MTHR | 32

5.2K 220 10
                                    

"KAKAK!" Dengan penuh girang dan teruja, Amalina berlari menghampiri kakaknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAKAK!" Dengan penuh girang dan teruja, Amalina berlari menghampiri kakaknya. Lagi bahagia bila melihat Adelia bukan lagi berkerusi roda. Bolehlah dia nikmati jalan-jalan dengan kakaknya.

"Lina! Perlahan-lahan peluk kakak tu. Astagafirullah Hal'azim..." Laung Puan Zarina. Habis terkial kial wanita separuh usia itu keluar dari rumah. Susah betul dapat anak terlebih hyper ini. Melayannya bukan main penat!

"Kakak, Lina rindu kakaklah..." Perangai manja si bongsu keluar.

Dan masa itu juga laungan Puan Zarina terus diabaikan. Tak kesah apa-apa lagi, yang pasti dia hanya mahu melepaskan kerinduannya dengan Adelia. Tubuh si kakak dipeluk erat hingga nafas Adelia kian sesak. Pantas, tangannya menepuk-nepuk belakang tubuh Amalina minta dilepaskan.

"Ya, k-kakak pun rindu Lina," ucap Adelia sambil tertawa kecil. Nasib baik ada satu tongkat menahan tubuhnya. Sudah hampir dua bulan dia menjalani terapi tersebut dan Alhamdulilah, semua berjalan dengan lancar. Ubat yang doctor berikan juga telah memberi kesan positif kepadanya walaupun ada juga kesan sampingan yang lain.

Jujur saat bersama Haziq, mimpi buruk yang dulu menyinggah di dalam fikirannya sudah menghilang. Dia sendiri tidak tahu mengapa, namun apa yang boleh dikatakan, trauma yang dulu disembuhkan oleh Haziq.

"Adel sihat?" Soal Puan Zarina lebih laju seraya menghampiri kedua-dua anak perempuannya itu.

"Syukur alhamdulilah, sihat ibu. Adel pun dah boleh jalan sikit-sikit. Tengoklah," balas gadis muda itu dengan senyuman terpamer di wajahnya. Lebih gembira apabila Adelia melihat ibunya mengalirkan air mata terharu dapat melihat anak perempuannya boleh berjalan seperti yang diinginkan.

"Allahuakbar, ibu gembira nak. Tak sia-sia doa ibu selama ni." Tubuh kecil Adelia dimasukkan ke dalam dakapan. Puan Zarina menitikkan air matanya di atas bahu Adelia. Terharunya hati seorang ibu dapat melihat anak perempuannya bahagia.

Adelia juga sudah banyak berubah sejak bertemu semula dengan Haziq. Mungkin sejak awal, takdir sudah merelakan mereka bersama.

"Ayah..." panggil Adelia lembut. Selangkah demi selangkah diatur tatkala melihat ayahnya yang sedang berpakaian penuh dengan lumpur. Tahu sangat dia, Encik Tajuddin baru balik dari kebun.

"Tak payah peluk ayah. Ayah Tengah kotor ni," ucap Encik Tajuddin. Selangkah dia berundur apabila Adelia mendekat. Namun begitu, Adelia tidak memperdulikan hal itu. Dia tetap mendekati tubuh tua ayahnya lalu dipeluk erat tubuh itu.

"Adel rindu kat ayah," bisik anak perempuannya. Adelia sempat menangis nangis di dalam pelukan si ayah. Mendengar suara tangisan anak itu, Encik Tajuddin mula merasa sebak di dada. Sayangnya kepada Adelia bagai menatang minyak yang panas.

"Ayah pun rindu Adel. Dah, jangan nangis. Ayah kat sini," pujuk lelaki separuh usia itu, lembut sahaja perlakuannya terhadap Adelia. Belakang tubuh anak perempuannya diusap lembut sebelum mengucup ubun-ubun kepala itu.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Where stories live. Discover now