bab 28

1.7K 77 2
                                        

Huda teman nenek siram pokok dekat luar dekat belakang rumah tiba- tiba ada orang bagi salam Huda pergi tengok siapa yang datang sebab Hadi pergi kedai. Seorang budak perempuan dalam lingkungan 23 berdiri depan pintu.

" waalaikumussalam. Ye adik cari siapa" kata Huda kepada budak perempuan itu. Budak perempuan itu senyum lalu peluk Huda sambil berkata

" akak ni, akak Huda kan. Isteri abang Hadi" lalu lepaskan pelukan. Huda mengangguk.

" adik siapa. Sebelum tu masuklah dulu" kata Huda.

" oh saya sedara abang Hadi. Nama saya Qaira panggil saya Qai je. " kataBudak perempuan yang di kenali sebagai sepupu Hadi yang bernama Qaira.

" oh nak jumpa nenek ke" kata Huda. Qaira mengangguk.

" jap eh akak panggil nenek" kata Huda lagi.

" eh tak payah lah penat akak nanti ulang alik" kata Qaira. Tiba- tiba ada bunyi enjin motosikal.

" assalamualaikum!!!" Jerit Hadi dari luar.

" tak payahlah jeri jerit bagai bagilah salam elok elok" kata Huda apabila Hadi berada di depan pintu rumah.

" sorry. Assalamualaikum" kata Hadi.

" waalaikumussalam. Hah kan boleh cakap elok elok. Tu Qaira datang. Bak sini kelapa tu" kata Huda sambil ambil kelapa di tangan Hadi. Qaira senyum tengok perangai Huda dan Hadi. Hadi dengan Qaira sembang dekat ruang tamu. Huda pula panggil nenek dan buat air untuk Qaira. Huda buat air sirap untuk Qaira.

Waktu makan tengah hari, Qaira makan dengan nenek Hadi, Hadi dan Huda.

" wah nek buat lauk favourite abang Hadi je Qai tak de" kata Qaira apabila dia buka tudung saji.

" kamu ni nanti nek buat kan lah" kata nenek Hadi.

" wah sedapnya. Jom baca doa" kata Hadi apabila Huda letak nasi dekat setiap pinggan. Mereka baca doa kemudian makan sesuap.

" wah nek... sedapnya dah lama tak makan lagi sedap" kata Hadi. Nenek senyum apabila Hadi bercakap begitu. Huda hanya tunduk lepas je Qaira datang tadi Hadi tak cakap lagi dengan dia.

" sedapkan. Tu lah Huda cepat buat kerja" kata nenek Hadi. Hadi pandang Huda, Huda macam khayal dia tak makan lagi nasi dia. Hadi pelik kenapa dengan Huda.

" sayang" panggil Hadi. Huda tak pandang Hadi. Hadi pegang tangan Huda, Huda terus pandang Hadi.

" sayang. Kenapa ni, masak sedap sedap tak nak makan ke. Sayang masak sedap, kalah nenek" kata Hadi. Huda menggeleng lalu makan sesuap, dia rasa muak.

" maaf, Huda kenyang lagilah. Nek makanlah Huda nak solat dulu" kata Huda lalu bangun tanpa memandang Hadi. Sebenarnya Huda nak termuntah lagipun sekarang dia memang masih kenyang. Hadi pegang pergelangan tangan Huda.Huda tarik balik tangan dia. Hadi mengeluh dalam hati.

" kenapa ni. Makan dulu nanti solat sama sama dengan abang" kata Hadi. Huda hanya diam.

" dah lah kalau kamu lapar nanti kamu makan ye" kata nenek Hadi. Huda terus pergi ke singki untuk basuh tangan kemudian Huda masuk tandas.

Huda masih duduk atas sejadah dengan telekung yang masih di pakai. Huda menangis sebab dia rasa bersalah dengan suami dia. Sebab dia tarik lengan tadi. Huda lap air mata kemudian buka telekung. Huda duduk dekat atas katil dia tunggu Hadi masuk tapi dia terlelap. Hadi masuk sahaja bilik dia tengok Huda tidur duduk, tersengguk sengguk dia tidur. Hadi pergi dekat Huda dia angkat Huda lalu baringkan Huda. Huda terjaga apabila Hadi memegang dahi dia.

" sayang panasnya badan. Sayang still tak okay ke. Jom lah kita pergi klinik" kata Hadi.

" tak payahlah. Saya okay je awak dah solat belum" kata Huda apabila dia lihat anak rambut dan seluar suaminya basah.

" belum lagi. Jap saya ambil wuduk balik pastu lepas saya solat tell me everything. Okay" kata Hadi sambil mengusap kepala Huda.

Selepas Hadi habis baca doa lepas solat, Hadi lipat sejadah lalu duduk sebelah Huda yang duduk di birai katil.

" okay. Now talk to me. Kenapa tadi" kata Hadi. Huda dah rasa nak menangis walau macam mana pun perangai Huda dia akan tanya kenapa.

" sayang talk to me don't cry. Hurt you know, hurt when I see you crying" kata Hadi sambil pegang pipi Huda. Huda terus peluk Hadi, Hadi gosok perlahan belakang Huda.

" sorry because I hurt your feeling. And sorry too sebab tadi waktu abang pegang tangan sayang tarik. I'm so sorry. I know your feeling bila saya tarik tangan tadi" kata Huda. Hadi tak tahu apa masalah Huda tapi apabila Huda buat masalah dia akan menangis dan minta maaf.

" dah... tadi kenapa tak makan" kata Hadi apabila Huda lepaskan pelukan dan pandang Hadi. Huda juihkan mulut dia.

" hey kenapa ni abang tanya lah... kiss nak" kata Hadi sambil pegang pipi Huda.

" kiss lah kalau ber-" kata Huda terhenti apabila Hadi tiba tiba kiss bibir Huda cepat lalu keluar dari bilik. Huda rasa nak je kejar tapi badan dia still tak sihat. Huda buka pintu tiba tiba ada orang kiss pipi dia. Dia terkejut siapa lagi kalau buat benda mcam tu kalau bukan suami dia, Hadi.

" abang! Terkejut tau tak" kata Huda sambil pandang muka Hadi.

" ala... sorrylah... sayang give me one kiss please" kata Hadi.

" buat apa nak bagi abang kiss kalau abang tak layan saya tadi pon" kata Huda sambil peluk tubuh. Hadi gelak. Huda pelik kenapa dengan suami dia tiba tiba je gelak.

" so kiranya tadi yang sayang tak makan tu sayang marahlah sebab abang tak cakap dengan sayang langsung" kata Hadi dengan sisa tawa.

" masa bila pula sayang marah. Taklah sayang lagi suka kalau abang tak layan sayang langsung" kata Huda serius. Hadi terus diam. Pelik betul dengan isteri dia ni mood dia cepat sangat berubah.

" sayang" panggil Hadi.

" what? go per-" kata Huda terhenti.

" akak abang nenek panggil" kata Qaira. Hadi hanya mengangguk.

" akak pergi dulu jalanlah dengan abang Hadi tu" kata Huda. Qaira hanya menggaru kepala.

" sayang. Abang jalan dengan sayang. Qaira pergi dekat nenek sekarang" kata Hadi yang serius memberhentikan langkah Huda. Huda pegang perut dia. Dia takut Hadi belum pernah marah dia lagi. Huda cuba langkah lagi tapi terhenti apabila Hadi panggil dia dengan serius.

" talk to me. Kenapa perangai macam ni" kata Hadi lepas pusingkan Huda menghadap dia. Huda hanya menunduk tak tahu macam mana nak cakap.

" sayang. Abang cakap dengan sayang. Please answer my question" kata Hadi sambil pegang tangan Huda. Huda tak jawab tapi dia tiba tiba dia macam nak terjatuh Hadi sambut dia tengok mata Huda tertutup. Hadi tepuk pipi Huda, tapi Huda tak juga buka mata. Hadi dukung Huda lari ke kereta. Nenek yang terkejut juga turut ikut Hadi pergi tengok Hadi masukkan Huda. Nenek dia tak ikut Hadi pergi klinik. Hadi bawa Huda pergi klinik.

Comment & vote.

Sebenarnya Aku Suka KauTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang