MTHR | 11

6.7K 338 25
                                    

"TENGKU Haziq Rafael bin Tengku Raihan Kamaruddin?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TENGKU Haziq Rafael bin Tengku Raihan Kamaruddin?"

"Ya saya."

"Aku nikahkan dikau dengan puteriku, Adelia Amanda binti Tajuddin dengan mas kahwin sebanyak RM300 tunai."

Haziq menghembuskan nafas terlebih dulu. Berusaha dia mengurangkan debaran di dada yang semakin mengasak.

"Aku terima nikahnya, Adelia Amanda binti Tajuddin dengan mas kahwin sebanyak RM300 tunai."

"Sah?" pandangan Tuk Kadi beralih ke arah para saksi yang sedang duduk di kawasan sekitar pengantin lelaki.

"Sah."

"Alhamdulilah." Semua orang yang menyaksikan bersatunya pasangan ini mulai menadahkan tangan bagi mengaminkan doa untuk kesejahteraan masjid yang baru saja dibina. Hanya dengan sekali lafaz, Adelia Amanda sah menjadi isteri kepada Tengku Haziq Rafael.

Dengan penuh kesyukuran, Haziq meraup wajahnya menggunakan tapak tangan. Terasa hembusan nafas lega keluar dari dalam dada.

Hari yang ditunggu pun tiba dan gadis yang dipinangnya menjadi milik lelaki itu.

Usai berdoa, Haziq bangkit daripada tempat duduk. Langkah diatur mendekati seorang gadis yang cantik memakai baju kurung moden berwarna putih susu dihiasi dengan sulaman serta manik-manik. Bersama perasaan penuh debaran, Haziq melabuhkan punggung di samping si isteri.

Mata Adelia ditatap. Mahu tergugat imannya tika melihat solekan yang ada pada mata gadis itu. Bulu mata yang panjang dan melentik, sepasang anak mata yang terlihat cantik. Celak yang menampakkan lagi mata Adelia yang besar dan indah itu.

"Assalamualaikum." lembut saja lelaki itu memberi salam kepada isterinya. Sungguh jiwa Adelia meronta hebat, rasa malu diasak dalam dada menyebabkan gadis itu tertunduk ke bawah.

"Jawab salam suami, Adelia." tegur Puan Zarina. Adelia mengemamkan bibir merahnya. Segan? Ya, rasa segan bila lelaki yang tidak dikenali langsung tiba-tiba menjadi suaminya.

"Waalaikumsalam," balas Adelia bersama nada lembut.

Tanpa sedar, wajah Haziq berubah merah tika mendengar salamnya dijawab oleh Adelia. Nasib baik aje tak terjatuh daripada atas pelamin. Kalau tak, nak buat sejarah yang memalukan pada hari berbahagia.

Di saat melihat Adelia masih segan ingin meraih tangan si suami, Haziq cuba memberanikan diri, tangan Adelia segera digapai lalu cincin emas itu disemat rapi pada jari manis isterinya.

Sementara, Adelia menundukkan kepala. Kekura tangan Haziq dikucup lembut manakala sebelah tangan besar lelaki itu pula menyentuh ubun-ubun kepalanya sambil menuturkan ayat-ayat suci sebagai doa.

Setelah itu, barulah dahi licin Adelia pula dicium lembut. Terasa hangat ciuman yang diberikan oleh Haziq, laju jantung si gadis berdegup.

"Yeay, Adel dah jadi bini orang!" sorak sepupunya menyebabkan Adelia menahan rasa malu. Inilah dia malas kalau sepupu-sepupunya tahu dia nak kahwin. Kalau boleh, satu kampung tu heboh.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Where stories live. Discover now