AKSI Tengku Nina diperhatikan oleh Adelia dari jauh. Gembira sungguh wanita itu sambil menyanyi di depan tanaman bunga miliknya. Air tidak henti-henti membasahi daun-daun bunga tersebut. Disebabkan terlalu tertarik, Adelia kawal pergerakan kerusi rodanya ke arah susuk tubuh itu.
"Umi..." panggil Adelia. Lembut.
Dengar saja panggilan itu, serta-merta aksi Tengku Nina terhenti. Paip ditutup, hos dibiarkan terdampar di atas tanah. Kaki pula dihayun mendekati menantunya.
"Adel rupanya, baru bangun tidur ke?"
"Tak, dah bangun awal tadi. Tapi uruskan Haziq sekejap," katanya. Walau keadaanya seperti ini agak sukar untuk menjalani tugas sebagai seorang isteri. Namun selagi ada kudrat Adelia untuk lakukan, dia akan cuba yang terbaik.
Tengku Nina angguk faham. Tak lama kemudian, punggung berlabuh di atas kerusi yang sudah disediakan di kawasan tersebut. Lagi pula memang kawasan wanita itu bersantai, bila tertekan. Sahlah tempat itu menjadi tempat untuk melepaskan segala beban yang terbuku di dalam dada.
"Adel okey tak dengan Haziq?" ibu mentuanya mulai bertanya. Jelas terpamer wajah wanita itu ingin tahu keadaan rumahtangga anak dan menantunya. Adakah baik-baik saja seperti yang disangkakan?
"Okey..." Adelia balas ringkas. Kepala diangguk sebagai tanda mengiakan. Memang benar Haziq melayaninya dengan baik, tak pernah sekalipn Haziq menengking. Raut wajah saja adakalanya kelihatan serius dan tegang. Tapi bagi Adelia, Haziq sememangnya lelaki yang baik dan lembut.
"Syukurlah..." Tengku Nina hembus nafas lega. Sekali lagi suasana kembali senyap, pandangannya terlontar ke arah bunga-bunga di depan itu.
"Semua ni umi ke yang tanam?" soal Adelia pantas. Tertanya-tanya juga dia, siapa yang sanggu menanam bunga yang cantik ni.
"Tak adalah. Mestilah, tukang kebun. Umi manalah pandai sangat menanam semua ni, umi ni tolong jaga je, suka tengok bunga. Nasib baik aje Pak Wildan pandai bercucuk tanam," jelas wanita itu.
"Umi tak nak belajar daripada Pak Wildan ke?"
"Hari tu umi ada minta ajar, tapi Pak Wildan ni bukannya selalu sihat. Sekarang keluar masuk hospital, tak ada masa..." Tampak Tengku Nina sedikit kecewa. Jatuh kasihan Adelia bila melihat reaksi mentuanya.
Nampak sangat Tengku Nina memang minat dengan tanaman hijau ni.
"Tak apalah umi. Umi boleh aje join mana-mana kelab pasal bunga-bunga ataupun tanaman semua tu. Selalunya ada kat Facebook, Instagram... Ibu pun salah satu ahli kat kelab tu, mana tahu umi boleh belajar dari sama. Tak semestinya kita boleh belajar daripada orang. Kekadang ada teknologi canggih sekarang ni pun dah boleh bantu kita," ujar Adelia. Tak salah pun belajar melalui talian. Lagipula memang itulah kegunaan teknologi sekarang.
Mahu memudahkan manusia.
"Yeke, maaf lah Adel. Umi ni dah tua sangat, umi masih tak pandai lagi nak guna media sosial ni. Umi ada aje akaun Facebook dan Instagram, tapi reti nak tengok post post orang aje. Tak tahu pula boleh join kelab," luahnya. Daripada zaman masih belum ada gadjet, hinggalah ada gadjet.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥
Storie d'amore𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Known as His Perfect Wife Tengku Haziq Rafael | Adelia Amanda "Dia gadis sempurna untuk Tengku Haziq Rafael." Start : 2022 End : 2022 ➾ Cringe storyline ➾ Mental Health ➾ Mature ⚠️ No Plagiarism Allowed