Pagi itu hari yang gembira untuk semua orang kecuali Huda. Huda tak tahu lagi siapa bakal suami dia. Dia teringat semalam dia pergi sawah tiba- tiba ada budak kecil bagi dia kotak. Bila tanya siapa bagi budak kecil itu kata tak tahu tapi surat tu suruh buka semalam tapi Huda lupa sebab dia dah tertidur dengan inai. Huda seorang diri dalam bilik sekarang. Dia ambil kotak semalam dia buka ada rantai dengan pendrive. Huda ambil pendrive tu lalu ambil laptopnya, dia on kan laptopnya lalu cucuk pendrive. Mula- mula lagi ada keluar lagu favourite Huda tapi bukan penyanyi asal yang menyanyikan orang lain yang telah menyanyikan. Huda rasa macam kenal suara itu sebab otak dia belum berfungsi dengan baik sekarang lepastu keluar gambar Huda tengah termenung, waktu Huda kena tinggal dekat restoren waktu Hadi pergi toilet Huda tengah tutup muka, waktu Huda tertidur dekat wayang, gambar Huda dekat airport tengah lapkan air mata Athirah, waktu Huda tengah peluk Sarah, waktu Huda asyik bergaduh dengan Ezzat, waktu Huda tengah senyum, waktu Huda tengah nangis dekat pantai. Tiba - tiba keluar gambar rantai yang seperti ada di dalam kotak itu seperti sedang orang pegang. Kemudian suara seorang lelaki keluar tapi gambar rantai seperti orang di pegang masih ada.
' Huda kau cam tak suara aku... tak percayakan esok kau dah nak kahwin. Aku tahu aku lambat nak bagitahu kau ni tapi seriously aku cakap... dari dulu lagi sebenarnya aku nak cakap tapi aku tak berani .... sesebenarnya aku suka kau' kata suara itu.
Lepas sahaja suara itu berkata Huda teringatkan Hadi.
" asal kau tak cakap dari dulu dekat aku asal baru kau nak cakap dengan aku. Aku sebenarnya suka kau juga. " kata Huda lepas gambar Hadi tengah senyum di paparkan di skrin laptopnya. Huda dah menangis sejak suara Hadi kata ayat tu. Tiba- tiba Hadi melutut tiba- tiba juga laptop dia terpadam bila on tak boleh ni mesti tak charge full. Huda mengeluh dia tak dapat nak tengok habis video tu dia ambil rantai itu dia pegang. Tiba- tiba pintu terbuka terjengul kepala Sarah, Athirah dan Zalifah mereka bertiga masuk dengan senyuman. Huda terus kesat air mata dia." korang awalnya korang datang" kata Huda sambil memeluk Athirah.
"Okay lah ni kalau tak datang langsung macam mana" balas Athirah.
" korang aku nak tanya sikit boleh tak ?" Kata Huda.
" tanya apa " kata mereka bertiga serentak.
" who is my future husband ?" Kata Huda dengan serius. Mereka diam tak tahu nak bagitahu apa. Diorang dah kena warning pagi tadi dengan mak Huda. Mak Huda tak kasi bagitahu siapa bakal suami Huda. Diorang semua memang dah tahu siapa yang akan jadi bakal suami Huda cuma Huda je tak tahu lagi.
" asal korang tak jawab susah sangat ke soalan aku " kata Huda dengan mata yang berair.
" sorry weh kitaorang tak boleh jawab soalan kau future husband kau tak kasi kitaorang jawab dia dah warning tadi " kata Sarah sambil lap air mata Huda.
" dah lah jangan nangis kita make up eh kejap lagi kau nak nikah time tu juga kau tahu siapa husband kau" kata Zalifah. Huda mengesat air mata dia, dia pun tak tahu kenapa dia boleh menangis. Mungkin sebab dia akan kahwin dengan orang yang dia tak kenal dan tinggalkan satu- satunya kawan baik lelaki dia.
Turun je tangga Huda terkejut ramainya orang rasa gementar pun ada tapi sayang dia masih belum dapat lihat bakal suaminya kerana bakal suaminya membelakangi dia. Akad nikah di mula kan.
"Muhammad Hadi bin Hanafi " sebut ayah Huda. Huda terkejut dengan nama yang ayahnya baru sebut. Takkan lag Hadi, kawan baik dia sendiri.
" saya" balasnya. Huda lagi sekali terkejut ni ke hadiah yang Hadi kasi untuk hari lahirnya esok. Dia nak nangis dia ingatkan Hadi dah putus asa. Dia cuba tahan air mata dia.
" aku nikah kan kau dengan anak aku Nawal Huda binti Arman dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai" kata ayahku lagi.
" aku terima nikahnya Nawal Huda binti Arman dengan mas kahwin lima ratus tunai" kata Hadi pula.
" sah " tanya ayah Huda di sekeliling. Huda dah menangis mak dia yang ada dekat sebelah dia, dia peluk.
" ibu kenapa tak cakap yang Dii yang jadi suami Kak Ngah" kata Huda dengan tangisan yang masih memeluk ibunya.
" janganlah nangis nanti buruk make up.. Hadi yang tak kasi" kata Puan Zaitun kepada anaknya. Dia lap air mata Huda lepas Huda lepaskan pelukan.
" dah... pergi solat dulu" kata mak Huda kepada Huda. Hadi dah tunggu Huda dekat tempat untuk diorang solat. Huda bangun pergi dekat Hadi, Hadi senyum bila tengok Huda menangis. Lepas mereka selesai solat acara pembatalan wuduk di lakukan. Hadi menyarungkan cincin di tangan Huda , Hadi hanya senyum sahaja. Huda salam Hadi sambil ucap dua kali ma Syahadah.
Huda tunggu Hadi sementara Hadi ambil air . Dia boleh je pergi ambil sendiri tapi Hadi yang tak kasi dia ambil.
" em so Huda macam mana still tak percaya yang kau kahwin dengan crush kau sendiri" kata Sarah apabila Hadi sudah jauh.
" korang sebenarnya dah plankan semua ni... masing masing dah tahu tinggal aku sorang je yang tak tahu...serious talk aku terkejut gila" kata Huda.
" hhah... Hadi yang suruh kitaorang senyap jangan bagitahu apa apa dekat kau. So kitaorang senyaplah" kata Athirah pula.
" weh.. Thirah perut kau dah nak nampak" kata Zalifah. Athirah senyum.
" aah perut aku dah nak nampak" kata Athirah.
" untunglah korang dah kahwin aku ni yang terpaksa tunggu Huda kahwin dulu baru dapat kahwin" kata Zalifah dengan muncungnya.
" eew kau memang dah tak sabar nak kahwin ke " kata Sarah.
" bukan tak sabar cuma aku jealous tengok nenek korea kita ni dah mengandung " kata Zalifah.
" dah tu pergilah cakap dekat mak aku yang kau nak kahwin cepat " kata Huda.
" asal lak aku adik kau ah kena cakap " kata Zalifah.
" kenapa awak, saya kena cakap apa " kata Ezzat tiba- tiba yang baru sahaja duduk bersama Fuad dan Hadi. Manakala Akmal pula masih bermain dengan anak buah Huda. Jaja tengah ngorat tunang Sarah.
" aah cakap apa nak tahu juga " kata Fuad dan Hadi serentak.
" owh ni ha Zalifah nak kahwin cepat dia jealous tengok nenek korea kitaorang dah mengandung " kata Sarah.
" jap asal korang panggil wife aku nenek korea, muka dia tak macam nenek lah " kata Fuad.
" biarlah diorang panggil macam tu cute ape sama dengan Yoongi. Yoongi grandpa and me grandma... woah " kata Athirah selamba. Korea still tak boleh hilang.
" siapa pula Yoongi ni " kata Hadi.
" tu tak payah tahu " kata Athirah. Kemudian sambung makan. Lepas mereka bersembang, Huda dan Hadi masuk ke dalam rumah sebentar untuk menukar pakaian.
_____