Huda betul kan kedudukan dia apabila dia dengar Hadi dah berdengkur halus, mesti Hadi penat sangat. tapi Huda pelik dengan ayat Hadi waktu dalam talifon tadi.
" assalamualaikum Fahmi, esok saya cuti .. tak tak mungkin saya ambil cuti panjang. pasal mesyuarat tu awak batalkan je atau pun awak yang urus kan, boleh kan Fahmi. saya percayakan awak. awak tak perlu tahu kenapa saya cuti. ye lah. saya nak tebus kesalahan saya dekat wife saya. awak tahu kan yang saya dah banyak buat salah dekat dia and thank you Fahmi tolong saya perhati gerak geri isteri saya waktu dalam bahaya. sekarang biar saya pula yang protect dia. terima kasih. okay, assalamualaikum"
" saya nak tebus kesalahan saya dekat wife saya " kata Hadi.
Hadi memang betul betul menyesal Huda rasa.
" awak tahu kan yang saya dah banyak buat salah dekat dia " kata Hadi.
Hadi memang betul betul betul menyesal.
"thank you Fahmi tolong saya perhati gerak geri isteri saya waktu dalam bahaya" kata Hadi.
Fahmi ? Fahmi perhati Huda selama ni, kiranya dia lah yang report keadaan Huda macam mana selama ni.
"sekarang biar saya pula yang protect dia" kata Hadi.
Perlahan lahan air mata Huda mengalir, mungkin sebab ayat ayat Hadi tadi, mata Huda merenung Hadi yang tidur duduk di sofa dengan memeluk tubuh. tiba tiba dia teringat waktu malam pertama mereka bersama.
Flashback
Huda masuk ke dalam bilik setelah semua kerja dia lakukan dah siap, sekarang dia nak mandi and solat asar, dia baru nak buka tudung tiba tiba ada orang ketuk pintu.
" masuk lah " kata Huda dari dalam bilik.
perlahan lahan pintu bilik dibuka dari luar, sejukur tubuh masuk ke dalam bilik Huda kemudian selamba baring dekat katil Huda.
" Hadi ! jangan lah baring dekat katil, Hadi tengah busuk lah " kata Huda sambil pukul peha Hadi.
Hadi tidak bangun,dia boleh tutup mata dia nak tidur lagi adalah.
" okay, tak nak bangun kan. " kata Huda . Huda duduk dekat sebelah Hadi, Hadi masih baring, Huda pegang hujung rambut dia kemudian sapu( okay, ayt Na x blh blahh ) dekat muka Hadi. mula mula Hadi menepis tangan Huda.
dua tiga kali Huda buat perkara yang sama akhirnya, Hadi tarik badan Huda supaya baring bersama dia, lengan Hadi jadi bantal untuk Huda.
Huda baru sahaja nak bangun semula tapi Hadi terus pusing kan badan dia and peluk Huda. Huda terkejut seban dia tak pernah rapat macam ni dengan Hadi and dalam keadaan macam ni.
muka Huda dekat dada Hadi, perlahan lahan Huda balas pelukan suami dia Hadi.
" sayang , dah tengok video tu sampai habis tak ? " kata Hadi yang masih belum lepaskan pelukan.
" sayang ? " kata Huda macam pelik je tiba tiba Hadi panggil Huda sayang. yelah sebelum ni kan nereka kawan baik panggilan pon ' aku ' ' kau ' je. ni sekarang tiba tiba Hadi panggil Huda ' sayang ' , tak rasa pelik and kekok ke.
" yes, I call you " kata Hadi sambil lingkarkan tangan dia dekat pinggang Huda.
" okay, belum habis tengok lagi. kenapa ada penting lagi ke " kata Huda sambil mendongak untuk memandang Hadi.
Hadi lepaskan pelukan kemudian duduk, Huda juga buat perkara yang sama. Hadi pandang Huda, Huda juga buat perkara yang sama.
" yes , ada benda yang penting yang kena tengok " kata Hadi serius.
" ye ke. nak kena tengok sekarang ke ? " kata Huda sambil berdiri.
Hadi berdiri kemudian peluk Huda,
" tengok nanti eh, kita solat asar dulu " kata Hadi.
Huda mengangguk perlahan. yelah tak kan lah dia nak bantah pasal solat kott.
" okay, sayang pergi mandi dulu. abang baring jap " kata Hadi kemudian ingin baring semula di katil.
" no " kata Huda, tak dia nak selamat kan katil dia dari busuk.
" asal, nak mandi sama sama ke.. jom " kata Hadi kemudian peluk bahu Huda.
Huda cubit perut Hadi, gatalnya suami dia ni.
" auw, sakit lah sayang. tadi sayang yang kata no " kata Hadi sambil gosok tempat Huda cubit.
" ish. maksud Huda jangan lah baring atas katil ni, busuk nanti kan tengah berpeluh tu " kata Huda sambil pegang dua pipi Hadi.
" okay , okay... sorry about that " kata Hadi.
Huda lepaskan tangan dia , kemudian dia gosok rambut Hadi. dia keluar dari bilik sambil bawak tuala dengan baju untuk dia pakai nanti.
Hadi duduk dekat tepi katil sambil peluk tubuh, kadang kadang nampak dia menguap. Huda masuk dalam bilik perlahan lahan sebab dia ingat Hadi dah terbungkang dekat atas katil.
" oh, dia dah tidur ke. asal dia tak tidur baring. tadi siang boleh lak dia main baring je " kata Huda perlahan.
Huda pandang je Hadi yang tengah tidur secara duduk dekat birai katil.
Huda pergi dekat arah Hadi, Dia baringkan Hadi perlahan lahan kononnya tak nak kasi Hadi terjaga. Tiba tiba ada tangan melingkar dekat pinggang Huda.
Huda terkejut, dia terjatuh atas badan Hadi.
" Hadi ! " kata Huda sambil pukul dada Hadi.
Hadi lagi lingkarkan tangan dia lagi dekat pinggang Huda.
" asal lambat sangat masuk tidur dah pukul berapa dah " kata Hadi.
" lepaslah. baru pukul 130 pagi " kata Huda sambil berusaha untuk lepas dari pelukan Hadi.
Hadi lepaskan pelukan apabila dia dengar Huda kata baru pukul 130 pagi. apa yang Huda buat dekat luar tu, padahal tengok tv je kott.
" buat apa ponkan bukan tengok tv je ke " kata Hadi kepada Huda sambil berdiri.
Huda juga berdiri memandang Hadi,
" lepas tengok tv tadi borak dengan Kak Long, yelah kakak ipar saya tu jarang balik sini " kata Huda.
Hadi hanya mengangguk, dia tarik tangan Huda ke katil. mata dia dah tak boleh tunggu lagi memang nak lelap dah.
End Flashback
Huda perlahan lahan jalan ke arah Hadi. Huda duduk sebelah Hadi kemudian perlahan lahan dia turunkan kepala Hadi dekat peha dia. Huda usap rambut Hadi dengan lembut. Hadi terjaga dengan perbuatan Huda tapi dia hanya biarkan sebab dia rindu dengan Huda. muka dia dekat dengan perut Huda, perlahan lahan Hadi pusingkan badan dia menghadap perut Huda.
Huda usap muka Hadi,
" kenapa awak tak kemas. nanti baby tengok tak hensem dah papa dia " kata Huda.
" maafkan saya " kata Huda kemudian cium dahi Hadi.
" emo saya, saya tak boleh control " kata Huda sambil main rambut Hadi.
Akhirnya, Huda terlelap di situ. Hadi perlahan lahan bangun dari peha Huda kemudian Hadi angkat Huda kemudian letak Huda atas katil hospital. Hadi baru nak patah balik pergi tidur dekat sofa lepas dia cium dahi Huda tapi Huda pegang belakang baju Hadi tak kasi Hadi gerak ,mungkin Huda tengah mimpi, kalau Huda mimpi memang macam ni dia akan cakap cakap. Huda tepuk ruang yang ada di atas katil itu supaya Hadi tidur sebelah dia atas katil hospital.
_____