pagi pagi lagi Hadi dah kena marah dengan nurse dekat hospital sebab tidur satu katil dengan Huda. Huda hanya diam , dia pon tak tahu macam mana Hadi boleh tidur sebelah dia and macam mana dia boleh ada dekat atas katil.
" awak ingat awak dekat rumah ke nak tidur dengan isteri awak dekat sini " marah nurse india yang agak berusia itu.
Hadi hanya pegang tengkuk dia,
" okay, sorry about that . saya tak kan ulang lagi " kata Hadi.
Nurse itu mengangguk kemudian keluar dari wad Huda, Hadi pandang Huda yang masih duduk tegak di atas katil.
" awak nak marah saya juga ke " kata Hadi sambil pandang mata Huda. Hadi langsung tak guna perkataan ' sayang ' dengan ' abang ' . Huda hanya diam. Huda pandang sahaja Hadi.
Hadi mengeluh perlahan, Hadi memang tak suka kena bebel pagi pagi. yelah, sepatutnya pagi pagi lagi kita kena senyum supaya hari kita yang panjang akan lebih gembira. tapi, Hadi dah kena bebel dengan nurse india tu, dah lah nurse tu tak reti cakap baik baik dengan Hadi.
Hadi duduk dekat sofa, dia sandarkan badan dia dekat sofa kemudian dia letak tangan dia atas kepala kemudian dia tutup mata.
" Assalamualaikum " kata seseorang sambil buka pintu wad Huda.
" waalaikumussalam " salam dijawab oleh Huda dan Hadi.
Zalifah dan Ezzat masuk ke dalam wad Huda, Zalifah salam, peluk and cium dengan Huda. mana kala Ezzat salam dengan Hadi.
" keluar dulu " kata Hadi selepas Ezzat salam dia, Hadi buka pintu wad kemudian keluar.
Zalifah dengan Ezzat pelik,
" asal dengan abang Hadi Kak Ngah " kata Ezzat selepas salam Huda.
" tak de pape, mungkin dia marah kott sebab Kak Ngah tak layan dia " kata Huda.
" astaghfirullah, tak baik lah weh kau buat suami kau sendiri macam tu " kata Zalifah.
Huda pegang tangan Zalifah untuk cari kekuatan,
" ak..aku memang nak layan dia ta...tapi aku ta...takut " kata Huda dengan air mata yang bertakung.
Ezzat usap belakang badan kakak dia. air mata Huda mengalir,
" tak pe, kau cuba perlahan lahan... dia sayang kan kau tak kan lah dia nak kau rasa takut dengan dia " kata Zalifah.
" korang sebenarnya datang sini kenapa " kata Huda sambil kesat air mata dia.
" kitaorang nak kahwin dah " kata mereka serentak sambil tersenyum. aku senyum bila aku tengok adik kesayangan aku dah nak kahwin dah nak jadi suami orang dah ponn
" bila ? " kata Huda.
" lagi dua bulan, maybe nanti kandungan Kak Ngah time tu 4 bulan kott " kata Ezzat.
" asal lambat sangat, asal tak buat bulan ni ke or bulan depan je " kata Huda.
" Kak Ngah kan belum sihat sepenuhnya lagi. so kitaorang nak Kak Ngah sihat dulu baru kitaorang kahwin " kata Zalifah.
" what ? kau panggil aku Kak Ngah ,Zalifah " kata Huda. yelah, rasa pelik pula.
" yelah, kau kan dah nak jadi kakak ipar aku so aku panggil lah kau Kak Ngah. asal tak boleh ke " kata Zalifah.
" tak de lah rasa macam pelik pula " kata Huda.
" okay lah kak Ngah kitaorang gerak dulu lah nak cari barang sikit " kata Ezzat.
" ala, dah nak balik ke. " kata Huda. Zalifah dan Ezzat mengangguk. Zalifah dengan Ezzat keluar sebelum mereka keluar Huda sempat pesan dekat Ezzat suruh Hadi masuk.
Hadi masuk, dia baru sahaja nak pergi dekat sofa tapi niat dia terbatal apabila Huda memanggilnya,
" abang, sini kejap " kata Huda sambil turun dari katil.
perlahan lahan Hadi datang ke arah Huda, bila Hadi dah sampai dekat Huda, Huda terus raih tangan Hadi. Huda salam tangan Hadi kemudian cium tangan Hadi lama.
" maafkan Huda, Huda tahu Huda banyak buat salah dengan abang. maafkan Huda sebab Huda hiraukan abang. tepis tangan abang, tipu abang. apa apa yang buat abang terasa dengan sayang. sayang minta maaf kan sangat. sayang tahu sayang tak boleh nak marah abang sebab abang buat keputusan macam tu tapi sayang kecewa dengan abang time tu sebab abang tak tegur sayang pon masa tu, sayang minta maaf sangat. sayang tak boleh hidup macam ni. sayang rindu dengan pelukan abang. sayang rindu nak dengar suara abang , rindu your kiss. rindu nak tidur dengan abang, rindu nak tidur atas peha abang, rindu nak balik rumah kita , rindu everything yang ada dekat
abang " kata Huda dengan selangan tangisan.Hadi pegang bahu Huda supaya Huda berdiri tegak, Hadi senyum kemudian peluk Huda erat, Hadi gosok perlahan belakang badan Huda.
" dah tak yah nangis dah,abang tak kisah pon. janji sayang ada dekat dengan abang. salah abang juga sebab suruh orang lain yang perhati sayang and bukan abang yang protect sayang. abang pon rindu our kiss, our hug, everything momment about we. " kata Hadi kemudian lepaskan pelukan. Hadi pegang dagu Huda kemudian dia dekat kan muka dia dengan muka Huda. bibir Huda dan Hadi bercantum.
lama...
akhirnya Hadi lepaskan ciuman, Hadi peluk pinggang Huda.
Huda senyum bila Hadi peluk pinggang dia,
mereka duduk dekat atas katil, Huda pegang pipi Hadi,
" kesian suami sayang ni kan, kena bebel pagi tadi " kata Huda. Hadi letak kepala dia dekat bahu Huda.
" abang , berat lah kepala abang " kata Huda sambil tolak sikit kepala Hadi kemudian alih kan kepala Hadi letak dekat peha dia.
Huda usap rambut Hadi, manakala Hadi pandang sahaja muka Huda, Hadi senyum sahaja lihat Huda,
" abang, asal pandang sayang macam tu. abang tahu tak Ezzat dengan Zalifah dah nak kahwin dah" kata Huda.
Hadi terus duduk,
" betul ke, bila diorang nak kahwin " kata Hadi.
" lagi 2 bulan " kata Huda.
"lambatnya , Zalifah bukan nak cepat sangat ke kahwin " kata Hadi.
Huda mengangguk,
Huda pegang perut dia, Hadi juga pegang perut Huda,
" kenapa, sayang lapar ke " kata Hadi sambil pandang mata Huda.
Huda mengangguk,
" sayang nak makan apa , abang pergi beli " kata Hadi ..
Huda menggeleng,
" asal geleng pulak ni tadi bukan sayang kata lapar ke " kata Hadi sambil pegang pipi Huda.
" sayang nak makan nasi goreng abang. macam abang goreng dulu " kata Huda. ye Huda teringin sangat nak makan nasi goreng Hadi.
" nak nasi goreng abang , abang ? abang masak " kata Hadi. yelah setahu dia Huda kata tak sedap.
" yes, abang yang masak. sedap lah abang masak " kata Huda.
" bukan sayang kata tak sedap ke dulu " kata Hadi.
Huda tarik muka kemudian peluk tubuh and pandang tingkap. orang dah lapar ni lagi nak banyak tanya. masak je lah. balik rumah pastu masak kan senang.
_____