bab 36

1.6K 68 4
                                    


____===

Huda menangis teresak esak di sebalik selimut lepas sahaja Hadi keluar dari bilik.  dia cuba untuk tak menangis tapi entah lah. walau pun dia benci kan Hadi sekarang dia tetap rasa kesian sebab Hadi masih suami dia mungkin.

dia lap air mata dia, dia cuba untuk duduk, Huda perlahan lahan duduk, dia pegang perut dia.

" maaf kan mama sebab buat papa sayang macam tu tapi mama terpaksa sayang, mama terpaksaa" kata Huda dengan tangisan.

Huda perlahan lahan betul kan balik kedudukan dia, dia baring semula  . dia tenung sahaja siling putih hospital tu.

tiba tiba pintu bilik wad Huda terbuka,Huda hanya biar kan sahaja mungkin doktor atau pun nurse.

tiba tiba Huda dengar bunyi tepukan, Huda perlahan lahan pusing lihat siapa yang tepuk tangan dia dalam bilik wad Huda ni.

" wah... tak sangka yang sayang boleh masuk hospital, kenapa ni sayang " kata seorang lelaki yang memakai mask mulut berwarna hitam.

" kau sape ! ak.. aku tak kenal kau lah"  jerit Huda.

tapi suara dia tak berapa nak kuat sangat macam orang yang tak sakit.

" sayang, kenapa ni" kata lelaki itu ingin pegang pipi Huda.

Huda tepis tangan lelaki itu daripada pegang pipi dia.

" jangan nak pegang pegang aku lah " kata Huda sambil betul kan kedudukan dia supaya dia duduk kembali.

Tiba tiba pintu wad Huda di buka dengan cemas, Huda dan lelaki itu cepat sahaja memandang siapa yang telah buka pintu tu.

" Nazri kau keluar dari sini" kata Hadi sambil berdiri di pintu wad.

" mana kau tahu aku ni Nazri" kata lelaki itu sambil buka mask mulut dia.

" baik kau keluar sekarang" kata Hadi sambil genggam kolar baju Nazri.

" kalau aku tak nak" kata Nazri.

Hadi terus tumbuk muka Nazri sampai Nazri jatuh. Huda terkejut dengan tindakan Hadi.

" Ha..Di" kata Huda apabila Nazri balas tumbukan Hadi dekat perut dan muka Hadi. dua tumbukan dia muka dan perut. Hadi terbaring dekat lantai wad itu.

Kemudian Nazri terus blah,

Huda nak bangun dari katil dia tapi Hadi tak kasi,

" duduk je situ. abang boleh bangun sendiri" kata Hadi sambil cuba untuk duduk.

perlahan lahan Huda turun juga, tolong Hadi.

dia sandarkan Hadi dekat dinding wad , dia tak larat nak angkat Hadi supaya duduk dekat sofa yang terletak dekat hujung sebelah sana.

" jangan salah anggap " kata Huda perlahan waktu tolong Hadi duduk.

Hadi pandang Huda dengan pandangan yang tak percaya, Huda memang betul betul benci dia. perlahan lahan Hadi mengangguk dengan kata Huda.

Hadi nak pegang kesan tepi bibir dia yang berdarah tapi pantas Huda tahan tangan Hadi.

" jangan pegang nanti kuman" kata Huda.

perlahan lahan Huda berdiri semula, dia ambil tuala atas almari kecil tepi katil dia kemudian dia pergi dekat peti kecemasan yang tergantung, dia cabut kemudian dia pergi duduk di tempat Hadi duduk tadi.

Huda baru nak tekap kain tu dekat luka Hadi tapi Hadi pegang tangan Huda supaya berhenti.

" lepas " kata Huda tegas.

Hadi ambil kain tuala itu kemudian tekap sendiri.

" abang boleh buat sendiri " kata Hadi kemudian lepas kan tangan Huda.

" suka hati lah " kata Huda kemudian perlahan lahan bangun pergi ke arah katil dia. Air mata dia mengalir.

Hadi tahu Huda nangis sekarang tapi dia tersentak dengan apa yang Huda kata tadi walaupun Huda masih sakit tapi Huda tak sepatutnya kurang ajar dengan suami dia.

Huda tengok jam dia baru teringat yang dia belum solat lagi, perlahan lahan Huda bangun daripada katil waktu Hadi leka sapu ubat dekat luka dia.

Tiba tiba Hadi dengar pintu bilik air tutup, Hadi terus bangun and dia buka pintu bilik air tu. dia tengok Huda tengah buka tudung sarung dia.

" sayang nak solat ke, lain kali kalau nak pergi toilet bagitahu abang. bahaya" kata Hadi.

Huda gelak perlahan,

" sekarang baru tahu bahaya, selama ni dah tahu pon tak boleh nak protect "  kata Huda sinis.

Hadi sabar dengan apa yang Huda kata,

Huda mula ambil wuduk,

" abang tahu salah abang tapi jangan cakap dengan cara yang macam tu. abang tak nak isteri abang jadi isteri derhaka" kata Hadi.

Huda berhenti menyapu tangan dia,

" cepat sayang, dah pukul 6 ni... nanti sayang leka kang tertinggal terus"  kata Hadi.

Huda sambung wudhuk dia,

" sayang pakai telekung dulu, abang bentang sejadah. sayang solat duduk atas kerusi je ye " kata Hadi apabila Huda keluar dari tandas.

Huda terus pakai telekung, dia duduk dekat atas kerusi yang Hadi dah letak. dia solat asar akhirnya.

Hadi pula keluar daru wad Huda sekejap dia nak beli susu HL original untuk Huda dia juga pesan dekat nurse tadi,

" erm, sorry ganggu... boleh tak tolong saya" kata Hadi kepada jururawat perempuan itu.

"ye, nak saya bantu apa "  balas nurse itu.

" jangan bagi sape sape masuk dalam bilik patient yang nama Huda, kalau ada awak suruh dia tunggu dulu. cakap dekat pelawat tu kena tunggu suami patient dulu baru boleh masuk" kata Hadi.

Hadi pergi beli susu HL dengan coklat cadbury untuk Huda. dia beli makanan dan minuman kegemaran Huda.

Hadi naik dia tengok Huda dah habis solat, Hadi letak barang yang dia dah beli atas almari kecil tepi katil Huda.

" nanti maghrib kita solat sama sama" kata Hadi.

Huda hanya senyap, dia perhati kan sahaja tingkap wad tu.

" sayang... maaf kan abang " kata Hadi sambil pegang bahu Huda.

Huda pegang tangan Hadi yang terletak dekat bahu Huda di angkat kemudian letak di tilam.

kemudian Huda tutup mata, dia malas nak layan Hadi.

SAKIT.

HATI DIA SAKIT.

memang dia rasa bersalah dekat Hadi tapi dia tak boleh pandang Hadi langsung, dia benci kan Hadi.

Malam tu dalam pukul 10 Hadi talifon seseorang, bila dia dah rasa Huda dah tidur tapi Huda tak tidur pon siapa yang selesa tidur dekat hospital.

" assalamualaikum Fahmi, esok saya cuti .. tak tak mungkin saya ambil cuti panjang. pasal mesyuarat tu awak batalkan je atau pun awak yang urus kan, boleh kan Fahmi. saya percayakan awak. awak tak perlu tahu  kenapa saya cuti. ye lah. saya nak tebus kesalahan saya dekat wife saya. awak tahu kan yang saya dah banyak buat salah dekat dia and thank you Fahmi tolong saya perhati gerak geri isteri saya waktu dalam bahaya. sekarang biar saya pula yang protect dia. terima kasih. okay, assalamualaikum" kata Hadi dalam talifon.

Huda hanya dengar sahaja apa yang Hadi cakap. Hadi baring dekat sofa yang dah sedia dekat situ.

______

Sebenarnya Aku Suka KauWhere stories live. Discover now