"Weh ! Kitaorang balik dulu tau" kata Sarah kepada Huda.Huda hanya buat muka sedih kerana Sarah dan Athirah perlu pulang ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebab diorang dah cuti empat hari yang lagi sorang ni tak reti balik-balik lagi.
"Weh!Janganlah sedih.Nanti kita jumpalah lagi.Lagi pun kan Hadi kan ada." kata Athirah sambil memegang pipi Huda.
"Alaa...aku tak puas lagi sembang ngan korang.Bila malam ajak lepak dah tidur.Pastu tinggal kat sini sekejap dah lah kau tak layan aku Athirah asyik ngan phone kau je yag mak cik lagi sorang ni bila kita sembang ngan dia, dia buat muka blur dia" bebel Huda sambil memegang tangan Sarah dan Athirah.Athirah hanya menggelengkan kepalanya apabila Huda yang dulu ganas dah hilang sikit dalam diri kawannya.
"Alaa...weh leklah nantikan ada reunion lagi pun diorang buat macam family day diorang buat 3 hari 2 malam" kata Sarah.
"Reunion??!! 3 hari 2 malam??!!" jerit Huda dan Athirah serentak.
Huda menyiku Athirah dengan matanya ' masa-bila' Athirah yang faham dengan pandangan mata Huda hanya mengangkat bahu.
"Yelah...reunion korang tak tahu ke" tanya Sarah.
" mana lah kitaorang tau...tapi mana kau tahu" tanya Huda kerana pelik yelah kat dalam group batch mana ada infrom pasal reunion pastu tiba-tiba minah blur ni cakap pasal reunion dah lah dia selalu slow.Athirah mengangguk dengan apa yang Huda cakap.
" aku ingat semua orang tahu...tapi kenapa aku sorang je yg tahu asal Akmal bagitahu aku sorang je" kata Sarah sambil memegang bibirnya seolah olah sedang berfikir.
"Akmal??!! Dia bagitahu kau.Kau sorang je" jerit Huda tapi perlahan.
"Yang kau pergi jerit asal.Kenapa dengan Akmal" tanya Athirah kepada Huda.Huda hanya menggeleng dan berkata
" nanti aku cerita." dengan muka nya memandang Sarah yang tengah blur.
"Okaylah.Nanti cerita tau.Lagipun kitaorang takut lambat sampai nanti" kata Athirah.
"Alaa...dah nak gerak ke" kata Huda.
"Yelah.Aku nak jumpa someone takut lambat lak.Alaa...Hadi kan ada" kata Athirah dengan senyum kambingnya.
"Kau nak jumpa sapa aah.Tapi aku nak korang tak nak mamat sengal tu" kata Huda dah macam budak kecik tak dapat barang.
"Apa mamat sengal haah." kata Hadi yang baru sampai.Huda hanya menjeling Hadi yang sedang peluk tubuh.
"Tak nak belanja kau nanti baru tahu." kata Hadi seperti mengugut Huda.
"Okay!Okay!Okay! Sorry!" kata Huda sambil membuat gaya tangan meminta maaf dan membuat muka sedih.Hati Hadi terus cair tengok muka Huda yang comel apabila buat gaya sedih.
"Kau com...mel lah" kata Hadi yang masih lagi termenung memandang Huda.Huda terkejut dengan apa yang Hadi cakap tadi.Muka Huda sudah merah dengan kata Hadi tadi.
" korang ni couple ke?" kata Athirah sambil memandang muka Hadi yang masih termenung dengan muka Huda silih berganti.
"Kau gila ke apa. Mana ada aku couple ngan dia " kata Huda sambil memandang Hadi dengan jelingan mata.
"Weh Hadi kau pandang apa?" kata Sarah sambil melambai tapak tangannya ke muka Hadi.Tapi Hadi masih memandang ke arah sama .Huda menepuk bahu Hadi, Hadi terus sedar dari lamunannya.
"Kau pandang apa tadi.Pastu kau dah sampai mana.Tak habis-habis berangan." kata Sarah kepada Hadi.
"Mana ada aku pandang apa-apa! Kau cakap orang tapi kau pun sama.Blur." balas Hadi kepada Sarah.
"Ye ke! Bukan kau pandang Huda then kau kata Huda co--" kata Athirah terpotong apabila Huda menutup mulutnya dengan tapak tangannya apabila dia lihat Ezzat sedang menghampiri mereka.
"Kau pahal Daa tutup mulut Thirah" kata Sarah.Huda tunjuk Ezzat yang dibelakang Sarah dan Athirah.
" lah kau ni pun bagilah signal ke apa.Tak cukup nafas aku tau" kata Athirah.Huda hanya senyum.Puan Zaitun dari tadi kehulur-kehilir di ruang tamu.Encik Amran yang tengok isterinya pening tengok kehulur-kehilir lepas dapat call dari kawan dia jak jumpa.
"Cuba kamu duduk, kejap lagi turunlah Huda tu lagi pun dia baru je naik tangga" kata Encik Amran kepada isterinya.Puan Zaaitun menghiraukan kata suaminya.
"Nawal Huda " jerit Puan Zaitun.
"Turun cepat" jerit Puan Zaitun lagi.
"Mak kenapa jerit.Huda baru je nak buka pintu mak dah suruh turun cepat.Tak kemana pun kawan-kawan mak tu.Ntah-ntah ada lagi yang belum sampai.Achik ni pun satu keluar tak reti balik-balik" bebel Huda apabila dia sedang tutun dari tangga.
" betul kata anak kita tu.Ntah-ntah ada yang belum sampai" kata Encik Amran.
"Ishh....Dah lah...Hadi dah tunggu kat luar" kata Puan Zaitun lalu menarik tangan suaminya menuju ke pintu rumah.
"Yelah! Mak masuk dulu dalam kereta Angah nak kunci rumah" kata Huda sambil tangannya sibuk mengunci pintu rumahnya.
"Hadi kamu duduk je depan" kata Encik Amran apabila Hadi membukakan pintu depan untuknya.
"Tak pe ke" kata Hadi sambil tangannya mengusap tengkuknya.
"Tak pe duduk je nanti kamu kahwin dengan Huda juga.Aunty ngan uncle tak kisah pun." kata Encik Amran
"Apa??!! Kahwin - kahwin ni haah" sergah Huda.
" aku terima kau jadi menanti aku Dii" latah Puan Zaitun.
"Mak apa yang mak merepek" kata Huda.Hadi dah senyum sorang-sorang sambil memandang kasutnya.
"Dah.Hadi kamu masuk cepat " kata Encik Amran lalu menepuk bahu Hadi.Hadi mengangguk tapi dia membuka pintu duduk tempat belakang supaya Encik Amran dan Puan Zaitun masuk ke dalam kereta dulu.Puan Zaitun berjalan beriringan dengan Encik Amran,Huda dan Hadi.Mereka pergi ke arah sebuah cafe di situ.Dari jauh dapat kelihatan rakan-rakan Puan Zaitun.
"Mak Huda nak jalan-jalan kat sini ada benda nak beli" kata Huda kepada Puan Zaitun.Puan Zaitun memandang muka Huda lalu berbisik kepada suaminya.Encikn Amran memandang Hadi sambil tersenyum.
"Hadi kamu jaga Huda tau" kata Encik Amran lalu menepuk bahu Hadi.
"Ala Angah boleh pergi sendirilah" kata Huda.Hadi hanya senyum memandang Encik Amran.Encik Amran menggelengkan kepalanya.
"Hadi kena ikut kamu.Dekat sini bahaya." kata Puan Zaitun.Huda hanya mengganguk sahaja kalau dia berlawan kata dengan ibu bapanya dia akan kalah.Hadi dan Huda pun meneniggalkan kedua dua orang tua itu.Hadi memandang Huda yang duduk di bangku yang disediakan, baru berapa langkah tapi cukup jauh dari cafe itu tak kan dah penat.Huda mendongak memandang Hadi yang masih lagi berdiri Huda menepuk-nepuk bangku di sebelahnya supaya Hadi duduk.Hadi faham dengan apa yang Huda lakukan dia terus duduk di sebelahnya tapi ada jaraknya.Mereka berdua hanya senyap je dari tadi Hadi perasan dengan muka Huda yang sedang kebosanan tiba-tiba ada seorang budak kecil sedang menangis seperti sedang mecari ibunya.Hadi yang perasan budak kecil itu datang ke arah Huda dia terus berdiri pergi ke arah budak kecik.
"Hadi macam mana ni kesian budak ni " kata Huda kepada Hadi sambil memangku budak kecil itu.
"Nama adik sape?" Kata Hadi sambil mencangkung memandang Budak kecil itu.
"Na..nama ki..ta...Hu...hus..na" Kata budak kecil itu dengan selangan sedu.Huda mengelap muka budak kecil yang bernama Husna itu dengan kain lap tangan yang Hadi hulurkan kepadanya.
"Okay...mama Husna pergi mana tadi" Tanya Hadi.
"Kita dengan mama tadi pergi situ pastu kita keluar dari situ pastu kita pergi balik mama dah tak de" kata Husna sambil menunjukkan sebuah kedai.Hadi yang mendengar terangguk-angguk.Huda mengeluarkan sesuatu di dalam begnya.Huda mengeluarkan coklat kegemarannya lalu di beri kepada Husna.
" dah tak mau nangis eh..jom kita cari mama" kata Huda.
"Meh sini lah...aku dukung dia...kesian kau" kata Hadi.Huda hanya mengganguk lalu Hadi mengambil Husna dari riba Huda.Husna dah senyum apabila Hadi mendukung dia.
"Hadi kita pergi tempat information lah" kata Huda.
"Okay.Jom..." Kata Hadi.Tiba-tiba Husna bebisik kepada Hadi. Huda pandang Hadi dengan Husna pelik baru jumpa dah rapat.
"Hahahah...dia memang cantik kan" kata Hadi perlahan tapi cukup untuk Huda dengar.
"Siapa yang cantik" Tanya Huda sambil pandang Hadi dan Husna silih berganti.Kedua-dua mereka menggelengkan kepala.Huda dah peluk tubuh.
"Okay..Tak nak bagitahu tak pe" Kata Huda.
"Comellah akak ni dahlah cantik" kata Husna.Huda yang dengar muka dia dah merah.
"Mana ada Husna lagi comel" kata Huda.Hadi yang dengar hanya senyum dia suka dengan sikap Huda dia tak bangga kalau orang puji diri dia.
"Okay..dah sampai." Kata Hadi.Huda dan Husna hanya mendengar sahaja apa yang Hadi dan Pegawai itu bercakap.Mereka di suruh duduk dulu di bangku.
"Akak kita nak tanya boleh" kata Husna kepada Huda.Huda mengangguk.
"Akak dengan abang dah kahwin ke" tanya Husna.Huda menggelengkan kepalanya.
"Akak dengan abang kawan baiklah" kata Huda.Husna hanya mengganguk. Tiba-tiba ada seorang wanita datang ke arah kami.
Dia memeluk Husna.
"Sayang okay tak...nasib baik kakak dengan abang ni jumpa " kata wanita itu lalu bangun dan bersalaman dega Huda.
"Terima kasih ye...risau saya tadi..." Kata Wanita itu.
"Sama-sama...kitaorang pergi dulu ye" kata Huda sambil senyum.
"Eehh kejap" kata wanita itu sambil menyelongkar beg tangannya lalu menghelurkan beberapa not RM 50.
"Eehh..tak payahlah..." Kata Huda.Sambil senyum.Huda memandang Hadi.
"Betul tu...tak payah" kata Hadi pula.
"Betul ke...terima kasih ye" kata wanita itu lagi.
"Baiklah...kami pergi dulu." Kata Hadi.
"Abang jaga kakak ni baik-baik tau" kata Husna lalu memeluk Huda dan Hadi.Hadi hanya senyum.Lepas diorang pergi Hadi senyum sorang-sorang.
"Kau ni dah kenapa senyum sorang-sorang" kata Huda.
"Tak de papelah" kata Hadi.Huda hanya biar kan sahaja Hadi makin lama makin pelik dia tengok.Comment & vote.