bab 10

1.9K 89 4
                                        

Selepas je tunaikan solat maghrib Huda terus bersiap untuk berjumpa dengan Hadi untuk menunaikan janji Hadi. Huda memakai pakaian yang ringkas, sebab dia ingat tak nak keluar pergi jalan - jalan waktu reunion, Huda nak spend time dengan kawan- kawan dia. Huda pakai baju yang sepatutnya dia pakai untuk waktu balik ke rumah sewanya.

"alang- alang aku pergi mall baik aku shopping satu baju malas pula nak basuh baju dekat sini" kata Huda perlahan sambil memakai shawlnya. Tiba- tiba ada satu tangan menepuk bahu Huda.

"ohh...nak pergi mall, nak pergi dating ehh...weh alang -alang kau pergi mall kan belanja aku coklat tadi Ara habiskan coklat aku" kata Athirah sambil sandar di dinding melihat Huda sedang melilitkan shawl. Huda pandang Athirah lalu senyum sinis.

" banyak cantik muka kau...tak de maknanya nak pergi dating...suruhlah future husband kau tu beli lagi" kata Huda. Athirah peluk tubuh.

"Alaa weh, please aah...coklat cadbury pun tak pe stok coklat yang aku bawa dah habis Sarah pergi tibai bila dia baca novel" kata Athirah. Huda memandang Athirah dengan pandangan ' ada aku kesah'.hahah.

"Tengok aah kalau aku jumpa" kata Huda. Athirah memandang Huda dengan pandangan seperti ntawa- nyawa ikan.

" yelah - yelah, aku belikan...menyampah pula tengok muka kau" kata Huda. Athirah senyum apabila dia berjaya pujuk Huda.

"Thanks weh" kata Athirah lalu ingin memeluk Huda. Tak sempat Athirah nak peluk Huda, Huda dah lari keluar dari bilik. Waktu dia keluar tu dia nampak Sarah dengan Akmal tengah gelak ketawa bersama- sama. Huda memandang Sarah lalu menjerit.

"Ara aku pergi dulu, kalau nak kirim apa - apa whatsapp aku tau..Akmal jaga kawan aku tu elok - elok" .

Sarah mengangguk kemudian melambaikan tangan ,Akmal pula nengangguk sambil tersenyum. Hadi yang ada dekat tempat kereta memandang Huda lalu senyum sorang- sorang. Waktu Huda jalan ke arah Hadi, Huda hanya menundukkan mukanya dia rasa malu pula sebab emo sangat tadi. Hadi hanya pandang Huda sahaja sebab dia pelik kenapa Huda jalan menunduk.

"Masuk aah dalam kereta dulu, aku nak ambik phone jap tertinggal" kata Hadi. Huda hanya mengangguk tetapi dia tak masuk kereta.

Selang berapa minit Hadi kembali, Huda memandang Hadi dengan pandangan 'kau fikir lawak ke tadi'.

"Asal kau tak masuk lagi" tanya Hadi.

"Macam mana aku nak masuk kalau kereta pun lock " kata Huda. Hadi menggaru kepala dia ingat dia dah buka kereta tadi.

"Aku tak buka ehh, sorry aah" kata Hadi sambil mengusap tengkuk.

"Tak pe lagi pun sekejap je kan kau ambik phone" kata Huda.

Hadi mengangguk lalu dia membukakan pintu untuk Huda. Huda terkejut tapi dia cuma niatkan yang Hadi saja nak balas sebab tadi tak buka kan lock. Sampai sahaja dekat Dataran Pahlawan, Huda dan Hadi pergi ke Cinema dahulu untuk tengok cerita apa yang tengah tayang pada hari itu. Selepas Hadi beli ticket ,Huda mengajak Hadi pergi satu kedai baju sementara tunggu wayang start. Huda dan Hadi ada lagi dua jam sebelum waktu wayang start. Waktu Huda sedang pilih baju, Hadi belek satu baju pastu tanya dekat pelayan dekat situ.

" excuse me... awak rasa baju ni sesuai tak dengan dia... I mean muat tak" kata Hadi sambil memegang baju yang dibelek tadi. Pelayan tu melihat ke arah Huda lalu mengscan Huda dari atas kebawah, kebawah ke atas.

"Kalau macam tu memang sesuai dan muat untuk dia...but korang ni couple eh baju sama warna" kata pelayan itu lalu memandang baju Huda dan Hadi. Hadi senyum dan menggeleng.

Sebenarnya Aku Suka KauTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang