Jam menunjukkan 6.00 pagi,Huda bangun untuk menunaikan solat dan bersiap untuk pergi ke sekolah.Tiba di sekolah,Hadi telah menunggu Huda di tempat biasa mereka.Ketika mereka berbual Hadi menanyakan sesuatu kepadaHuda.
"Kau pergi mana semalam Nyett.Aku tak nampak kau pun semalam waktu balik.Aku tanya Athirah dia kata kau pergi dekat taman kau buat ape"tanya Hadi kepada Huda.
"Oh semalam ada budak nak jumpa.Aku rasa kau kenal budak tu" jawab Huda sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Kau jumpa Nazri kan" kata Hadi menghentikan langkah Huda.'Dia ke yang perhati aku semalam'kata Huda dalam hati.
Tiba-tiba bunyi wisel dan diikuti suara pengawas" Excusme guys please go to Dataran now.Thank You" itu lah suara Vice President Prefect .Dalam perjalanan menuju ke dataran Huda bertanya kepada Hadi.
"Mana kau tahu Dii" sambil memandang Hadi."adalah" balas Hadi sambil menuju ke barisannya.Setelah selesai perhimpunan,sesi pembelajaran bermula seperti biasa kecuali kelas 5 Nutrisi 1.Keadaan di dalam kelas amat bising kerana ketiadaan guru di dalam kelas.Setiap pelajar dalam kelas itu kebanyakkan bersembang dan sesetengah pelajar lagi membuat kerja sendiri kecuali Huda.Huda sedang merenung memandang ke arah luar tingkap.Dia melihat sebatang pokok yang besar menghadap kelasnya.Sarah memanggil Huda tetapi Huda tidak menoleh ke arah mereka.
Athirah berasa hairan selalunya kalau tiada guru dalam kelas sudah lama Huda melepak dengan rakannya di pintu kelas atau pun dia akan mengacau orang tetapi hari ni macam ada sesuatu benda telah jadi dekat Huda,sama ada dia mengigati kisah silamnya sewaktu tingkatan 3 ataupun dia ada masalah lain yang tidak akan memberitahu rakannya.Mereka melangkah pergi ke arah Huda tetapi baru berapa langkah Huda terus bangun lalu pergi ke president kelas iaitu Fuad dia meminta izin untuk keluar kelas.Mereka makin pelik dengan Huda.
"weh bukankah kalau Huda dia nak pergi mana - mana ajak kita" Tanya Zalifah kepada Sarah dan Athirah."Maybe dia ada sesuatu like privacy ke yang tak boleh bagitahu kita" jelas Athirah dan Sarah hanya mengangguk tanda bersetuju dengan kata Athirah tadi.Sewaktu Huda berjalan menuju ke tangga Huda terlanggar seseorang dan Huda terjatuh dalam posisi duduk dan ada sapu tangan warna hitam di depannya mungkin orang yang Huda terlanggar tadi.Huda ingin mengambil sapu tangan itu tetapi tangan Huda ditarik supaya Huda berdiri sapu tangan itu dibiarkan di atas lantai.Huda kini telah berdiri tetapi dia menundukkan kepala dia memandang lantai dan berkata "maaf" hanya sepatah keluar dari mulutnya.
"Huda kenapa dengan kau,asal kau boleh jatuh pulak padahal kita terlanggar perlahan je" suaranya seperti Huda selalu dengar,Huda terus mengangkat mukanya memandang mukanya,lelaki yang selalu ada waktu dia susah dan senang ."Hadi"kata Huda.
"Asal mata kau merah, kau nangis eh Daa?Ke kau sakit?kau ada masalah ke?"bertubi tubi soalan Hadi.Riak muka Hadi yang terselah riak kerisauan lagi membuatkan Huda sedih.Hadi selalu caring pasal Huda,Huda kembali menundukkan kepalanya semula dan berkata.
"Kenapa kau selalu ada waktu aku susah.Aku tak pernah ada waktu kau susah"dengan suara serak basahnya.'sebab aku suka kaulah aku kena ada waktu kau susah' kata Hadi dalam Hadi.
"Seb-"kata Hadi terhenti apabila ada satu suara memanggil namanya dia memandang ke arah suara itu dan dia ialah Fuad president kelasnya ataupun rakan baiknya.Hadi memusingkan kepalanya semula tetapi Huda telah melangkah turun ke tangga meninggalkan Hadi,Hadi hanya memandang ke arah Huda yang menundukkan kepalanya.Huda hanya menundukkan kepalanya semasa berjalan tiba-tiba Huda menyebut nama Nazmi dengan perlahan yang hanya dia sahaja yang mendengar dengan itu satu air mata mengalir ke pipinya.
