Bab 43

726 28 2
                                    

Yang laki semua bentang toto dekat tengah rumah.

" Huda, kau dah tahu jantina kan ? " tanya Athirah sambil betulkan rambut sebelum baring.

" dah tapi aku tak nak bagitahu siapa-siapa lagi jantina baby aku " jawab ku dengan tenang.

" even korang " tambah aku.

Semua pandang kerek sahaja.

" tak lama lagi korang tahu lah " kata ku.

" aku teringat lah zaman sekolah kita dulu " kata Sarah tiba-tiba.

" aku rindu sekolah kita " kata Athirah.

" kau ingat tak dulu, time dekat tusyen , Faiz asyik usik Huda yang Huda ni awek dia. Padahal time tu Hadi suka Huda. Panas je Hadi time tu " kata Sarah sambil pandang Huda disebelahnya.

" Hadi minat aku dari sekolah menengah ke? " tanya aku blur.

" yelah , kau ni dah kenapa ? " tanya Athirah.

" kenapa aku tak pernah tahu pon? " serius aku tak tipu memang aku tak tahu langsung tentang ni.

" time tu kau tengah angau dengan Zakwan " jawab Sarah. Diorang berdua dulu kawan baik kot.

" Hadi yang minat kau tapi kau pergi minat si Zakwan tu " Athirah tepuk tanganku.

" tak pelah lagipun sekarang ni dia dah jadi suami aku pon kan " aku tersengih.

" Huda " aku dengar dari luar Hadi panggil aku.

" korang kejap eh, aku pergi dekat dia " aku terus sarung tudung bawal dan keluar dari bilik.

" kenapa lama sangat dalam tu kata letak barang je tadi " Hadi membebel.

" haha , ter borak lah awak. sorry lah ye " aku peluk lengan Hadi.

" haa jom kemas sikit-sikit. Mak abah pon dah tidur tu " kata Hadi.

" tapi awak tolong yang ringan-ringan je yang berat-berat suruh orang lain tau. Jangan minta tolong yang perempuan pulak, diorang pon sama macam awak bawa baby .Penat sikit terus rehat. Tau " Hadi gosok kepala aku yang beralaskan tudung.

" Ye baik, kejap sayang panggil diorang minta tolong " aku melangkah pergi ke bilik semula minta tolong dari kawan baik ku.

Selesai sahaja kemas semua. Kami masih tak tidur kami lepak dekat ruang tamu sambil makan biskut cicah dengan Teh Panas. Luangkan masa yang ada kononnya.

" eh Athirah kau tak nak mengandung lagi ke? " tanya Hadi kepada Athirah.

Athirah jeling je Hadi,
" kau ni sabar lah sikit bagi anak aku tu besar sikit " balas Athirah.

" Sarah best tak kahwin? ? " tanya Athirah teruja.

" best lah jugak tapi kadang-kadang tu adalah jugak menyampahnya. Sakit hati aku " balas Sarah sambil pandang je Akmal .

" biasa lah tu . Aku dengan Hadi pon sama jugak. Ada je hal" Hadi tersengih pandang aku.

" Sekarang dah pukul berapa? " tanya Fuad.

" pukul 2 " aku balas.

" lamanya Zalifah tak sampai-sampai lagi " kata Athirah pulak.

" tulah , dia lambat habis kerja kot " balas Sarah.

" yelah kot , ni korang nak masuk tidur ke. Kesian korang , takpe lah biar kami lelaki tunggu dia dengan Ezzat " kata Akmal.

" betul tu, korang pergilah rehat. kesian baby penat " kata Fuad pula.

" bagus, aku pon ngantuk dah ni " kata Athirah dan bangun mengetuai mak-mak buyung untuk beradu dalam bilik.

" bye, assalamualaikum abang " aku salam tangan Hadi sama juga seperti Sarah kecuali Athirah dan Fuad. Sibuk main flying kiss bukan nak salam cium dahi ke apa. Adui diorang ni.

Keesokan paginya, Athirah tegur Ezzat apabila nampak Ezzat meletakkan plastik roti canai yang baru sahaja dia beli di atas meja untuk santapan sarapan untuk orang di dalam rumahnya itu.

" yow , adik ku! " Athriah dan Ezzat buat gaya salam kononnya.

" dah duduk tak yah nak over sangat " Fuad tarik lengan Athirah. Geram betul dengan perangai bini dia ni.

" haha jeles ke? " Fuad pandang je Athirah tak puas hati tapi tangan still lincah bubuhkan roti canai dan kuah untuk Athirah.

" tak de masenya nak jeles " dia letakkan pinggan di hadapan Athirah.

" korang ni jangan lah sweet depan aku, kang aku panggil laki aku kang " Sarah mencelah.

" awak panggil saya ke? " Akmal muncul di ruang makan.

" awak nak roti canai " Sarah buat muka comel sambil usap perut dia.

" macam-macam lah korang ni " kata ku sambil hulurkan pinggan yang sudah berisi roti canai dekat Hadi.

" cukup tak air ke korang nak air lain? " tanya Zalifah sambil letakkan teko atas meja.

" ni untuk mak dengan abah " kopi panas diletakkan di tempat mereka.

" terima kasih Zalifah " mak tersenyum tengok gelagat kami.

" majlis pukul berapa? " tanya Abah.

" lepas zohor abah " jawab Hadi.

" baguslah macam tu " kata abah sambil anggukkan kepalanya.

Majlis doa selamat telah selesai tiba ke acara yang istimewa untuk mak dan abah. Kejutan untuk mereka sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

" Happy Anniversary Mak Abah " kata ku dengan kuat.

Mak dengan abah yang tak tahu tentang kejutan ni nampak lah muka terkejut mereka. Mak menangis, susah nak tengok mak menangis. Abah tersenyum malu.

" lain kali tak payah lah buat macam ni, segan abah " kami tergelak dengan cara abah.

Ini je abah yang kami mampu lakukan, dulu saya teruja nak ada birthday party sekali sekala sambut hari yang bahagia macam ni tak pe kan. Aku tersenyum pandang mak dengan abah.

Hadi peluk pinggang aku, dia usap belakang badan aku.

" tahniah sayang buat mak dengan abah gembira , terharu semua " aku sengih dengar kata Hadi.

" jom amik gambar, mula dengan kau Huda dengan Ezzat " kata Fuad yang camera DLSR sentiasa di tangan, nasib pandai amik gambar.

Lepas kami adik beradik, giliran aku dengan Hadi pulak ambil gambar dengan mak abah. Gambar dengan baby bump yang comel ni.

Setelah habis majlis dan siap kemas semu, semua berkumpul dekat ruang tamu. Mak dengan abah sebelum masuk tidur sempat lagi tinggalkan album gambar-gambar lama bagi kami.

" izinkan aku amik gambar korang and post dekat ig story ya " kata Athirah teruja sebab dia tahu banyak gambar yang kelakar dan buruk.

Buka-buka sahaja album terpampang gambar Huda, Sarah, Athirah dan Zalifah main batu seremban. Athriah duduk katak atau duduk 'W' . Sarah pulak dengan dress bunga-bunga kecilnya memang nampak keperempuanan lah dari kecil. Manakala Zalifah duduk bersimpuh ayu, ni lagi sorang kononnya ayu lah. Aku je yang nampak macam lelaki dengan rambut lelakinya, pakai seluar pendek baju masuk dalam.

Adui, kelakar pula bila teringat cara pemakaian aku yang memang macam lelaki sehingga sekolah menengah. Masuk universiti je teringin nak pakai dress semua.

Gembira betul dapat lepak dengan kawan-kawan yang memang digelar sahabat. Tak de bermusuh atau yang busuk hati, Alhamdulillah.

Sebenarnya Aku Suka KauWhere stories live. Discover now