Hadi genggam tangan aku, pagi-pagi lagi kami lapan sekawan jalan kaki nak bersarapan di kedai. Mak dengan abah macam biasa lah dari surau memang terus sarapan. Aku teringat masa kami sekolah, balik sekolah je jalan kaki padahal masing-masing reti bawak basikal , bawak motor tapi kerana terlalu rajin kami jalan kaki.
" ni dulu kalau hujan, semua berlari macam tak cukup tanah. Lagi-lagi Huda " ujar Fuad.
" yelah aku ni malas nak bawa jaket baju kurung sekolah kan jarang lain lah diorang bertiga ni selalu je bawa jacket, so lari anak itik pon tak apa. Aku kalau lari slow korang dapat tengok free show " bebel ku kepada Fuad.
Sesungguhnya aku lah paling malas nak bawak beg banyak time sekolah. Buku teks pun aku bawak mana yang perlu je. Aku bukan macam yang lain sanggup nak bawak beg sandang dengan beg galas. Aku rela bawa satu beg je.
" dah sampai, assalamualaikum cik " Kami salam Mak Cik Rohana iaitu owner kedai makan ni. Sebelum pergi sekolah kami akan singgah beli kuih makan sambil jalan.
" waalaikumussalam. Dah besar semua. Masing-masing dah ada suami ya. Allahu akhbar " Dia mengusap bahu Sarah kerana Sarah disebelahnya.
" Alhamdulillah dah ada suami dah ada anak sorang " kata Athirah sambil buat peace.
" mak cik sihat? " kami berjalan ke arah meja panjang. Cukup untuk 8 orang duduk. Lelaki duduk sebaris, kami yang perempuan duduk sebaris menghadap suami masing-masing.
" Alhamdulillah, okay makcik amik order. Nak order air apa? Kalau nak nasi lemak amik dekat depan ye macam biasa " ujar Mak cik Rohana dibalas oleh anggukkan dari kami semua.
" Abang nak apa? Milo ke Teh? " aku bertanya kepada Hadi.
" Teh lah " balas Hadi.
" Ada sesiapa lagi nak Teh? " Fuad,Akmal, Athirah menganggukkan kepala mereka.
" Teh 5, yang lain milo ke? " Mereka menganggukkan kepala mereka. Dah tahu sangat dah tekak mereka ni.
" Teh 5, Milo 3. Makanan nanti kami ambil. Itu je " kata Athirah mewakili kami semua.
" Korang balik petang ni jugak kan? Nak konvoi tak? " tanya Akmal kepada kami semua.
Aku pandang Hadi, sebab dia yang drive.
" tanya driver kami " Athirah pandang Fuad, driver dia panggil suami dia. Aduh Athirah ni.
" Boleh jugak " balas Hadi sambil menganggukkan kepala dia.
Aku tersenyum ingat balik kenangan masa sekolah dulu. Sentiasa berempat dengan Sarah, Athirah dan Zalifah. Alhamdulillah sampai sekarang masih bersama dengan mereka. Satu ikatan persahabatan yang susah untuk capai.
Tak lama giliran aku dan Sarah pula timang anak pertama kami. Athirah dia nak bagi anak dia besar sikit dulu baru dia nak kasi adik katanya. Rasa tak sabar nak bersalin tu lain macam. Hadirnya seorang insan kecik yang menumpang kasih sayang dari semua orang. Semoga awak jadi anak yang baik, aku usap oerut ku perlahan.
" sayang, awak nak nasi lemak atau mee? " Hadi menghentikan lamunan ku.
" tak pelah, biar saya amik sendiri je. Dekat situ je " kata ku kepadanya.
Hadi menggelengkan kepala tanda tak bagi aku pergi ambil sarapan. Sayang betul suami aku dekat aku. Aku suruh Hadi ambilkan aku nasi lemak sahaja. Dah lama tak makan nasi lemak Mak Cik Rohana ni. Selau balik dia tutup, akhirnya harini jugak dapat merasa.
" Hadi, aku nak nasi lemak juga " kata Athirah di balas dengan angin.
" lelaki awak ada depan mata boleh tolong ambil kan yang suruh lelaki orang dah kenapa " Fuad membebel dekat Athirah, kami tersengih tengok gelagat Athirah dan Fuad.
" saje je cakap macam tu, tengok awak macam nak suruh saya amikkan je " balas Athirah membuatkan Fuad geram. Fuad bingkas bangun dan mengekori Hadi untuk ambil Nasi Lemak. Manakala Ezzat dan Akmal pula tidak pasti mahu makan apa sebab macam-macam makanan ada untuk di jamu. Mereka ambil makanan untuk isteri mereka dahulu.
" abang " Huda genggam tangan Hadi sambil jalan beriringan untuk pulang ke rumah. Hadi pandang Huda sementara menunggu apa yang Huda cuba sambungkan lagi.
" kenapa sayang " Hadi peluk bahu ku, aku pandang perut ku yang makin membesar. Aku usap perut ku.
" nantikan kalau baby dah lahir, kita ajar dia jangan terlalu hidup dalam kesenangan ye. kita ajar dia duduk dalam kesusahan sikit. Takut dia ni lupa diri " aku terfikir kalau anak aku dibesarkan dengan suasana yang terlalu semua orang manjakan dia manti. Mesti dia tidak dapat merasa kesusahan.
Hadi menganggukkan kepala tanda setuju,
" no gadget untuk dia, only books " Hadi berkata sambil gelengkan kepala. Aku usap perlahan-lahan perut ku. Tak sabar nak tunggu awak keluar, boleh main nanti. Nak ajar awak kehidupan susah senang lahi. Semoga awak jadi anak yang baik ye, taat kepada perintah Allah.
Selamat Hari Raya✨
