bab 15

1.6K 76 0
                                        

Huda teman Hadi dekat hospital semalaman.Sekejap je dah berbaik semula. Tapi mungkin lepas ni Huda yang kena curi semula hati Hadi sebab Hadi tak tahu perasaan Huda yang sebenar. Petang ni Hadi dah boleh keluar lepas buat pemeriksaan yang terakhir. Syukur Allhamdulillah dia tak de apa- apa penyakit yang teruk.

" Nyett kau suka tak aku dah nak keluar ni" kata Hadi. Huda senyum dah lama tak dengar hati panggil dia Nyett sibgkatan untuk monyet.

" gila tak suka bff kesayangan aku ni nak keluar dari hospital" kata Huda. Hadi senyum.

" baguslah kau suka... nanti siapa yang bawa aku keluar" kata Hadi. Huda terdiam dia fikir sejenak.

" tak tahulah siapa sebab Fuad dengan Athirah pergi date, aku pula emm" kata Huda.

" ah kau pula apa?" Kata Hadi.

" aku tak buat pape pun, aku lah yang bawak kau keluar" kata Huda. Hadi mengangguk.

" Hadi lepas keluar hospital ni kau ada nak pergi mana- mana tak?" Tanya Huda.

" asal tak de kot" kata Hadi. Huda mengangguk.

" emm... kau nak tak ikut aku lepas ni" kata Huda. Hadi pelik baru keluar hospital dah ajak jalan- jalan.

" pergi mana. Aku baru nak keluar hospital ni" kata Hadi.

" em tak pelah kau macam penat lagi je... tak pelah hari lain" kata Huda.

" lek lah asal aku larat lagi lah" kata Hadi.

" betul ke... em tak pelah... malam ni aku call kau jelah" kata Huda

"Suka hati kaulah. Ni dah boleh kemas kot " kata Hadi sambil menunjukkan almari meja kecil yang penuh dengan makanan dan air minuman. Semua Fuad belanja takut sangat pihak hospital tak kasi Hadi makan.Huda kemaskan makanan dan air minuman disitu. Mana makanan seperti keropok ataupun roti yang belum dibuka mereka bagi pesakit yang lain lagi- lagi budak- budak.

Malam dekat rumah Huda. Sarah dan Athirah dah balik Kuala Lumpur. Tinggal Huda seorang dulu memang ada orang sewa bilik tapi orang tu dah kahwin budak tu pun lagi muda dari Huda. Huda je yang tak kahwin- kahwin lagi. Huda lupakan hal kahwin. Tak lama lagi dia nak kerja semula sebagai guru sekolah menegah. Sebelum ni dia jadi guru tadika. Tapi ada keputusan yang berubah. Huda menalifon Hadi untuk beritahu sesuatu.

" hello assalamualaikum Dii, kau tunggu aku call h cepat je kau angkat. Kantoi" kata Huda.

" waalaikumussalam, aah memang aku tengah tunggu call kau pon. Tapikan aku rasa macam tak sedap hati lah apa yang kau nak bagitahu aku ni" kata Hadi di corong talifon. Kelu lidah Huda apabila Hadi kata begitu.

" em sebe sebenarnya a- " kata Huda terhenti apabila ada orang mengetuk pintu rumahnya.

" Dii nanti aku call kau balik ada orang datang" kata Huda lalu mematikan panggilan sebelum dengar Hadi bercakap. Huda pelik siapa pula malam- malam macam ni datang rumah. Huda buka pintu dia terkejut lihat bekas penyewa bilik rumahnya ini sedang menangis sambil mendukung bayi kecil yang mungkin berusia lebih kurang lima enam bulan. Huda menyuruh perempuan itu masuk. Lepas keadaan budak perempjan itj reda Huda bertanya.

" adik kenapa datang sini mana suami asal datang tadi menangis- nangis." Kata Huda.

" Rania benci Hafiz dia ada perempuan lain" kata budak perempuan yang bernama Rania.

" kenapa ni apa yang Hafiz dah buat dia bodoh ke Rania ni dah cukup cantik asal dia cari perempuan lain" kat Huda.

" Semalam Rania call dia sebab dia tak balik rumah tapi dia tak angkat, Rania cuba lagi tak dapat juga so, Rania anggaplah yang Hafiz sibuk dekat office" kata Rania sambil menangis.

" so apa masalah nya" kata Huda.

" Rania belum habis ceritalah. Hafiz tak balik sampai hari ni. So Rania try lah call dia, dia angkat tapi Rania dengar suara perempuan." Kata Rania.

" tapikan Rania dengar perempuan tu cakap apa." kata Huda.

" Rania dengar dia kata malam ni jumpa dekat hotel biasa pukul 2330." Kata Rania.

" sekarang pukul berapa. Rania tahu tak hotel biasa tu macam hotel yang dia selalu pergi" kata Huda.

" sekarang pukul 2115. Kenapa? Tahu hotel dia selalu pergi tu." Kata Rania.

" jap eh bagi akak tukar baju jap pastu kita pergi hotel tu tengok betul tak dia ada perempuan lain. Korang ni baru ada anak dah macam- macam hal " kata Huda lalu berlari naik tangga untuk pergi ke biliknya.

Huda bawa kereta sampai ke hotel yang biasa Hafiz pergi. Huda dan Rania pergi ke lobi hotel dan menanyakan nama Hafiz nasib baik dapat kalau Hafiz letak nama perempuan tu macam mana. Mereka masuk lif lalu Huda menekan punat bernombor 7. Sampai di tingkat 7 mereka keluar lalu mencari nombor bilik Hafiz. Huda ketuk bilik yang di tempah oleh Hafiz, Huda terkejut apabila kawan baik dia yang buka pintu bilik Hafiz. Huda menarik lengan Athirah supaya Athirah keluar.

" Thirah kau sorang je ke kat dalam bilik tu ataupun ada orang lain" kata Huda.

" kau ni kenapa macam mana kau tahu aku ada dekat hotel ni." Kata Athirah.

" jap kau curang eh dengan Fuad. Mana tudung kau dengan baju kau berkedut." Kata Huda.

" ya Allah kau gila ke apa. Kaulah tarik aku tadi asal tak sempat nak pakai tudung. ada family akulah dalam tu. Tadi aku main lawan bantal dengan abang sulung akulah. Kitaorang celebrate birthday mak aku so kitaorang lepak hotel ni" kata Athirah pajang lebar.

" tapikan asal tadi aku tanya pekerja hotel dekat bawah dia letak nama bilik ni nama Hafiz. Siapa pula Hafiz ni. Bukan ke Hafiz ni dah kahwin." Kata Huda.

" kau n- " kata Athirah berhenti apabila dia nampak Rania yang sedang dukung bayi kecil datang ke arahnya.

" Rania !" jerit Athirah. Nampam yang Rania terkejut dengan jeritan itu kerana lepas keluaf dari lif dia minta kebenaran dadi Huda kejap nak pergi tandas nak tukar lampin bayinya.

" Thirah buat ape dekat sini" kata Rania apabila sudah sampai dekat dengan Athirah.

" jap- jap kau cerita habis dulu dengan aku . Siapa Hafiz dekat kau." Kata Huda. Athirah ketuk perlahan kepala Huda.

" diakan Angah aku dan Rania ni isteri dia" kata Athirah.

" see...Rania diorang celebratelah" kata Huda.

" jap asal Rania tak de rumah tadi macam nak gila Angah cari sampai nangis dia tak enjoy pun tadi" kata Athirah.

" em...macam nilah korang mas- " kata Huda terhenti apabila Hafiz keluar dari bilik hotel sambil bercakap

" Thirah as- " kata Hafiz terhenti apabila dia terpandang Rania. Hafiz terus peluk Rania sehingga bayi yang di dukung Rania menangis kerana lemas dengan pelukan ayahnya.

" sayang pergi mana tadi" kata Hafiz sambil memegang pipi Rania.

" emm... korang tengah celebrate kan sekarang nanti nanti jelah korang bincang balik asal Rania tak de tadi" kata Huda.

" em Huda kau pun ada dekat sini, asal kau tak datang kahwin aku" kata Hafiz. Hafiz dengan Huda memang rapat.

" kan aku ada khusus masa hari kau kahwin... tak tau pula kau kahwin dengan budak penyewa bilik rumah aku ni." Kata Huda

" it's okay lah tak boleh elakkan ... jom lah join kitaorang celebrate" kata Hafiz.

"Tak pelah. Aku balik dulu aku ada hal lah esok takut terbabas pula subuh balik lambat ni nak kena drive lagi" kata Huda.

Huda keluar dari hotel lalu memandu sampai ke rumahnya. Dah lewat dia pun lupa nak call Hadi semula untuk bagitahu sesuatu.

Comment & vote.

Sebenarnya Aku Suka KauTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang