Huda,Sarah,Athirah,Zalifah dan Amira satu homestay.Sebelah homestay kitaorang Hadi,Fuad,Ridzuan,Akmal dan Firdaus so,senanglah kitaorang nak berborak sebab dah lama tak jumpa malam tu semua orang kecuali Huda dengan Sarah duduk dekat pondok yang cukup untuk 10-15 orang duduk sebab nak berborak.Huda dengan Sarah malas nak join sebab dia nak baca novel, waktu dia tengah baca tu tiba-tiba ada lipas jalan dekat tepi katil Huda tapi Huda tak nampak kalau Huda nampak memang habis kecoh bilik tu.Waktu yang sama Hadi nak balik bilik balik sebab tertinggal phone dia.
Tiba-tiba dia dengar ada orang menjerit dia tengok sekeliling tak de pula orang pastu ada lagi jeritan tapi kali ni dia sebut lipas pulak.Hadi pelik kenapa lipas pula dia menjerit.Hadi baru teringat yang Huda dan Sarah tak pergi jadi suara yang jerit tu mesti suara diorang berdua lagipun Huda fobia dengan lipas dan Sarah pula penakut.Hadi terus ketuk pintu homestay Huda, Huda yang dengar ketukan pintu tu dia terus pergi buka pastu dia nampak Hadi dia terus pergi belakang Hadi dan pegang belakang baju Hadi.Nasib baik masa tu dia pakai Hoodie pastu tutup rambut dia kalau tak memang free dapat dosa.
"Dii...li...pa...pas...tolong aku.." Kata Huda sambil menguatkan lagi gengaman tangannya di baju Hadi.Dia memang fobia dengan lipas.
" tak de pape lah...aku bunuh dan buang lipas tu okay" kata Hadi kepada Huda.Hadi pegang lengan Huda yang berlapik dia pergi dekat lipas yang dah mati sebab Sarah pergi campak novel dia yang tebal tu bila dia nampak lipas tu nak naik dekat Huda.Hadi mengangkat lipas dengan sebelah tangan lalu keluar dari homestay Huda dan campakkan kat atas tanah.Sarah pergi dekat Huda lepas Hadi campak lipas tu dekat luar.
" weh! Kau okay tak? Lipas tu dah tak de dah.Kaki kau okay tak?" Tanya Sarah dengan risau sebab tadi Huda nak bangun dari katil dia pastu dia macam terseliuh.
"Aku okay....thanks Dii...Kaki aku ntahlah rasa berdenyut-denyut" balas Huda sambil memegang kakinya.
" weh! Huda lain kali jangan macam tu...kalau aku tak de tadi macam mana ntah...ntah kaki kau dah patah ke" kata Hadi sambil tengok kaki Huda yang dah berwarna merah-kemerahan.
"Hadi yang kau over sangat ni pasal.Aku okaylah nasib baik kau ada tadi...thanks tau" kata Huda.
"Dahlah Huda jom masuk aku nak tengok kaki kau" kata Sarah.Tahulah Sarah ni doktor tapi tak yah lah serius sangat muka tu.Huda pandang muka Hadi pastu Hadi suruh masuk.
" weh Blurr! Tolong tengokkan Huda tau" kata Hadi kepada Sarah.Sarah buat muka macam nak belasah orang dengan penumbuk kecilnya.
"Kau dah aku tumbuk kang " kata Sarah lalu menarik tangan Huda supaya masuk kedalam homestay semula.
"Weh ! Sakitlah..agak-agaklah kau marah dia asal aku pulak yang kena" kata Huda apabila kaki dia yang berdenyut-denyut tergerak.Dia hanya menahan kesakitan.
" sorry lupa lupa...okay jom aku pimpin kau" kata Sarah lalu memimpin Huda.
Sarah dudukkan Huda dia atas katil Huda lalu dia melihat kaki Huda.Dia bangun lalu pergi mengambil beg galasnya dan kembali semula.
" weh! Kaki kau terseliuh ni .Aku balut kaki kau tau supaya tak rasa sangat tapi sebelum tu aku kena urut sikit okay kan." Kata Sarah kepada Huda.
" okay..thanks Ara sebab tolong aku." Balas Huda.Sarah hanya senyum lalu dia menyambung kerjanya terhadap Huda semula.Lepas siap balut Sarah bangun lalu pergi meletakkan semula beg galasnya.
"Okay.Huda hari ni kau rehat puas puas . Kalau kau rehat cukup maybe kaki kau okay sikit" kata Sarah lalu duduk dikatilnya.
"Thanks Docktor ni semua tak payah bayar eh" kata Huda sambil menunjukkan kakinya yang sudah balut dengan kain bandage.
"tak payah. Untuk kau free je" kata Sarah.Huda hanya senyum sahaja.
"tapikan tadi kau dengan Hadi nampak sweet gile. Untung dohh kalau dapat suami baik macam dia" kata Sarah sambil memeluk bantal.Huda hanya memandang Sarah dengan muka kosong.
"Kau suka dia ke? Kalau kau suka aku boleh tolong nak ke?" kata Huda kepada Sarah.
"tak pelah weh...dia suka kau bukan dia suka aku...tengok dari muka dia tadi waktu aku cakap kaki kau tu muka dia risau tapi dia cuba sorokkan sebab tak nak kau perasan.." kata Sarah kepada Huda. Huda memandang Sarah dengan muka yang tak percaya.
"weh Ara! kau dah matured aah...fuyoo..ntah-ntah kau pun ada boyfriend macam minah sengal tu pastu tak bagitahu...tapi kalau sebenarnya dia tak suka aku dan suka kau macam mana?" kata Huda. Huda memandang Sarah yang sedang memandang dia senang cerita mereka sedang memandang satu sama lain.
"tak de makna nya aku memang dah matured...hahahh..mana ada orang suka aku yang blurr ni..lainlah korang yang memahami aku...takdelah dia memang suka kau aku pernah nampak dia selalu curi pandang kau kalau kita duduk ramai-ramai...tapikan takkan kau tak de perasan dekat dia sebab kau dah kenal dia dari kecik" kata Sarah panjang lebar.
"mesti ada..jodoh kita hanya Allah sahaja yang tahu...ye ke aku tak perasan pun...perasaan? adalah sikit untuk dia sebab dia dah banyak tolong aku...tapikan sekarang aku memang rasa aku suka dia...dulukan aku pernah cerita dekat kau yang aku pernah rasa suka dia tapi aku cuba tahan kan...tapi sekarang aku rasa aku dah sukakan dia balik...aku pun tak tahu macam mana perasaan ni datang balik tapi aku cuba tahan lagi sebab aku rasa dia sukakan orang lain." kata Huda lalu melihat gelang tangan pemberian Hadi untuk dia sempena hari lahirnya tahun lepas.
"suka hati kau lah weh! tapi aku tak sure kalau ada orang lain rampas dia nanti and tolong jangan cuba tahan feel kau dekat dia nanti kau yang sakit....dahlah aku nak tidur ...ngantuk..assalamualaikum" pesan Sarah.Huda termenung dengar kata-kata Sarah tadi. Ada betul juga kata Sarah tadi.
keesokannya...
"okay sekarang ni kita pilih pasangan nak main game ni" kata Fuad kepada ahli kumpulannya.
"aku pasangan dengan Athirah" kata Fuad lagi.Tak lama kemudian Sarah pasangan Zalifah, Amira pasangan dengan tunang dia Ridzuan.Tinggal Huda dan Hadi sahaja jadi mereka berdua automatik jadi pasangan.
comment & vote.