bab 39

2K 73 3
                                        

aduh, Huda dah tarik muka dah. macam mana ni tak kan lah dia nak balik sekarang. Hadi dah lah tengah takut kalau Nazri datang sini kacau isteri dia ni.

" okay, abang akan balik rumah tapi lepas Sarah dengan Akmal sampai okay. " kata Hadi.

Huda mengangguk gembira,

Hadi gosok kepala Huda yang beralas dengan tudung, gembira Huda dengar yang Hadi akan balik rumah dan masak untuk dia.

" sayang, sayang tahu tak Athirah dah kena tahan wad dah " kata Hadi.

Huda menggeleng,

" dia tak cakap pon " kata Huda.

" yelah masa hari tu dia marah sangat dekat abang sebab buat kawan baik dia accident then dia balik tu dia rasa dah tak berapa nak sihat dah, esok pagi paginya tu Fuad bawa Athirah pergi hospital sebab Athirah pengsan. last last dia kena tahan wad. sebab doktor kata bila bila masa je Athirah dah boleh bersalin. " kata Hadi.

" wah, untungnya... Athirah dengan Fuad dah nak ada baby dah pon " kata Huda.

" kita kan tak lama lagi, sayang" kata Hadi sambil usap kepala Huda.

" tapi lama lagi " kata Huda kemudian buat duck face.

" dah kita kahwin lambat sayang oi " kata Hadi sambil cuit hidung Huda.

" jangan lah , gigit kang baru tahu " kata Huda.

Huda pantang kalau Hadi main hidung dia, dia dah lah ada masalah hidung yang sensitif.

" gigit , gigit kat sini " kata Hadi sambil tunjuk bibirnya.

" gedik ah " kata Huda sambil peluk tubuh.

" majok , majok tak nak masak nasi goreng kang " kata Hadi.

Huda pandang muka Hadi , kemudian dia baring menghadap kiri dan tarik selimut. Huda tutup Mata.

" awak tak nak masak kan tak pe , saya tak kesah " kata Huda dengan perlahan.

Huda tak guna panggilan ' abang ' dan ' sayang ' . dia dah kecik hati semula dengan Hadi.

Hadi cuma nak gurau je,

Hadi jalan ke arah Huda dia pegang bahu Huda.

" sayang. abang cuma nak gurau je tak pe lah kalau sayang terasa. abang balik dulu " kata Hadi kemudian cium dahi Huda .

Huda hanya diam.

Hadi melangkah perlahan tinggalkan bilik wad Huda. Hadi keluar Hadi nampak Sarah dan Akmal . Hadi hanya senyum lemah.

Sarah rasa mesti Huda merajuk lagi. Sarah masuk dalam wad Huda bersama Akmal.

" Assalamualaikum Huda , aku dah sampai ni " kata Sarah sambil pegang bahu Huda.

Perlahan lahan Huda mengiring menghadap Sarah dan duduk .

" waalaikumussalam , duduk lah korang " kata Huda pura pura ceria di hadapan sahabatnya.

" korang apa khabar ? sihat ? " tanya Huda

" allhamdulillah sihat, kau macam mana" tanya Sarah.

" macam ni je lah " kata Huda.

" awak , awak keluar sekejap boleh tak " bisik Sarah kepada suaminya yang berada di sebalahnya.

Akmal mengangguk perlahan,

" aku keluar kejap eh " pinta Akmal kepada Huda, Huda hanya mengangguk.

Sarah duduk di atas katil Huda sambil menghadap Huda, Sarah pegang kedua-dua tapak tangan Huda.

" Huda , aku tahu kau mengandung sekarang tapi kau tak boleh selalu merajuk macam ni , kesian Hadi. kau kena kawal emo kau. aku tahu dari dulu lagi yang Hadi suka kan kau. Jangan buat macam tu lagi okay " kata Sarah.

" aku dah cuba kawal emo aku tapi aku, ntah lah. makin lama makin menjadi jadi. " kata Huda dengan air mata yang bergenang.

" dah , jangan nangis buruk kau tahu " kata Sarah sambil kesat air mata Huda.

Hari makin petang tapi Hadi masih belum muncul. Sarah pula risau nak tinggalkan Huda . Sarah cuba call Hadi tapi tak dapat.

" kau balik jelah Sarah, aku okay kat sini " kata Huda.

Huda tak kisah jika Sarah hendak pulang, tak kan lah dia nak halang kawan dia balik.

" tapi kau " kata Sarah.

" aku okay " balas Huda.

Akmal peluk bahu Sarah dia tahu isteri dia sedang risau dengan keadaan Huda.

Hadi berhenti di satu kedai makan mewah , dia mencari seorang kelibat, kepalanya kekiri dan ke kanan untuk mencari.Akhirnya Hadi nampak juga. Dia terus pergi ke meja itu.

" assalamualaikum kak Zila , kenapa nak jumpa Hadi ni " katanya kepada seorang perempuan yang elok bertudung.

Zila ialah bekas kakak angkat Hida di zaman sekolah dulu, wanita ini juga lah yang merampas teman lelaki Huda dulu.

" akak nak jumpa dengan Huda " katanya.

" Huda nak ke " kata Hadi.

" kalau Hadi tolong akak, boleh lah Hadi " kata Zila sedikit manja.

Hadi hanya diam ,

" saya tak tahu nak cakap macam mana dekat Huda yang akak nak nak jumpa dia " kata Hadi.

" alah Hadi ni , minta tolong pon susah " katanya dengan gedik.

Hadi hanya diam dan meminum air yang telah Zila pesan untuknya.Terukir senyuman di bibir merah Zila.

" Hadi , tolong akak. akak tolong Hadi ,okay tak " kata Zila dengan manja.

" tapi akak na- " kata Hadi terhenti apabila Hadi memegang kepalanya.

" asal pening pula ni " rungut Hadi perlahan tapi cukup untuk Zila dengar.

" kenapa ni Hadi , kita balik lah. akak hantar Hadi, risau pula akak tengok Hadi macam ni " kata Zila.

Hadi pandang Zila dengan mata yang sudah kabur, dia hanya mengangguk.

" jom " kata Zila selepas letak duit di atas meja.

Hadi bangun dengan imbangan yang tak berapa seimbang. Zila memaut lengan Hadi supaya Hadi dapat berjalan dengan betul.

" kunci kereta Hadi mana " tanya Zila lepas keluar dari kedai makan itu.

" dalam poket seluar " jawabnya dengar tak dengar.

" akak ambil ye " kata Zila kemydian senyum. Zila memasukkan tangan dia ke dalam poket seluar Hadi dan mencari kunci kereta Hadi.

Bila sudah jumpa , dia menarik tangannya keluar. Dia menekan punat 'unlock ' pada kunci kereta itu. Dia memapah Hadi masuk ke ruang sebelah pemandu. Kemudian dia masuk ke ruang memandu.

" akak kenapa panas sangat " kata Hadi sambil membuka zip hoodie dia dan terdapat lagi sehelai t-shirt kelabu di dalamnya.

Terukir senyum di bibir Zila, Zipa juga membuka tudungnya .

" panas betul aku pakai benda alah ni " kata Zila selepas mencampak tudung selendangnya di seat belakang.

" akak... " kata Hadi.

Zila memandang Hadi dan tersenyum manja sambil membetulkan rambutnya.

_____

Sebenarnya Aku Suka KauTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang