tuan rumah so buat je apa yang a-" kata Huda berhenti apabila telefon Athirah berbunyi. Huda suruh Athirah jawab dulu. Athirah mengangkat telefonnya.
" waalaikumsalam ha nak apa a-" kata Athirah terhenti apabila suara Fuad yang macam cemas.
" yahh kau kenapa ni asal cemas semacam je bunyinya" kata Athirah.
" datang hospital ajak Huda dengan Sarah sekali" kata suara Fuad.
" buat apa nak da-" kata Athirah terhenti apabila Fuad mematikan telefon. Athirah cuba call balik tapi tak dapat.
" asal ? " kata Huda kepada Athirah.
" Fuad suruh kita pergi hospital, dia suruh cepat" kata Athirah.
" asal siapa yang masuk hospital" kata Sarah pula.
" jap sekarang ni kita masukkan kan je beg dekat dalam rumah pastu kita terus pergi hospital, maybe ada sesuatu kot yang terjadi" kata Huda. Mereka mula angkat beg masing- masing tak jadi misi Huda nak buli rakan dia. Selepas mengunci gate rumah mereka terus bergerak ke hospital.
Comment & vote.
