bab 30

1.9K 86 6
                                        

Pagi pagi lagi Hadi sudah keluar pergi pasar dengan nenek tinggal Huda keseorangan dekat rumah. Huda masak mee goreng untuk nenek dan Hadi bila mereka balik nanti. Tak lama kemudian dapat dengar bunyi engine kereta Hadi. Huda keluar untuk angkat barang tapi Hadi larang. Huda hanya lihat sahaja Hadi angkat barang. Lepas mereka sarapan Hadi duduk dekat kerusi di ruang tamu. Huda ambil tempat di sebelah Hadi.

" abang... sayang nak jalan jalan dekat kampung ni dengan abang boleh tak?" Tanya Huda.

" abang tengah penatlah sayang esok ye kita pergi" kata Hadi.

" tak pelah. " kata Huda lalu bangun apabila dia nampak Qaira datang ke arah dia dengan Hadi. Huda sorok di sebalik dinding.

" abang tengah buat apa tu" kata Qai. Hadi terus betulkan kedudukan.

" oh tak de pape asal" kata Hadi.

" jom round kampung" kata Qaira.

" emmm boleh gak dah lama abang tak round kampung" balas Hadi. Huda rasa macam nak nangis dia rasa macam kena bahagi kasih sayang ataupun lebih tepat berkongsi kasih sayang. Itu lah yang dia rasa sekarang. Huda terus pergi ke dapur.

" nek buat apa ni Huda tolong ye" kata Huda lalu duduk di hadapan nenek mertuanya.

" nek tengah buat lauk kegemaran Qai " kata nenek. Huda hanya mengangguk perlahan.

" Huda sabar ye. Diorang tu memang rapat tapi diorang tak boleh kahwin pon dan lagi satu si Qai tu tak lama lagi dah nak kahwin dah pon." Kata nenek Hadi. Nenek Hadi perasan yang tadi Huda ajak Hadi tapi Hadi penat tapi bila si Qai tu ajak Hadi boleh pergi pula.

" emm... tak pe Hu-" kata Huda terhenti apabila dia terus lari ke tandas. Nenek juga lari ke tandas tengok keadaan Huda. Huda nak muntah tapi tak de isi yang keluar nenek mertuanya gosok perlahan belakang badan Huda.

" kamu okay tak ni. Ke kamu mengandung " kata nenek Hadi lepas Huda keluar dari tandas. Huda senyum apabila dengar perkataan mengandung.

" macam mana nek tahu yang Huda mengandung" kata Huda sambil pegang perut dia yang masih belum nampak bentuknya lagi.

" allhamdulillah... dah berapa bulan sayang... Hadi tahu tak... bukan ke kamu pergi klinik masa tu tapi doktor kata demam biasa je" kata nenek.

" baru nak masuk sebulan.... abang belum tahu lagi ingat nak bagitahu bila keluar round kampung tadi tapi yelah abang busy dengan Qai. Sebenarnya Huda dah tahu yang Huda mengandung waktu dua ke tiga hari lepas Huda guna pregnantsict test so Huda nak bagi suprise lah kononya untuk abang tapi tak jadi jadi lagi sebab asyik gaduh je. Yang hal klinik tu Huda suruh doktor kata dekat abang yang Huda demam je sebab Huda nak bagitahu abang sendiri" kata Huda.

" macam macamlah korang ni. kesian kamu dengan baby kamu ni semalam kena hujan. Tapi jangan lupa pula bagitahu Hadi awal awal. Takut ada apa apa yang terjadi karang" kata nenek. Huda mengangguk tanda faham. Huda tolong nenek Hadi masak lauk kegemaran Qai.

Malam itu dalam bilik Hadi dan Huda lepas solat Huda salam Hadi baru buka telekung. Hadi duduk di katil.

" sayang duduk sini kejap" kata Hadi.

" nak apa" kata Huda apabila duduk di sebelah Hadi.

" sayang nak tanya abang apa apa pasal Qai tak supaya sayang dah tak jealous" kata Hadi sambil pegang tangan Huda. Huda pandang Hadi lalu geleng.

" sure tak de pon. Kalau macam tu biar abang cerita pasal abang dengan Qai" kata Hadi. Huda lepaskan tangan Hadi lalu bangun.

" abang boleh tak dalam sehari abang tak payah sebut nama Qai or semua tentang Qai. Memang sayang still jealous walaupun Qai dah nak kahwin. Abang tahu tak tadi bila abang kata penat Huda rasa it's okay suami aku still penat biarkan lah dia rehat dulu biar dia dengar berita gembira ni nanti tapi abang tahu tak bila Qai ajak abang everything I look like all it's okay but dengan saya like abang suka buat hati saya ni mudah terasa. Saya tahu ni bukan salah abang ni salah saya. Saya rasa macam saya ni perampas. Perampas kebahagian" kata Huda. Hadi geram dengan apa yang Huda cakap, dia tertampar Huda.

" kau tahu tak aku cuba tahan apa yang kau cakap selama ni . Kau marah aku ke aku still tahan. Kau tahu tak aku benci bila kau cakap yang kau ni perampas kebahagian" kata Hadi dengan geram. Huda sudah pegang pipi dan perut dia.

" I hate you" kata Huda lalu keluar dari bilik. Hadi baru perasaan yang dia baru tampar dan memarahi Huda dan tak pernah lagi selepas dia kahwin dia guna perkataan 'aku' ' kau' lagi dengan Huda. Hadi serabutkan rambut dia. Dia keluar dari bilik cari Huda. Dia cari di semua tempat di dalam rumah tapi Huda tiada. Dia keluar rumah dia nampak neneknya sedang duduk manakala Huda sedang baring dengan kepalanya yang beralaskan peha neneknya. Perlahan lahan Hadi pergi ke arah pangkin. Hadi duduk sebelah neneknya yang sedang mengusap rambut cucu menantunya.

" Hadi kenapa kamu asyik lebihkan Qai je dari Huda kesian nek tengok tengah hari tadi. " kata nenek Hadi. Hadi hanya diam tak tahu nak cakap apa.

" nek Huda cakap apa lagi" kata Hadi.

" Huda cakap apa. Dia mana ada cakap apa apa dia datang datang je tadi dia terus baring dekat nenek" kata Nenek Hadi.

" kamu bawalah masuk isteri kamu ni sejuk baby dalam perut tu karang" kata nenek. Hadi terus angkat kepala memandang neneknya.

" baby dalam perut. Huda mengandung" kata Hadi.

" astagfirullah... kamu tak tahu lagi ke isteri kamu mengandung... dah lah angkat isteri kamu ni" kata nenek Hadi. Hadi angkat Huda bawa masuk ke dalam rumah. Hadi baringkan Huda atas katil. Dia cium dahi Huda dia teringat waktu Huda cakap tadi pasal ' berita gembira '. Patutlah Huda asyik pegang perut dia.

" maafkan abang " kata Hadi. Kemudian Hadi pegang perut Huda.

" maafkan papa sayang" kata Hadi lagi.

" papa buat mama sakit" kata Hadi lagi. Tiba tiba pintu Hadi di kuak perlahan.

" Hadi keluar jap" kata Nenek Hadi. Hadi cium dahi dan tangan Huda sebelum keluar dari bilik. Hadi jalan ke arah nenek dia yang berada di ruang tamu.

" cakap dengan nenek apa yang sebenarnya berlaku tadi" kata nenek Hadi.

" sebenarnya tadi Hadi tertampar dengan tertengking Huda. Hadi tahu Hadi salah sebab buat orang yang kita sayang sakit dengan kemarahan kita." Kata Hadi.

" kamu memang lah Hadi. Nenek tak suka sikap kamu sekarang ni. Kamu bayangkan dia menangis sehari berapa kali hanya disebabkan kamu je. Ntah ntah baby kamu pon sedih dapat bapa yang macam ni" kata nenek Hadi. Hadi hanya senyap tak tahu nak cakap apa sebab dia tahu yang itu memang salah dia.

comment & vote.

Sebenarnya Aku Suka KauTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang