Double update.
*****Sampai sahaja di hospital mereka pergi ke lobi dan nampak Fuad berdiri seperti mencari seseorang. Athirah pergi dekat Fuad lalu menepuk bahu Fuad. Fuad terkejut dia ingat siapa lah tadi yang tepuk bahu dia dah lah kuat kalau perlahan tu tak pelah juga.
" asal matikan talifon macam tu, pastu aku call balik tak angkat" kata Athirah.
" erm.. battery habis.." kata Fuad.
" erm asal kau suruh kitaorang datang hospital ni" kata Huda.
" Hadi tadi waktu sampai rumah dia angkat beg dia pastu bila sampai pintu rumah dia , dia pengsan tiba- tiba" kata Fuad.
" macam mana dia boleh pengsan" kata Sarah. Huda dapat rasa macam Hadi pengsan ni salah dia. Huda rasa macam nak nangis sekarang.
" semalam dia tak tidur langsung" kata Fuad.
" dia gila ke tak tidur, mestilah dia penat gila" kata Athirah. Huda hanya diam.
" dia dah sedar belum" kata Sarah. Fuad menggeleng.
" jomlah pergi ward dia" kata Fuad lalu jalan pergi ke ward Hadi bersama Athirah, Sarah dan Huda.
" weh Hadi bangunlah janganlah buat kitaorang risau" kata Sarah. Athirah mengangguk macam Hadi nampak apa yang dia buat. Fuad dan Athirah pergi keluar untuk beli roti sikit untuk Hadi bila dia dah sedar nanti mesti dia tak lalu nak makan kalau dia dah sedar nanti. Jadi mereka beli roti coklat. Tinggal Sarah dan Huda bersama.
" Huda asal kau diam je dari tadi" kata Sarah.
" mana ada. Erm Ara boleh tolong aku tak" kata Huda. Sarah mengangguk.
" tolong keluar hospital pastu kau belikan susu HL yang putih tau tak nak coklat pastu belikan aku bubur dengan kurma " kata Huda. Sarah pelik.
" asal kena beli tu" kata Sarah.
" Hadi kalau badan dia lemah ataupun dia demam ke dia stress dia takkan makan atau minum benda lain kecuali susu HL. Kalau bubur ni aku selalunya buatkan untuk dia tapi takut tak sempat pula nanti takut dia tersedar pula kurma ni dia bagi tenaga sikit dekat kita" kata Huda sambil mencari pursenya. Sarah mengangguk.
" oh..okay aku pergi dulu eh... tak payahlah biar aku bayar je" kata Sarah. Huda mennggeleng.
" kau ni dahlah aku suruh kau belikan pastu kau nak bayarkan pulak. Ambil kalau tak aku tak nak jumpa kau lagi" kata Huda. Sarah akur dia ambil duit yang Huda kasi. Sarah pergi keluar sekarang hanya tinggal Huda sorang je jaga Hadi. Huda tenung muka Hadi.
" maafkan aku semua salah aku kalau aku jawab soalan tu mesti kau tak pengsankan" kata Huda. Huda ambik kain di tepi meja kecil lalu letak sedikit air dalam besen lalu perahkan lalu sapu dekat muka Hadi. Dah macam pasangan suami isteri tolong sapukan muka. Kemudian Huda letakkan kain yang dia letak air sejuk dekat atas dahi Hadi selama seminit lalu dia angkat lalu merasa kain itu. Panas. Memang sah Hadi demam. Ya Allah lagilah rasa bersalah Huda bertambah.
" asal kau demam... kau kan kuat bangunlah... asal kau lemah sangat" kata Huda tiba- tiba air mata dia jatuh di atas tangan Hadi. Tiba- tiba jari Hadi gerak , Huda kesat air matanya lalu berdiri memandang Hadi. Hadi masih belum buka mata dia. Perlahan- lahan kelopak mata Hadi terbuka dan Huda orang pertama dia nampak lepas dia buka mata. Hadi senyum dekat Huda. Hadi tahu yang Huda baru lepas nangis Hadi nampak mata Huda yang berair.
" asal kau senyum- senyum kaukan tengah sakit kan" kata Huda.
" aku okaylah tengok ni" kata Hadi lalu cuba mengangkat tangannya tapi disebabkan sekarang dia masih lemah cubaan dia gagal.
" kau tipu aku kan... kau kata kau kuat kan asal kau terbaring dekat sini" kata Huda dengan selangan sedu. Huda cuba bertahan untuk tak nak menangis hanya sedu- sedu yang dapat didengari.
" janganlah tahan, kau nak menangis jelah... aku lagi sakit tengok kau tahan nangis " kata Hadi yang terbaring. Hadi senyum tawar.
" tak nak aku tak nak menangis aku nak kau sihat dulu... aku tahu kau tipu kalau aku nangis lagi lah hati kau sakit... dulu kau kata apa dekat aku kau benci tengok aku nangis sebab kaukan... kau tipu"kata Huda. Hadi hanya senyum tawar.
" kau ingat lagi. Aku ingat kau dah lupa" kata Hadi lemah.
" jangan cakap lagi... diam kejap lagi Sarah balik aku nak kau makan kau tak makan siap kau" kata Huda. Hadi senyum tawar , Hadi bersyukur sebab Huda masih ambil berat tentang dia walaupun Huda sakit hati dengan dia sebenarnya.
Sarah dan seorang lelaki masuk ke wad Hadi. Huda tengok muka lelaki itu, Huda macam terkejut sikit macam mana Akmal boleh ada sama dengan Sarah pastu Sarah tak pegang apa- apa. Plastik makanan semua ada dekat tangan Akmal.
" ni apa kes ni" kata Athirah sambil tunjuk muka Sarah dan Akmal silih berganti. Sarah hanya senyum.
" aku terjumpa dia tadi. Tengok macam berat je dia bawa aku tolonglah" kata Akmal. Sarah mengangguk dengan apa yang Akmal katakan.
" ye ke... Fuad tadi bukan ke kita nampak ada orang tu keluar dari kereta sama- sama" kata Athirah. Athirah sahaja je menipu nak tengok diorang punya reaksi macam mana padahal diorang dah lama sampai duduk bersembang dengan Huda dan Hadi.
" mana kau tau, memang kitaorang terjumpa dekat luar pun alang- alang aku nak tengoklah Hadi sekali." Kata Akmal.
" betul ke...fuyooo date. Untunglah masing- masing dah ada pasangan" kata Huda pula.
" gila ah aku main cakap je tadi tak tahu pula betul" kata Athirah.
" Athirah... kau ni kan... Akmal awak pun satu yang jujur sangat kenapa... Huda tak baiklah cakap macam tu aku dengan Akmal pun tak de apa- apa relationship pun" kata Sarah.Athirah ketawa kan Sarah.
" yelah tu... nanti tup tup dengar kau dah nak kahwin" kata Huda.
" tak de maknanya" kata Sarah.
" dah lah mana makanannya" kata Huda. Akmal bagi plastik dekat Huda. Huda ambil lalu buka susu HL dia tuangkan sikit kat dalam cawan plastik kemudian dia buka buka bubur. Huda ambik 3 ulas kurma lalu basuh dekat sinki hospital. Huda letak susu HL, bubur dan kurma dekat atas meja yang disediakan oleh pihak hospital untuk makan. Hadi betulkan kedudukan dia dengan bantuan Fuad dan Akmal. Memang lemah sangat badan dia. Huda bagi cawan dekat Hadi tapi Hadi tak larat nak ambil. Jadi Huda letak straw lalu bagi Hadi sedut sambil Huda pegangkan cawan.
" bubur ni kau nak aku suapkan ke nak suruh Fuad suapkan" kata Huda.
" kau lah suapkan dia kalau aku suap dah macam gay dah" kata Fuad.
" kau memang nampak macam gay pon" kata Athirah.
" ish kau ni kan tak baik cakap macam tu" kata Huda. Hadi hanya diam dia tak boleh banyak bercakap buat masa sekarang.
" yelah aku suapkan dia" kata Huda lalu dia duduk dekat katil Hadi senang sikit dia nak suapkan. Dah nampak macam pasangan suami isteri. Huda ambil kurma lalu suapkan dekat mulut Hadi.
" makan kurma ni dulu...kurma boleh bagi kita tenaga sikit" kata Huda. Hadi hanya menurut sahaja. Huda suapkan bubur tapi sebelum tu dia tiup untuk bagi suam sikit baru dia suapkan bubur untuk Hadi. Setengah bubur pun jadilah janji perut tak kosong. Tiba- tiba seorang jururawat datang ke arah Hadi.
" erm Puan say-" kata Jururawat itu terhenti apabila Huda potong.
" erm sorry... saya belum puan lagi" kata Huda.
" oh ye ke...maaflah tadi ingatkan -" kata jururawat terhenti.
" tak pelah it's okay... awak nak bagi dia makan ubat eh meh sini saya bagi" kata Huda. Jururawat itu mengangguk dan tersenyum lalu bagi ubat dekat Huda. Huda buka satu- satu ubat kenudian bagi Hadi makan. Ubat dengan Hadi memang tak serasi.
Comment & vote.
