bab 25

1.9K 78 0
                                    

Huda dan Hadi kini sudah sebulan kahwin dan panggilan abang untuk Hadi dan sayang untuk Huda sudah melekat di jiwa mereka, hanya kadang kadang sahaja dapat dengar mereka sebut awak, saya.

Hadi peluk Huda dari belakang semasa Huda berjalan untuk membuka pintu.

" abang jangan lah, kang kalau buka parents abang ke buat malu je" kata Huda sambil pegang tangan Hadi. Huda cuba untuk leraikan pelukan Hadi. Hadi letak dagu dia dekat bahu Huda.

" tak pelah... baru nampak sweet sikit selalu mama kata tak pernah nampak kita sweetkan" kata Hadi.

" suka hati abanglah kalau orang lain macam mana" kata Huda lalu membuka pintu rumahnya. Athirah yang tengah sarat mengandung dan Fuad yang sedang memegang beg plastik berada di hadapan rumah Hadi dan Huda. Athirah dah senyum simpul apabila Huda buka pintu.

" oh my god... sawitnya korang" kata Fuad. Athirah mengangguk dengan kata suaminya. Huda pegang tangan Hadi supaya Hadi lepaskan pelukan tapi Hadi makin eratkan lagi pelukan. Huda cubit lengan Hadi baru Hadi lepaskan Huda.

" emm... korang buat apa dekat sini ni" kata Huda.

" ntah potong stim je korang ni...aku baru nak bersawit dengan isteri aku" kata Hadi sambil letakkan tangan dia atas bahu Huda. Huda pandang Hadi memang masalah betul kalau dapat suami yang perangai macam ni. Huda cubit tangan Hadi, Hadi mengeluh kesakitan.

" korang ni pun bagi lah kitaorang masuk... nak gaduh pun malam nanti lah" kata Athirah sambil memegang perutnya.

" eh sorry sorry masuklah" kata Huda. Huda bagi laluan untuk Athirah dan Fuad masuk. Mereka berempat duduk dekat sofa di ruang tamu.

" em asal korang datang ni" kata Hadi sambil peluk tubuh. Huda bagi pandangan maut untuk Hadi, tetamu datang buat hal pulak dia ni mesti merajuk sebab Huda tak kasi dia peluk pastu dua kali kena cubit depan kawan dia pula tu.

" em sebenarnya aku nak minta tolong Huda tolong buatkan kimbap aku dah buat dah tapi Athirah tak nak dia kata dia nak kimbap kau... kau boleh tolong tak?" Jelas Fuad

" oh kimbap kau ada barang dia tak? Aku boleh buatkan apa je untuk my lovely friend yang tengah mengidam ni" kata Huda. Fuad mengangguk tanda dia ada bawa barang untuk buat kimbap.

" sua-" kata Hadi berhenti apabila Huda menekup mulutnya menggunakan tapak tangan.

" kejap eh... bagi aku cakap dengan suami aku ni eh" kata Huda. Athirah dan Fuad menganggukkan kepala . Huda terus tarik tangan Hadi naik tangga lalu masuk ke dalam bilik tidur mereka. Huda pandang Hadi tapi masih belum lepaskan tangan. Hadi pandang tepi , Huda mengeluh dia dah dua kali dah tengok sisi merajuk Hadi memang susah nak pujuk.

" abang" panggil Huda tapi Hadi masih tak pandang. Huda lepaskan tangan Hadi.

" okay tak nak cakapkan so no hug no kiss and everything what you want from me" kata Huda sambil peluk tubuh. Hadi buat tak tahu, Huda terus keluar dari bilik turun tangga. Hadi serabutkan rambutnya apabila dia teringat apa yang Huda baru katakan.' No hug no kiss and everyting' . Kalau dia merajuk memang susah nak pujuk tapi kalau Huda merajuk lagi teruk. Hadi turun ke bawah dia lihat ruang tamu tak de orang jadi Hadi pergi ke dapur. Hadi nampak Huda dan Athirah, Athirah tengah duduk dekat meja makan manakala Huda sedang membasuh beras. Fuad pula tak nampak.

" Thirah suami kau mana" kata Hadi.

" suami aku pergi toilet jap. Asal? " kata Athirah. Hadi mengangguk sambil mulutnya berbentuk 'O'.

" saje je nak ajak dia lepak" kata Hadi. Athirah mengangguk. Tiba- tiba ada tangan menepuk bahu Hadi. Hadi toleh lihat siapa yang telah memegang bahunya. Fuad yang telah menepuk bahu Hadi. Hadi buat isyarat tangan tunjuk ke arah ruang tamu. Fuad mengangguk lalu membuntuti Hadi.

" so how macam mana dah sebulan dah kau kahwin dengan dia" kata Athirah apabila Huda menarik kerusi di depannya.

" macam tu je lah... dia asyik merajuk dah dua kali dah dia merajuk" balas Huda.

" ish kau ni maksud aku tak de pape ke dalam perut tu... lek lah biasa ni mesti dia buat hal macam tadi tu kan pastu merajuk" kata Athirah.

" belum ada rezeki lagi lah... aah tu lepas aku tarik dia dalam bilik tu dia dah merajuk... sorry naik lorry lah aku nak pujuk" kata Huda selamba.

" yes... jangan bagi muka dekat lelaki" kata Athirah.

" tapikan kadungan kau ni dah berapa bulan" kata Huda.

" baru masuk 7 bulan" kata Athirah.

" wah dah tujuh bulan dah... baby girl ke baby boy" tanya Huda.

" aku dapat baby boy" kata Athirah

" wah... tunggu jap eh aku.nak tengok nasi" kata Huda lalu bangun pergi ke rice cooker. Nasi dah siap Huda hakis kan nasi kemudian Huda letak sedikit dalam pinggan untuk sediakan kimbap.

Huda letakkan kimbap atas meja makan utama yang berada dekat dengan ruang memasak dan ruang tamu. Huda suruh Fuad tolong Athirah jalan pergi duduk dekat sana dulu. Huda pergi dapur semula , dia masuk dapur je dia nampak Hadi tengah berdiri dekat tempat yang Huda nak tuju.

" go " kata Huda tanpa memandang Hadi. Huda ingin ambil lauk dekat belakang Hadi. Hadi saje je berdiri dekat situ. Hadi masih tidak berganjak, Huda pijak kaki Hadi baru Hadi ke tepi sambil pegang kaki dia yang kesakitan. Huda hanya buat tak tahu dan ambil lauk yang ada dekat situ lalu bawa ke hadapan.

" mana suami kau " kata Fuad.

" dapur" kata Huda sepatah lalu duduk di tempatnya. Hadi datang ke arahmeja makan lalu duduk di sebelah Huda. Huda hanya buat tak tahu.

" kita datang salah time lah" bisik Fuad kepada Athirah. Athirah menjongketkan bahunya. Mereka makan dengan senyap.
Selepas sahaja Athirah dan Fuad balik, Huda kemas dapur sorang- sorang selalunya Hadi tolong tapi di sebabkan Hadi buat hal. Huda tak layan Hadi langsung waktu Hadi cakap nak tolong. Akhirnya Hadi masuk ke bilik tidur cari kertas dan pen. Dia tahu macam mana nak pujuk Huda.

Comment & vote.

Sebenarnya Aku Suka KauWhere stories live. Discover now