Dua minggu kemudian...
"Weh ! Aku naik dengan kau boleh tak? Kita share duit minyak" kata Athirah kepada Huda yang sedang minum air.
"Naik? Kau nak pergi mana.Bukan tadi kau bawa kereta ke datang rumah aku." Balas Huda.Tiga pasang anak mata memandang Huda lalu menepuk dahi.
"Kau tak ingat ke.Lusakan reunion, so aku nak tumpang kau.Satu kereta je malas nak bawa kereta." Kata Athirah.
" aku dengan Zalifah pun nak tumpang kau jugak.Boleh tak?" Kata Sarah pula.
"Ooo...Lusa eh! Aku ingat next week .Aku okay je.Lagipun takut nanti kat sana tak cukup parking " balas Huda.Mereka bertiga terus peluk Huda.
"Dah..dah aku nak makan.Patutlah korang nak tidur sini pastu umpan aku makanan..." Kata Huda lalu mengambil ayam KFCnya.Mereka hanya senyum.
Tiba-tiba telefon Athirah berbunyi, Athirah terus pergi ke luar.
"Asal dengan minah tu" kata Huda kepada Sarah.
"Boyfriend dia call kot" kata Sarah dengan mata tertumpu dekat tv.
"Boyfriend? Dia ada boyfriend, asal aku tak tahu" kata Huda.
"Aku pun baru tahu dia ada boyfriend tapi aku tak kenal boyfriend dia" kata Sarah.
"Minah ni sewellah...bukan ke dia dah tahu Fuad suka dia asal dia couple dengan orang lain juga" kata Huda.
"Fuad ? Fuad mane eh?" Kata Sarah.
" Fuad presiden kita a.k.a kawan baik Hadi." Kata Huda.Selepas sahaja Huda bercakap Athirah masuk dengan senyuman yang paling manis.
"Weh siapa boyfriend kau" kata Huda kepada Athirah.
"Dah lah kau tak bagitahu kitaorang " kata Huda lagi.
"Nanti waktu reunion aku bagitahu korang okay. Sekarang aku nak tidur" kata Athirah lalu mendaki anak tangga.Huda hanya menggeleng kepalanya melihat kawannya suka sangat berahsia."Weh! Huda tolong kitaorang angkat beg ni letak dalam bonet kereta kau.Beratlah" jerit Athirah mewakili Sarah dan Zalifah.Huda yang sedang mengunci pintu rumah memandang mereka bertiga.