bab 27

1.9K 73 0
                                        

Huda pack baju untuk lusa. Kena siapkan awal takut lupa. Tapi Huda tak tahu berapa lama dia kena tidur sana jadi sekarang dia cuma bawa tiga helai yelah dekat sana mesti ade mesin basuhkan. Lepas Huda pack baju Huda pergi ke katil dia untuk tidur. Tak lama lepas tu Hadi masuk dia terpandang satu kertas di atas meja solek. Kertas A 4 warna biru. Sama warna dengan kertas yang Hadi bagi Huda tadi tapi kertas ini sedikit cair birunya. Hadi duduk di meja solek lalu baca surat itu.

----
waalaikumussalam abang.

Sayang pon salah sebenarnya tadi sebab buat hal depan orang. Hehhe. In Sha Allah abang masih dapat hug kiss and everything from isteri abang kalau abang tak buat hal lah.

Sorry abang malam ni tak boleh, sayang betul- betul penat. dua tiga hari ni badan sayang tak berapa sihat sorry. Abang jangan risau sayang dah makan panadol tadi.

Assalamualaikum sayang...

----

Hadi senyum setelah habis membaca. Huda, dia dah berubah dah tak berapa nak kasar sangat. Dia teringat waktu dia dan Huda lihat semula video tu, Huda menangis sebab dia tengok Hadi melamar dia. Yang dia tak sempat nak tengok sebab battery habis. Hadi pergi ke atas katil lalu baring di sebelah Huda, Hadi betulkan posisi dia supaya mengiring memandang Huda. Huda tidur dengan posisi mengiring yang membelakangi Hadi. Hadi peluk Huda, perlahan- lahan Hadi dekatkan wajah dia. Dia takut pergerakan dia mengejutkan Huda yang sedang tidur. Hadi selak rambut Huda lalu cium tengkuk Huda. Huda terjaga dia terus pusingkan badan dia supaya menghadap Hadi. Huda letakkan tangan dia dekat pinggang Hadi.

" kenapa tak tidur lagi" kata Huda dengan mata yang tertutup.

" comel lah cakap sambil tutup mata " kata Hadi sambil betulkan rambut Huda. Huda senyum apabila suami dia kata bergitu.

" tidurlah nanti terbabas subuh kang " kata Huda sambil rapatkan badan dia dengan Hadi lalu peluk Hadi.

" sayang macam tahu tahu je yang abang nak peluk" kata Hadi sambil cium dahi Huda. Huda senyum, Hadi memang tak lupa untuk cium dahi Huda sebelum tidur tak kisahlah Huda dah tertidur atau pon belum dia akan pastikan isteri tercinta dia dapat kiss.

Huda buat breakfast untuk diri dia dan suami tercinta dia. Huda hanya buat breakfast yang ringkas sebab badan dia tak berapa rasa sihat. Hadi? Ada dekat luar pergi siram pokok dekat luar kerja dia tu je kalau pagi- pagi siram pokok kalau tak de hal dia akan pergi beli surat khabar.

" sayang awak okay tak ni, dari tadi senyum sorang sorang" kata Hadi sambil pandang Huda yang ingin menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya. Huda pandang Hadi lalu senyum.

" nothing.saje je senyum pagi pagi tak boleh ke. Murah rezeki kot senyum awal pagi macam ni" kata Huda. Hadi geleng asal isteri kesayangan dia ni macam pelik je rasanya semalam dia kata badan dia kurang sihat tapi tiba- tiba pagi ni senyum je kerjanya.

" okay. Nevermind sayang kita balik hari ni nak tak" kata Hadi. Dia tahu kalau dia balik esok mesti nenek dia akan masak macam macam. Lagi baik dia tak payah bagitahu sebab nanti nenek dia yang penat masak sorang sorang. Kalau Huda ada dia bolehlah tolong sambil belajar supaya sama rasa macam masakan nenek dia.

" serious ke... balik hari ni... sure lagi pun abang yang drive... sayang lagi suka dapat balik awal" kata Huda. Hadi senyum tengok perangai isteri dia.

" okay... nanti pack baju okay" kata Hadi. Huda mengangguk lalu sambung makan.

Sekarang mereka dalam perjalanan nak balik kampung Hadi. Hadi pandu sambil sebelah tangan dia pegang tangan Huda dan sebelah lagi pegang stereng.

" sayang kalau ngantuk tidur lah dulu" kata Hadi sambil pandang sekilas ke arah Huda.

" tak pelah nanti abang bosan pula" kata Huda sambil pandang Hadi.

" it's okay lah... tidurlah dulu lama lagi baru sampai" kata Hadi. Huda hanya mengangguk tapi dia masih belum lelapkan mata, dia sumbat earphone dia dalam telinga dia masukkan dari bawah tudung kemudian letak dekat telinga dia. Dia dengar lagu kegemaran dia walaupun radio kereta on. Hadi hanya menggelengkan kepala, nasib dia lah dapat isteri macam ni. Tak lama lepas tu Huda tertidurdengan earphone dia sekali. Hadi berhenti dekat stesen minyak. Dia tolong cabutkan earphone Huda kemudian dia matikan lagu. Dia tersenyum bila tengok gambar wallpaper phone Huda. Gambar Huda yang kena tepung dan telur sambil cium pipi Hadi. Gambar waktu hari lahir Huda, gambar ni kena tangkap waktu lepas Huda tolong kemaskan meja kahwin, dia tak nak buat dekat hotel so ada chance lah kawan dia main tepung dengan telur untuk pengantin baru.

Sampai sahaja di rumah nenek Hadi, Huda terus turun dari kereta dan peluk nenek Hadi yang sedang duduk dekat pangkin. Huda tak pernah rasa ada nenek. Nenek dia meninggal waktu dia masih bayi. Hadi dia tinggalkan biar dia angkat beg pakaian.
Hadi senyum bila dia keluar dari kereta tengok Huda tengah peluk nenek dia. Hadi ambil beg pakaian.

" wah dah ada cucu menantu dah tak nampak kita lagi dah. Cucu kesayangan ni hah tak rindu ke" kata Hadi. Nenek dan Huda pandang Hadi kemudian Huda bagi pandangan tajam.

" biarlah nenek sayang saya je, awak dah kena buang jauh jauh" kata Huda apabila Hadi duduk sebelah dia.

" ala mana ada. Nenek tak sayang awak pun. Sa-" kata Hadi terhenti apabila mata Huda berair. Isteri dia ni dah kenapa dua tiga hari ni emosional je.

" kenapa ni.... abang gurau je lah" kata Hadi sambil peluk Huda.

" ya Allah. Kenapa ni... nek sayang dua dua lah" kata nenek Hadi. Hadi lepaskan pelukan lalu lap air mata Huda.

" kenapa nangis. Tell me. Sorry kalau abang gurau tadi" kata Hadi. Huda gelengkan kepala dia bukan nangis sebab Hadi bergurau pasal sayang nenek tu tapi air mata dia yang tiba- tiba bertakung.

" dah lah jom masuk kejap lagi maghrib kita sembahyang sama sama lepastu makan" kata nenek Hadi.

Huda peluk Hadi dari belakang lepas Hadi lipat sejadah. Hadi pelik dengan perangai Huda kebelakangan ni.

" abang sorry tau sayang pun tak tahu kenapa sayang boleh nangis... buat abang rasa bersalah je tadi" kata Huda.

" it's okaylah...abang tak terasa pun tadi ... dah jom kita makan" kata Hadi. Huda lepaskan pelukan lalu pegang tangan Hadi. Hadi senyum apabila Huda pegang tangan dia selalunya dia yang pegang tangan Huda. Huda perangai dia memang pelik.

Comment & vote.

Sebenarnya Aku Suka KauTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang