Tetamu yang hadir makin lama makin berkurangan. Huda dengan Hadi tukar baju kepada baju biasa. Photo shoot pula dia buat lepas hari persandingan di sebelah Hadi nanti. Huda buat yang simple walaupun dia mampu buat dekat hotel ambil catering tapi dia pilih untuk buat rewang sama sama dengan jiran upah anak anak jiran dan sedara mara. Huda jalan laju tinggalkan Hadi di belakang yang jalan sambil lewa. Huda pergi ke tempat kawan dia lepak yang tak reti reti nak balik lagi. Huda duduk je. Tepung di baling dekat Huda oleh Sarah. Sarah gelak kaw kaw. Huda yang bengang terus baling balik tepung yang Fuad tak habis habis jaga Athirah. Yelah Athirahkan tengah mengandung.
" wah korang dah plan eh patutlah tak balik balik lagi " kata Huda. Sarah hanya gelak.
" tapikan aku rasakan ada lagi sorang tak kena " kata Fuad kepada Sarah.
" siapa ? " kata Sarah. Blur dia dah muncul.
" Hadi lah semalamkan birthday Hadi esok pulakan birthday minah ni " kata Fuad.
Sarah hanya meng'O'kan sahaja tiba tiba dia berdiri buat seperti nak bersihkan baju dia yang kena tepung tapi dia pergi ke arah belakang Hadi kemudian dia letak tepung atas kepala Hadi. Kemudia dia gelak.
Bab kenakan orang bagi dia, last last semua main past past kena tepung yang paling teruk kena Sarah, Huda dan Hadi.
" Jom snap gambar jom" kata Athirah.
" jom tapi aku nak Hadi dengan Huda buat style paling romantik " kata Sarah selamba.
" kau dah kenapa, aku baru je kahwin tiba- tiba dah suruh buat style romantik" kata Hadi. Huda pula mengangguk.
" kalau kau tak nak aku baling telur ni, telur je aku tak baling tau, aku balik tepung je untuk korang" kata Sarah.
" alah ingat aku heran ke " kata Huda. Sarah terus campak telur dekat kepala Huda.
" bengong ah kau ni dah lah telur nya busuk" kata Huda.
" memang telur busuk pon kau nak buat ke tak" kata Sarah.
" ish kau ni kan kau nak suruh kitaorang buat style apa" kata Hadi.
" aku nak Huda dengan muka comotnya tu kiss pipi kau yang comot juga. " kata Sarah.
" wah hebat ah otak kau, aku nak tengok Huda kiss kita pon susah " kata Zalifah dan Athirah serentak. Huda tunjuk penumbuk dia.
" kau ingat lawak tak lawak dohh" kata Huda.
" kau tak nak aku balinggg" kata Sarah sambil lambung telur.
Huda berfikir sejenak nak buat ke tak nak. Sekejap kejap dia pandang muka Hadi.
" ishh yelah aku buat " kata Huda dengan lemah.
" kalau tak nak buat tak pelah " bisik Hadi telinga Huda. Huda rasa bersalah pula dengan Hadi apabila Hadi kata begitu. Seolah olah Huda tak ikhlas melakukan.
" apa pula yang kau bisikkan" kata Zalifah.
Huda pandang Zalidah, kemudian Ezzat yang baru sahaja sampai kemudia Sarah dan Akmal kemudian Athirah dan Fuad. Akhir sekali Huda pandang Hadi dengan senyuman yang ikhlas walaupun dengan keadaan comot. Huda kiss pipi Hadi, Hadi seperti tak percaya yang Huda akan lakukannya. Masing- masing tepuk tangan. Tiba tiba terdengar suara kecil anak buah Huda.
" mak ngah kenapa kiss pak ngah kita" kata anak buah Huda, Huda terus jarakkan diri dengan Hadi dan menunduk. Hadi terus dukung anak buah barunya.
"Fara mak ngah isteri pak ngah so mak ngah boleh kiss pak ngah, kenapa Fara cakap macam tu. " kata Hadi.
" alaa mana aci pak ngah kata Fara sorang je boleh kiss pak ngah " kata Fara dengan muncungnya.
" habislah kak ngah dah ada pesaing" kata Ezzat kemudian gelak. Hadi hanya senyum.
" Fara ambil lah pak ngah tu mak ngah tak kesah pon " kata Huda.
" yeay yeay mak ngah dah tak sayang pak ngah jadi Fara boleh kahwin dengan pak ngah " kata Fara. Ketawa semua orang meletus kecuali Huda.
" dah lah mak ngah nak masuk. Fara main lah dengan suami Fara ni. Korang aku masuk dulu " kata Huda.
" weh lek lah lepak ah dulu " kata Zalifah.
" biarkan kak ngah tu, dia kurang sikit dengan budak ni sebenarnya " kata Ezzat perlahan.
" kurang ? " kata Zalifah.
"aah kurang ....dulu budak ni nakal teramat dulu ada satu barang apa ntah kak ngah punya waktu mak tengah bakar sampah Fara ni pergi baling kak ngah , kak ngah pula nampak dia terus simbah air dekat api tu kemudian terus kutip balik barang tu pastu kak ngah marah lah Fara sebab dia kata benda tu penting last last dia kena marah dengan abang long sebab marah anak dia. " terang Ezzat. Masing masing mengangguk.
Hadi fikir apa benda barang yang Huda sayang sangat tu. Takkanlah barang yang Hadi bagi dulu takkanlah.
" Huda , Hadi kamu berdua dah kahwinkan sekarang apa panggilan kamu berdua " kata mak long Huda. Huda yang tengah minum air tersedak dengan pertanyaan mak longnya. Yelah dari tadi pon diorang belum cakap apa- apa lagi. Hadi terus gosok belakang Huda perlahan.
" emm mak long sebenarnya kitaorang tak tahu nak panggil apa sebab kitaorang sebaya and birthday kitaorang pon dekat dekat je " terang Hadi. Huda hanya memandang Hadi yang di sebelahnya.
" kalau macam tu Huda panggil Hadi abang je lah adalah tanda hormat sikit Hadi pula panggil Huda sayang. Mula- mula memang tak biasa sebab korang kawan baikkan " kata mak longnya.
" abang ? Sayang ? In Sha Allah kitaorang try " jawab Hadi.
" ok tak Huda " kata Mak longnya apabila sedari dari tadi Huda hanya memandang Hadi.
" Huda mak long tanya lah " kata Hadi apabila Huda hanya memandang mukanya.
" what ? " kata Huda.
" mak long cakap tadi tak dengar ke " kata mak long kepada Huda.
" oh pasal gelaran tu. Huda tak kisah pon. " kata Huda lalu senyum. Huda dan yang lain senyum. Apalah agaknya gelaran yang Huda akan panggil Hadi. Abang ? Awak ? atau Kau ?
____