"KAKAK!"
Awal pagi lagi suara jeritan Amalina mengejutkannya. Seronok dia menonton televisyen, Amalina menganggu. Tak semena-mena kedua-dua bahunya ikut terangkat.
"Kau ni dah kenapa, Lina?" marah Adelia. Berkerut dahi gadis itu.
"Milo mana Milo?" tiba-tiba bertanya pasal Milo. Laju Adelia menyengetkan sedikit kepalanya. Milo apa pula dah ni?
"Ada kat dapur tu, dah tak nampak ke?" ujar Adelia. Dari kejauhan, matanya jelas melihat bekas Milo di atas almari itu. Takkanlah Amalina langsung tak nampak.
"Hesy, bukan Milo tu." Amalina menggeleng. Mata melilau di sekeliling kawasan. Riak wajahnya kelihatan resah. Seperti mencari sesuatu yang berharga.
"Habistu Milo apa, Amalina?" nada suara Adelia sedikit meninggi.
"Eeee, Milo... Milo kucing kita."
Terbungkam Adelia ketika mendengar. Sedaya upaya raut wajahnya berubah penuh kesabaran. Punyalah dia memerah otak fikir pasal Milo apa tadi, rupanya Milo si kucing yang dibela oleh Amalina.
Boleh pula dia lupa nama kucing adik sendiri. Tapi salah Amalina juga sebab namakan kucing itu dengan Milo.
"Ada nampak tak? Tadi Lina nampak dia dengan akak, tapi sekarang tiba-tiba hilang," katanya. Nada suaranya berubah sedih kerana tiba-tiba saja Milo menghilang. Sudahnya, Milo saja satu-satunya kucing yang Amalina sayang.
Adelia hembus nafas berat.
"Tak cari kat luar ke, mana tahu Milo tengah jalan-jalan cari betina." Saja nak menyedapkan hati Amalina. Milo, seekor kucing jantan yang gebu dan berbulu tebal. Bukannya dia tak tahu Amalina sanggup menerbangkan duit beratus-ratus demi nak membeli kucing parsi itu.
Hm, apa boleh buat kalau adiknya seorang memang seorang pencinta haiwan. Terutama sekali, kucing. Amalina paling suka dengan kucing.
"Dah, Lina dah cari merata-rata tempat. Kat rumah Mak Ida pun dah Lina cari, tak ada juga. Macam mana ni? Macam mana kalau Milo sesat?" cebik Amalina pula. Kali ini matanya sudah penuh berkaca-kaca, cuba menahan daripada mengalirkan air mata. Sedih!
"Tak payah nangis, Lina. Kau ni pun dah nangis, belum tahu apa-apa lagi. Pergilah minta ayah bawa kau guna motor jalan-jalan kawasan kampung, mana tahu jumpa." Cadangnya. Kawasan kampung pun bukannya besar. Kecil saja, orang-orang kampung pun dah kenal siapa Milo. Tak ada siapa nak ambil Milo tu.
"Tak, Lina cuma takut kalau apa-apa jadi kat Milo. Kesian tahu."
"Kalau iyapun, tak payah panik. Kalau kau panik, makin susah kau nak berfikir. Cuba tenangkan fikiran, perlahan-lahan cari Milo. Nanti jumpa lah tu, paling tak pun Milo balik sendiri," balas Adelia begitu lembut. Tujuannya mahu menenangkan Amalina tetapi entahlah caranya itu dapat menenangkan Amalina atau tidak.
Amalina mengetap rapat bibir merahnya. Air mata yang mengalir di pipi mulus itu dikesat menggunakan kekura tangannya. Perlahan-lahan kepala diangguk. Jatuh juga air mata Amalina kalau disebabkan kucing.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Known as His Perfect Wife Tengku Haziq Rafael | Adelia Amanda "Dia gadis sempurna untuk Tengku Haziq Rafael." Start : 2022 End : 2022 ➾ Cringe storyline ➾ Mental Health ➾ Mature ⚠️ No Plagiarism Allowed